"Kau tak da tempat lain ke nak bawak aku lepak. Sini banyak budak mabuk la weyh waktu macam ni." Naina membebel tapi tetap menarik kerusi.
"HAHAHA. Ok apa NZ ni. Masa zaman belajar dulu dua tiga pagi boleh lepak. Welcome back to Kota Lumpur Naina." Megat menjawap riuh.
Dua hari lagi merupakan hari pertama Naina bekerja di Kuala Lumpur. Sebelum ini, selepas habis belajar, dia bekerja dulu di Penang. Dekat dengan ibu bapanya. Malam ni Megat, Fariq dan Syaliha ajak dia lepak sebelum memulakan kerja pada Isnin inj. Dia memang sengaja turun KL awal untuk lepak dan tengok tempat dulu bersama kawan kawannya.
Selepas order minuman, dari jauh dia ternampak seorang lelaki mabuk terhuyung hayang. Dia seperti mengenali lelaki itu tetapi tidak begitu ambil kisah. Tetapi lelaki itu berjalan melalui Naina dan sampai disebelah, lelaki itu terjatuh. Dua orang kawannya dari belakang cepat cepat cuba tolong tetapi mereka juga seolah mabuk teruk.
Naina cuba mengecam lelaki itu. Yes. that's him. "Is! Iskandar!" Kawan Iskandar dua orang tadi yang cuba menolongnya mendongak. " You kenal? You bawak dia balik ye. Kitorang blah dulu." Cakap pun sudah tidak betul.
" Eh.. Eh memang kena dia tapi.." Mereka terus berjalan tanpa menoleh lagi. Dia cuba membantu Iskandar. Megat, Fariq dan Syaliha terpinga pinga.
"Weyh cepat tolong aku."
"Kau kenal ke mamat ni? Kau nak tolong dia ke? Apasal aku terlibat ni?"
"Kenal.. Eh nanti la cakap. Weyh Megat lepak rumah kau eh malam ni. Tumpangkan mamat ni."
"What???"
YOU ARE READING
Girlfriend kiriman Tuhan
Romance"This is not love from the beginning, but i'm addicted to you.. and I want you." Not much 18sx scene. Don't expect too much! ????