Part 12

6.6K 103 0
                                    

Hari itu lepas habis waktu kerja Fariq ajak Naina dinner. Megat tak dapat join kerana belum habis meeting dan Syaliha ada urusan di luar negara. 

"Naina..kau dengan Is ada apa apa ke..?"
Naina sedikit terkejut dengan soalan Fariq.
"No lah. Kawan je.."
"Really?"
"Yaa.. Why..?"
"Nothing." Fariq jawap pendek dan menghirup Americanonya.
Dia kemudian menyambung perlahan.
"Semalam aku nampak Is dengan seorang perempuan. Is pesan jangan bagi tau kau."
"Errr.. Model dia kot."
"Oh.. Dengan model boleh hold hand la? So kau nak kejap lagi kita keluar dari Little Penang ni holding hand?"
Naina hanya diam.

**********************
"Iq, kau cerita kat Naina ke pasal hari tu?" Iskandar yang call Fariq sebab dah berapa hari Naina tak reply whatsapp dan angkat call dia.
"Yup. Aku bagi tau."
"Aduii kau ni Iq pembaris betul."
"Kau keluar dengan perempuan lain siap pegang pegang tangan lepas tu kau cakap jangan bagi tau dia. Naina tu bestfriend aku tau."
"Masa tu aku tak sempat nak explain apa apa la. Bukan aku yang pegang tangan dia. Dia yang pegang tangan aku."
Bila Fariq fikir balik memang lepas tu Is cepat cepat lepaskan pegangan tangan tapi dia fikir sebab dah kantoi dengan dia. Eh entahlah Fariq malas fikir.
"Naina pergi mana Iq? Aku pergi office dia tak ada."
"Dia balik kampung."
"Kampung mana?"
"Kampung yang sama kampung dengan kau. Atuk dia buat kenduri sikit. Ni kan Jumaat. Ahad nanti dia balik la."

**************
"Nek, Is balik kampung tau hari ni. Sediakan kompang and red carpet tau."
"Hahaha.. Apa kompang and red carpet. Tak kena lansung. Elok la balik. Semalam Naina pun ada datang. Jemput kenduri doa selamat tu.."

Haihh Naina.. Marah marah pun masih hormat nenek aku. Masih sendiri datang pergi jemput.

Haihh la Naina. Kereta Iskandar menderu laju..

Girlfriend kiriman TuhanWhere stories live. Discover now