Part 4

8.9K 124 1
                                    

Sehingga ke hari ini Naina masih tidak pasti kenapa dia pilih untuk tolong Iskandar. Jantungnya bagai hendak luruh sementara menanti Iskandar. Kereta milik Iskandar betul betul berhenti dihadapan Naina. Naina cepat cepat masuk.

"Weyhh.. I nervous gila!"
"Haha.. Relax lah. You macm tak kenal nenek I kan."
"Sebab kenal la I nervous. Kalau kantoi macam mana?"
"Kantoi apa. Kita duduk situ paling lama 3 jam je. Lepas makan I hantar you balik okey?"
Naina menggosok gosok tangannya yang kesejukkan. Satu sejuk sebab nervous satu lagi sejuk sebab aircond Iskandar ni punya kuat dia ni kulit biawak ke? Iskandar menjeling Naina menggosok gosok kedua tapak tangan sesekali menghembus telapak tangannya itu dengan harapan kesejukan itu akan hilang. Iskandar terus mencapai tangan Naina dan menggenggam dengan sebelah tangan. Naina tersentak.

"Sejuk lagi?"
Naina cepat cepat menarik tangannya kembali. "I can heat my own hand. Thank you." Naina menjawap tetapi hatinya terasa lain. Iskandar hanya senyum nakal dan meneruskan pemanduan. Seronok juga usik minah ni.

*************************
Naina melangkah kedalam banglo mewah milik keluarga Iskandar. Padanlah masa kau dekat kampung dulu mula mula berlagak. Memang mak bapak kau kaya Is. Naina berkata dalam hati.

"Naina? Naina kan?" Satu suara tiba tiba terdengar. Ya,suara lembut yang penah mengajar Naina mengaji disuatu ketika dahulu. Sedar sedar Naina sudah dalam pelukan Nenek.

"Surpriseee..!! Amacam nek okey tak bakal cucu menantu nenek?" Iskandar mula main watak hero drama. Naina salam ibu Iskandar pula. Kawan Mama dia juga dulu ni. Satu kampung kan.

"Apa khabar auntie.."
"Baik Naina.. Auntie tak tau pulak Naina kawan dengan Is... Lama tak jumpa. Mama Naina sihat?"

Lalu sesi mengenang memori dah cerita palsu pun bermula..

**********************

"What??? I terlanggar you lepas tu jatuh hati? I ada hati dengan you dari sekolah rendah?? Is you kann. Eyyyy!!!"

"Hahahahhaah.. Dah tu I nak jawap apa. Kita yang tak prepare. You lagi lah. Tak tahu nak jawap you buat buat tersipu sipu kan. I tolong la jawap."
"Eyyy malunya I dengan Nenek.."
Iskandar masih ketawa kuat. Naina automatik rasa nak merajuk ke marah dia pun tak tahulah.
"Aii muncung mulut. Mintak kiss ke?"
Naina membulatkan mata.
"Tak hingin I dengan kiss you tu."
Tiba tiba Iskandar mendekatkan mukanya ke muka Naina. Naina terkejut tapi dia menghantukkan kepalanya ke kepala Iskandar. Biar dua dua rasa sakit.

"Aduhhhh!! Sakitlah Naina! Gurau sikit pun tak boleh." Iskandar menggosok kepalanya
"Padan muka." Naina turut menggosok kepalanya.

***************
Sampai dirumah selepas Iskandar menghantarnya, Naina berbaring di atas sofa. Dia masih terbayang peristiwa didalam kereta tadi.

'Fuhh nasib baik aku tak hanyut tadi. Mamat ni memang kena extra careful dengan dia.'

********************
Iskandar masih memandu menuju kerumahnya selepas menghantar Naina tadi. Tiba tiba dia tersenyum.

'Why you did that Adam Iskandar?' Dia bermonolog sendiri

Girlfriend kiriman TuhanWhere stories live. Discover now