Jam menunjukkan pukul 5:45 petang. Langsung buku plannernya ditutup dan dimasukkan ke dalam beg sandang.
Semakin lesu dirasakan dirinya. Menanti tarikh audit yang bakal tiba. Dibukakan matanya luas-luas.Di pandang kelilingnya. Semua masih struggle menuruskan kerja-kerja menaip di laptop masing-masing. ibarat menghabiskan ayat-ayat yang terakhir.
"Oi gerak dulu. Jumpa esok"sambil aku angkat beg.
"Awal ko hari ni, dating ke Kila"tanya Amir si pendek. Yang lain turut ketawa suka dapat menyakat aku.
"Banyak ko punya awal. Dah aku nak gerak dulu. Bye dan salam ya bapak2"Segera aku mengatur langkah keluar daripada ofis.
Kereta ku pandu menuju ke bangunan KBS yang 5minit daripada tempat kerja aku. Sudah lama aku tak menjenguk gym di sini.
Harga gym sini pun murah. Aku hanya dikenakan bayaran rm4 untuk sekali masuk. Maklum lah aku bukan goverment servant. Kalau goverment servant memangnya free.Beg berisi pakaian gym aku bawa masuk ke dalam bilik persalinan. Tak ramai ku lihat pengunjung di situ. Mungkin malam ni ramai. Teka ku.
Aku warm up dulu sebelum aku menggunakan barang-barang di gym. Maklum lah seharian aku bekerja aku takut salah bersenam buruk padahnya.
Aku pilih untuk naik treadmill. Hmm boleh la aku berlari melepaskan gian aku untuk marathon. Aku setting speed dan masa aku exercise.Treadmill memang kegemaran aku. Kedudukannya yang menghadap tingkap kaca gym yang transparent menjadikan aku lebih selesa kerana berupaya hilangkan letih seharian aku di pejabat. Sambil aku bersenam aku boleh melihat pemandangan diluar bangunan. Biar pun hanya penuh dengan konkrit-konkrit namun ia tetap archillect dipandangan aku.
Aku puas bila peluh menitik-nitik di seluruh wajah dan anggota badan ku yang lain. Mungkin ini yang ku katakan bagai terbang bebas di udara. Selesai sahaja, aku dapatkan cardio bike di situ.
Ramai pulak yang menggunakan cardio bike ni. Mataku meliar mencari cardio bike yang kosong. Dapat sahaja terus aku kayuh. Aku pandang cermin di hadapan deretan cardio bike itu. Kedudukan yang begitu agak tidak selesakan aku kerana orang lain juga aku nampak. huh aku mengeluh.
Lama aku pandang cermin di hadapan. Tiba-tiba aku perasan jelingan tajam seorang Hamba Allah ini dalam cermin tersebut. Aku pandang dia, tapi dia tak berhenti pandang ke depan seolah-olah mata melihat gerak geri aku bersenam.
Aku mengeluh. Aduh aku perasan atau memang dia melihat aku. Aku cepatkan kayuhan untuk menghabiskan yang terakhir. Sebab tu aku kurang selesa bila berhadapan dengan cermin begitu.
Gejala perasan aku sampai tahap aku boleh fobia bertahun. Aku bergerak ke weight lifting area. Di situ sudah tentulah ramai yang sado-sado bersenam di kawasan tersebut. Dumble 5kg aku ambil. Perempuan kalau bersenam untuk muscle tangan dan dada tak perlu yang berat-berat.
Setelah betul-betul berpeluh aku terus warming down. Aku duduk di lantai gym sambil menghilangkan lelah aku seketika. Aku pandang ke lantai. Air mineral aku teguk.
"Salam, hai boleh duduk"suara seorang lelaki menegur ku.
Aku pandang sekilas ke arah suara tersebut. Ku kira usianya dalam 20an.'Hai seluas-luas lantai sini dekat sini juga kau nak duduk' bisik aku dalam hati.
Dengan senyuman palsu aku mengangguk
"Haah sila-sila" sambil aku mengengsot sikit, eh bukan sikit tapi banyak bagi memberi ruang dia duduk."Terima kasih.. Eh jarang nampak sekarang datang, mana menghilang? "soalnya tiba-tiba.
Dahi aku berkerut 'Dia stalk aku ke'. Aku cuba mengingat.. Aku tersenyum. Baru aku teringat yang memang dia juga regular kat sini cuma kami sekadar bertegur sapa andai mahu menunggu giliran menggunakan alatan gym di situ.
YOU ARE READING
Jalanan
General FictionTak kerja tiada duit. Tiada duit maka tak ada simpanan, bila tiada simpanan hidup haru biru kalau berlaku kecemasan. Makanya Killa tiada pilihan selain perlu bekerja, bekerja dan bekerja. Single, work life balance pun tak seberapa itulah Killa. Ag...