3. Hero

12 1 1
                                    

Kereta ku pandu laju menuju ke arah stesen minyak Petronas. Stesen minyak petronas aku pandu masuk.

Pintu ku kunci dan menuju ke arah kaunter.
"Full tank, "kataku kepada cashier tersebut. Lelaki cashier tersebut mengangguk.

Aku bergerak ke kereta ku kembali. Mataku memandang ke arah seorang lelaki yang sedang membubuh minyak ke keretanya.

'handsomenya dia ni, tentu dia pun balik kerja sama dengan aku'ujar aku di dalam hati. Aku tersenyum sendirian. Tak ku sangka lelaki itu memusing  ke arah aku. Dan dia juga tersenyum. Aku hanya mengangguk tanda hormat dan terus pandang ke arah tanki minyak kereta ku.

Cepat aku bergerak masuk ke dalam kereta. Namun aku masih mencuri pandang ke arah lelaki tadi. Namun kelibatnya aku tak nampak.
Tiba-tiba pintu tingkap aku diketuk. Aku nampak lelaki tadi muncul.

Usai aku membuka cermin tingkap keretaku, lelaki tadi menghulurkan sesuatu. Ku pandang pelik sambil memikirkan sesuatu. Lantas ku tepuk dahi.

"Allahu Akbar, nasib baik.terima kasih la ye" wallet di tangan lelaki tersebut bertukar tangan dengan ku.

Dia senyum "Tu la pandang saya sampai terlupa wallet sendiri" aku tersengih tak terkata apa-apa.

"Nama saya Amzal, panggil Am je. Nama awak? "tanya Am.

" Saya.... "pin! pin! . Dua-dua kami terpandang kebelakang kereta ku. Aku terlupa yang di situ stesen minyak dan sudah pastila kereta sedang tunggu giliran selepas aku.

" Eh jumpa lagi tau, saya sini je tinggal, terima kasih"kataku cepat.

Segera ku masukan gear dan berlalu pergi. Aduh melepas aku. Kalau itu jodoh aku macam mana. Diusia awal 30-an memang susah bagi Kila untuk mencari pasangan. Kila mengeluh lagi.

Nama Am macam familiar..

******************************************
Tahun 2003

Aku cuba bermesej dengan nombor di hp 3310 aku.

"Salam kenai dak?"butang send aku tekan.

"Wasalam. sapa ni? "di sana membalas.

" Kila ni. hang apa khabaq? "selali lagi aku send

" aku sihat.. aku rindu nak gadoh ngan hang"dia membalas.

"amboi.. tu ja ka? tanya aku.

Dia merupakan cinta pertama aku. Aku tak sangka aku boleh tangkap cintan dengan dia. Tapi macam biasa aku tak pernah mengaku. Aku sentiasa bergaduh dengannya. Namanya Am. Tapi nama penuh Amsyar.
Hampir seminggu kami berbalas mesej.

Suatu hari Am bermesej yang ku rasa menjadikan diriku diawang-awangan buat seketika.
"Salam kila, aku.... suka dekat hang"
Aku menutup mulut ku tanda tidak percaya.

"Wasalam.. Ahh xpercaya la aku. Hang kaki kelentong aku. Dah la hang... "ganas aku membalas.

Namun tiada balasan di sana. Em aku menyesal dan keliru. Langsung aku contact kawan baik ku semasa di sekolah iaitu Faizah untuk meminta pendapat.

Aku turutkan kata Faizah agar jangan percaya dengan kata-kata Am. Tapi jauh disudut hati aku ingin meluahkan juga sebab aku dah lama tangkap cintan dengannya.

2 bulan lepas tu aku selaku pioneer satu batch  di sekolah , diminta oleh cikgu untuk menjadi fasilitator bagi adik-adik merangkap junior sekolah ku. Kami berkumpul di Bendang Man yang merupakan tempat perkelahan merangkap kem perkhemahan di Sik Kedah.

Aku mencari seseorang. Lantas tertancap kelibat yang ku cari-cari.Ku pandang Am. Namun Am melihat aku lalu tertunduk ke bawah. Ku lihat wajahnya kelam dan sedikit malu bila berhadapan dengan aku. Bagaimana kalau  luahannya itu ikhlas. Aku tergigit bibir.. Terbit kesalan di sudut hati ku. Sepanjang orientasi tersebut Am langsung tidak bercakap dengan ku. Perasaan bersalah dan menyesal aku menebal.

Aku tak dapat berpatah balik. Sangsi dan ego membuat kan semua terlepas. Aku menyesal tapi aku tak terdaya.

***********************************
tahun 2008

Aku memendam perasaan aku suka kepada Am bertahun. Mana mungkin cinta pertama dilupakan begitu sahaja. Namun setelah nombornya aku dapat segera aku menghantar mesej kepadanya.

"Salam, Am ka ni?"
"Wassalam haah sihat.. Kila ka ni? "
Gulp. Aku menelan liur.Dia masih simpan no aku.
" Haah.. Sebenarnya nak gitau sesuatu"
Aku berbasa basi.

"Ha gitau la, apadia? "balas Am.

" Ok camni, sorry sangat2 aku terpaksa meluahkan. Aku yang betoinya 5 tahun lepas hang ada gitau hang suka kat aku kan. Hmm aku pun suka kat hang"

"Hmmm...hang nak tak jadi yang kedua?" Balas Am
" Tak mau.. maaf aku bukan pengacau pakwe orang tapi aku nak meluahkan benda yang aku pendam 5 tahun dulu. "bergenang air mata aku tapi aku lega..

" Betoi ka hang tak mau... Kila"dia mendugaku.

"Haah betoi.. by the way thank you sebab pernah suka aku dan sorry tau terpaksa baca luahan aku"air mata ku semakin laju turun sambil menaip.

"take care Kila.. :("balasnya yang ku kira kali terakhir.

Aku juga dapat tahu dia bakal bertunang dalam beberapa bulan lagi. Dengan perempuan yang 10x lagi cantik daripada aku.

Alhamdullillah aku terlepas dari menjadi pengacau rumah tangga orang.

Perasaan meluahkan yang terpendam menjadikan perasaan aku seringan-ringannya dan tiada berbeban.. Ringan bagai kapas yang melayang-layang di udara.

Dari sini aku belajar erti untuk meluahkan yang terpendam tanpa perlu disimpan-simpan.

####################################
'Sekali melangkah jangan pernah berpatah arah.. Teruskan pandang ke hadapan walau di belakang beribu kesalan'

JalananWhere stories live. Discover now