4.Audit

15 1 1
                                    

Pagi itu Kila sampai awal. Salam di beri sebaik pintu ofis dibuka. Namun tak seorang pun kawan satu pejabatnya muncul lagi.

Barang-barang Kila letakkan di atas meja. Bungkusan nasi lemak yang dibelinya tadi dihidangkan bersama kopi o panas. Berselera Kila menikmati memandangkan hari ini kerjanya bertimbun. Terasa aman dan lapang bila dia berseorangan sebegitu di pejabat.

Maklum lah mereka hanya kontraktor dan tiada bilik khas untuk executive. Yang hanya ada dua sahaja, satu untuk bilik pengurus dan satu lagi bilik mesyuarat.

Kadang-kadang Kila menyampah dengan perilaku staf di bangunan tempat dia bekerja itu terutama staf sokongan perempuan. Para pegawai diorang ok tapi yang sangat menjengkelkan bila terpaksa berurusan dengan staf sokongan yang muda-mudi. Manners memang out. Yang tinggal hanyalah pakaian vogues dan mulut celupar mereka.

Kila terpaksa mengadap mereka bila Kila ingin menunaikan solat. Bukan sikit tapi terlalu ramai. Harap kerja dan vogue mereka seiringan, kan lagi bagus kalau begitu.

Dari dulu lagi Kila tak terbiasa dengan pekerja perempuan yang ramai. Sebab tu pandangannya lain dan pelik bila melihat staff perempuan bangunan ini bergosip di surau. Ahh lantak la.. Yang penting diorang bukan staf dari syarikatnya.

Lain cara kerja mereka ini dengan pekerja swasta. Punch kad kemudian menghilang. Awalnya bila datang ke tapak ini aku bagai terkejut dengan cara kerja di sini. Suka-suka hati nak keluar cucuk duit, suka-suka hati keluar makan.

Aku rasa ni namanya tiada integriti. Kalau aku masa bekerja di kilang dulu jangan harap semua ni boleh terjadi. Salah sikit tolak gaji. Nak bersembang pun aku rasa seram sejuk.

Tapi apa nak buat, kerja di sini konsepnya asal kerja siap sudah. Yang lain kalau korang menghilang pandai-pandai la menjawab. Totally pekerja kontrator akan ikut cara kerja tuan bangunan. So inilah padahnya.

Planner kesayanganku aku bukak. Aku tengok tarikh hari ini. Lega tiada meeting atau appoinment dengan mana-mana. Fuhh.. aku menghela nafas.

"Oi panjang hembus nafas? "tegur suara itu yang ku pasti pemiliknya tak lain dan tidak bukan si tulang, Kodi manager di situ a. k.a bos aku.
Terkejut aku seketika namun aku buat cool menjawab tanpa memandang. Aku tahu perangai diorang kaki sergah tak tahu nak bagi salam.

" Haah, tengah semak planner ni bos."jawabku ringkas.

" We makan tak ajak. Kopi buat minum sorang"
Mukanya ku pandang sekilas.

Kerusi di sebelah meja ku ditarik lantas dilabuhkan punggungnya di situ. Kodi tersengih.

Aku bangun malas dan planner aku segera ditutup.

"Ha yalah, yalah aku buat kopi ja nasi cari sendiri "balas ku.

Aku menepuk dahi. Time time gini la diorang nak muncul pun.Lalu ku dengar lagi suara-suara lain di luar pantry.
Aku geleng kepala. Sah-sah la aku kena buat kopi satu jag.

" Ha takkan la kat bos saja kot kami pun nak juga"Acap meminta.

"Yang aku bawak satu jag ni apa oi.. takkanlah bos nak minum sorang-sorang kat sini."balasku geram.
Mereka tersengih bagai kerang minta dipanggang.
Betul tekaan aku yang mereka yang lain sudah sampai di pejabat nasib baik aku dah siapkan kopi banyak-banyak.

"Bos, aku cadangkan kita ambik tea lady la bos"Cadang aku kepada bos.

Kodi yang sedang minum kopi tersedak..Kami tersenyum kelakar.

"Nak buat apa kalau ko dah ada, membazir je" Kodi teruskan menikmati kopinya dimeja aku.

Aku mencebik. Aku menggeleng kepala. Dekat rumah diorang harapkan bini buat air, sini nak harapkan aku pulak. Banyak cantik!

JalananWhere stories live. Discover now