2.Bangunan tinggi

15 1 0
                                        

Kila berhentikan kereta di luar bangunan Persint 3 itu. Sudah lah tadi dia terperangkap dalam jam sekarang terpaksa parking di open space luar bangunan tempat kerjanya. Peluh di dahi disapunya.

Bonet belakang kereta dibuka. Kasut boot safetynya dikeluarkan bersama-sama dengan beg sandangnya berisi laptop. Satu bekas berisi air di ambil. Perlahan-lahan dia mengatur jalan menuju ke pejabatnya yang terletak di  basement bangunan tersebut.

Basement bangunan bukan tempat yang bagus untuk dijadikan ofis. Apabila berlaku runtuhan sudah pastilah mereka yang di bawah dahulu yang nyawa akan melayang. Tapi apakan daya mereka cuma contractor bagunan kerajaan yang setinggi 60m sahaja dan hanya mampu menurut perintah.

Pintu ofis aku buka perlahan. Lantas semua mata  memandang aku.
"Ha aku baru sampai,nak tanya lebih-lebih nanti dulu ye" aku memulakan ayat.
Tersengih-tersengih mereka memandang aku.

"Ala aku baru nak tanya tak da makanan ke bawak balik"tanya Si Panjang, Acap merangkap civil engineer di situ.

"Entah ko ni, tak kan la tak ada buah tangan dari Hq", ujar si Pendek, Amir  seorang electrical engineer di situ.

"Ha ada-ada, jap ye"aku tersenyum. Fail ku keluarkan dari beg sandang aku dan aku hulurkan kepada mereka.

"Nah beb jangan cakap akak tak payung, hadiah dari big bos korang di hq"aku ketawa geli hati. Muka mereka dah masam.

"Menyesal aku tanya ko Kila"bebel si Acip.

"Ha ko Bam tak yah buat-buat pemalu, ni big bos bagi hadiah  kat ko jugak. Katanya rindu kat ko. "aku tergelak lagi.

" Halahai aku yang diam dan pemalu pun terlibat jugak ke, hampeh"sambung si Bam merangkap QA officer di situ.

Gembira aku dapat kenakan mereka. Hilang letih aku. Hanya aku dan seorang lagi perempuan technical team di situ.

Aku tergelak dan hilang tekanan isu dalam  meeting aku tadi. Aku bersyukur kerana dapat bekerja dengan teammates yang ok. Maklum la hampir sehari kami habiskan masa bekerja. Bekerja tidak tentu masa. Bezanya mereka semua beristeri bekeluarga dan aku juga yang belum.

******************************************

Pertengahan Tahun 2004

Aku menangis dan menangis.
"Tak payah nak teriak dah, benda dah jadi. tak guna dah hang teriak"marah abah.

Makin menjadi-jadi aku menangis. Keputusan cgpa matrik aku di tangan aku pandang. Meamang sangat teruk. Keputusan Semester  2 aku dapat below 2.0. Mujur keputusan Sem 1 aku dapat hampir 3.0 tapi itu sekadar lulus sahaja result matrik aku.

Aku menyesal. Menyesal yang teramat. Kawan-kawan aku yang lain semuanya cgpa 3. ke atas. Aku yang bawah cgpa 3.
Aku lihat muka abah yang sedang menahan marah. Memang abah kalau marah anak-anak semua takut memandang.

Aku berkurung di dalam bilik. Sehingga aku terima meseg daripada kawan aku di hp nokia 3310 aku. UPU dah boleh disemak. Aku semak dan alhamdulillah aku diterima masuk ke Kustem(sekarang Universiti Malaysia Terengganu) dalam bidang Teknologi Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan.

Aku segera mendapatkan abah. Alhamdulillah abah tersenyum kembali setelah beberapa hari abah bermasam muka. Namun aku lontarkan kekhuatiran aku kepada abah.
"Tapi abah, Kila tak pilih pun kos tu, Kila tak tau tu kos apa"

"Camni la Kila, abah syukur dah hang dapat masuk U, la ni hat lain tu jangan pikiaq dulu, Kila pi sujud syukur dulu"balas abah.

Aku paham sangat perangai abah yang merupakan seorang guru di sekolah di kampung aku. Begitu juga mak ku. Mak mengajar bersama-sama dengan abah.
Sebab tu aku boleh nampak kemarahan abah bila aku tunjuk result matrik aku.

Surat tawaran yang aku print tadi aku keluarkan. Sekali lagi aku pandang dalam-dalam. Hmm ini bukan kos yang aku pilih. Aku mengeluh lagi disebabkan aku memang tak tahu pilihan bidang yang sesuai dengan keputusan matrik aku. Sekali lagi aku tersalah membuat perhitungan. Namun aku bersyukur Allah beri lagi aku peluang.

Hati kecil aku tetap berkata "menyesal pun dah tak berguna". Aku kena teruskan juga. Kawan-kawan aku di matriks mungkin sedang bergembira dengan keputusan UPU masing-masing. Tapi tidak aku. Lepas keputusan  SPM yang kelam, MATRIKS pula menyusul😩.

JalananTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang