6. Retak

12 1 2
                                    

Aku masih menyemak fail-fail berkenaan dengan OHSAS 18001.

"Beb bila tarikh ko punya audit ISO 9001? "tanya aku kepada Bam si QA.

Selain OHSAS 18001 aku juga terlibat dengan audit-audit ISO yang lain. Dalam erti kata aku juga merangkap internal auditor disitu. Aku terlibat dengan semua bahagian. Bahagian pengurusan, mekanikal, elektrikal dan awam. Sebab tu sekali datang musim audit aku nak mencari nafas pun sendu.

"2 bulan lepas kau"jawab Bam sambil mata memandang komputernya. Aku menggeleng kepala. 

"Ha banyak kan kerja kita? Kesian we anak bini aku kat umah, hari-hari aku lambat balik"Bam meluah.

"Apa nak buat we, ko cari rezki dekat diorang juga. Tak pe we. ko chill aja. Yang penting ko settle keja kat sini tak payah nak bawak balik ke rumah"aku mencadang.

"Memang tak laa aku nak bawak ke rumah kecuali terdesak. "

" Dekat rumah bukan dapat OT pun. alang-alang ko settle kat sini dapat juga OT"balas aku.

Bam mengangguk.

Senyap seketika. Masing-masing mata tak lepas pandang ke arah monitor masing-masing.

Tiba-tiba pintu bilik pejabat terbuka. Wajah sin Acap muncul.

"Oi Killa jom.emergency"ajak si Acap.

"Aduh apehal pulak"

"Jom tengok dulu. Ko tak payah riso memang tak ada orang meninggal or cedera" Acap menambah.

Aku tergelak lega.

"Ha ko Ja, jom"ajakku kepada officer yang baru melapor diri, Ja  merangkap EO (Environment officer) di bangunan tersebut.

Ja muda banyak dari aku. Aku kira usianya sebaya adik aku. Memang junior officer di situ. So senang sikit aku bagi arahan.

"Ko jaga Ja elok-elok, ko bukan boleh kira"acah Bam.

"Amboi, dah terbalik pulak. patut laki jaga pompuan"aku mencelah sambil mengambil buku untuk catatan.

Ja tersenyum. Maklum lah dia budak baru sebab tu aku nampak dia behave lagi.

Kami berjalan laju ke tempat kejadian.
ku dapati granite (batu mar-mar) jatuh menimpa bahagian parking lot di bawah basement yang sebelah utara.

Nasib baik tiada kereta yang di parking di bahagian berkenaan. Kalu tidak memang bencana lain pulak aku dapat.

Handphone aku keluarkan lalu tempat berkenaan aku ambil gambar. Aku ambil gambar di beberapa angle.

Ja dan acap masing-masing mengeluarkan hp untuk menangkap gamabar. Automatik penyiasatan kami jalan kan.

"Part untuk settle 'barang buangan bangunan' ko kena clearkan Ja"aku terangkan.

"Budak-budak ko mana Acap? aku nak mintak tolong diorang clearkan benda ni dengan Ja, pastu bawa kon sekali, nanti aku bawa emergency tape (merah putih tape) ke sini "pintaku.

Tanpa cakap banyak, Acap terus menghubungi anak-anak buahnya. Aku nampak mata Ja meliar melihat keadaan di situ.

" Ha Ja aku nak gitau ni, nanti hasil buangan konkrit ni kena dumping kat bahagian  dekat bilik smpah hujung tu. "aku menambah.

" Ha ok-ok"akhirnya Ja mengeluarkan kata
"Fuh..."aku dan Acap bercakap serentak. Kami tergelak.

"Akhirnya Ja dah bercakap"Acap berseloroh. Ja tersenyum malu.

"Ko baru lagi memang aa gini, ko tunggu lama sikit aku takut ko lama sikit jadi macam Kila"

"Oi aku camni pun pasal nak kena settle keja, dan pasal korang pun kepala banyak masuk air" aku membalas.

"Ha ko tengok Ja, sikit lagi ko memang jd cam dia ni, sepatah aku bagi  bom atom dia balas"balas Acap.

Aku menggeleng malas nak layan. Ja hanya memandang tersenyum seolah-olah tengah menikmati  Acap menyakat aku. Dia senyap lagi. Lantak ko la Ja tak nak bercakap, janji kerja aku settle.

Kami menunggu kedatangan team civil ke tempat itu. Dari jauh aku nampak Jang si technician membawa 2 biji kon. 2 lagi kon dibawa oleh budak technician yang lain.

Handsome-handsome diorang ni. Muka sorang-sorang memang idaman staf perempuan bangunan tersebut. Nak buat camna geng-geng kontraktor sahaja yang ramai lelaki. Tapi bila mereka bercakap, kepala dengan muka memang tak seiringan. Macam budak-budak bawah umur.

"oi pantas sikit, cepat-cepat"aku mengerah sambil tersenyum. Diorang berlari-lari anak.

"Ha mana nak letak kak"soal Jang kepada ku.

Aku pandang Acap.Acap angguk tanda paham apa aku cuba sampaikan. Maklum la tu budak team dia. Takkan aku nak cross over.

"Ko kemas tempat ni, yang ni semua masukkkan ke dalam plastik sampah hitam lepastu ko tunggu arahan diorang ni"
Handphone Acap berbunyi.

"Ha ok, ok,..ok..ok..bos"jawab Acap.
Selesai sahaja dengan tergesa Acap berlalu sambil "Beb aku chow dulu jumpa client kat atas, sambil tangan nya menarik seorang technician nya ikut sekali"

Aku mengangguk. Begitu rutin kami di situ, satu lagi belum settle, benda lain pulak nak kena buat. Kerja memang tak kan pernah habis.

Aku pandang Ja. Dia senyap lagi." Ha ni akak nak kenalkan ni EO baru kat sini. Dia baru masuk semalam. so bahans sisa camni ko tnya Ja apa nak buat"aku memecah kesunyian.

"La ingat pakwe akak tadi datang meneman"Jang bersuara.

"Ha tu pun ya jugak."aku tersenyum. Mata Ja membulat memandang aku.

Budak-budak technician tergelak juga. Diorang masak dengan perangai aku yang suka melayan mereka membahan.

"Habislah ko cik Ja, kak killa ni pun masuk air jugak"Jang membahan.

"Eh tak yah panggil cik panggil Ja sudah"Ja berbasa basi.
Aku pandang Ja.'Ayat dia bercakap dah makin panjang, aku mengira dalam hati.

Aku berlari-lari ke pejabat untuk mendapatkan pita kecemasan bagi menutup laluan tersebut dan signage bahaya.

Kawasan tersebut aku tutup buat sementara sehingga team civil siap melakukan kerja-kerja pembaikan.
Terpaksa boom gate di kedua-dua bahagian keluar masuk di buka sementara disebabkan laluan tengah untuk keluar masuk ditutup.











JalananWhere stories live. Discover now