7. Kursus

36 1 4
                                    

Aku menapak perlahan-lahan memasuki dewan  hotel Marriot. Aku mencari tempat untuk aku duduk. Kelihatan tempat-tempat masih kosong. Aku tersenyum. Kalau bab- bab kursus memang malas gila orang nak datang. Yang ada pun muka masing-masing terpaksa bila dihantar oleh pihak syarikat masing-masing.

Aku duduk ditengah-tengah dewan di barisan paling hujung. Harap-harap tiada yang datang menapak duduk di sebelah aku. Aku suka berseorangan berikutan kadang-kadang tu hanya beberapa kerat sahaja peserta perempuan daripada 100 orang yang hadir.

Fail di meja yang disediakan oleh pihak JKKP selaku penganjur kursus aku pada hari ini aku buka dan aku belek isi dalamnya. Jam di tangan ku menunjukkan pukul 8.15am. Kursus seperti dalam jadual akan bermula pada pukul 8.30am.

"Sini ada orang tak? "tanya seseorang yang menarik kerusi di sebelah ku.

"Tak ada.. duduklah" jawabku ringkas sambil tersenyum ramah.

Dalam hati aku berdoa jangan lah dia bertanya aku lebih-lebih pasal aku memang malas nak beramah tamah  di kursus-kursus sebegini. Tapi selalunya perkara tersebut tidak mungkin berlaku.
Tumpuan aku hanya untuk datang ke kursus nak dapatkan input penambahbaikan di tempat kerja aku.

"Saya Borhan dari company di Shah Alam"dia kenalkan diri.

Gosh, terpaksa jugak aku menyambut.

"Saya Killa company di Wangsa Maju"aku berbasa basi. Aku harap dia tiada lagi soalan.

Kelihatan dewan semakin ramai peserta kursus yang hadir. Meja depan dan belakang aku juga diduduki orang. Macam biasa hanya aku bunga di kelompok itu. Boleh dikira dengan jari peserta perempuan yang hadir pada hari tu. Aku dah biasa. Cuma lelaki-lelaki ini yang kurang biasa.

9.00am macam biasa lambat 30minit sesi kursus bermula. Perkara biasa kalau aku datang kursus sebegini memang tidak pernah tepat masa jadualnya. Walaupun dewan hanya tinggal beberapa suku sahaja untuk dipenuhi.

"Sini ada orang? "aku pandang ke arah suara yang begitu familiar aku rasakan.

" La ko ke.. ha duduk2"aku senyum terpandang Ja Si EO. Dia juga tersenyum.

"Eh apehal ko pulak yang datang?Bos kata orang HQ yang datang? "tanya aku.

" Pagi-pagi bos wassup suruh aku datang sini, dia kata HQ tengah busy dengan projek baru". Ja membalas.

"Ouhh.. "aku perasan Borhan memandang kami berbual.

"Oh ini partner saya, Reza dari same company of mine, kenalkan partner keja saya" sambil aku mengangkat kening ke arah Ja. Ja tersenyum relax.

"Hi saya Borhan"Borhan bersalam tanda perkenalan dengan Ja.

Aku rasa diorang lupa yang aku duduk di antara ke dua-duanya di tengah-tengah. Sempat aku gerakkan  badan ku belakang bagi memberi ruang kepada mereka berkenalan.

"Sebelum terlupa, ni kad saya"Borhan menghulurkan kami masing-masing satu business card.

Aku segera membuka card holder aku dan serahkan kepadanya business card aku. Kad Borhan aku simpan tanpa sempat melihat kandungannya.

Borhan menilik kad yang dihulurkan kepada aku.

"Ouh, engineer safety ke... Wah.. jarang jumpa perempuan yang dalam safety ni" Borhan senyum.

Aku anggap itu sebagai pujian. Aku tersenyum."Ha kalau ada nak mintak bagi talk ke apa insyaallah Cik Borhan boleh contact saya"

Borhan mengangguk sambil matanya memandang Ja. Mungkin pelik Ja tidak  bertukar kad dengannya. Ja sibuk melihat nota yang penganjur sediakan.

JalananWhere stories live. Discover now