Bab 10: Pokok Yui

315 27 4
                                    

Hening malam yang dingin sedikit sebanyak menenangkan hati Rayna yang gusar. Tidak pernah dia sangka dia bakal hilang keluarganya sekelip mata.

Rayna mendongak memandang bulan yang tidak jatuh. Angin malam meniup hud merahnya.

"Adilkah bagi aku untuk hidup?" Monolognya.

"Buruk betul muka monyok dia tu". Kazuki menepuk belakang Rayna.

"Sejak aku datang sini, aku asyik tunjuk sisi lemah aku. Menyedihkan betul". Rayna menundukkan wajahnya. Kakinya bermain-main dengah tanah.

"Aku cakap buruk kan bila kau buat muka monyok tu! Lelaki mana nak suka kau!" Bentak Kazuki secara tiba-tiba.

"Macamlah aku kisah!" Rayna menjuling mata ke atas.

"Habis tu, kau nak membujang seumur hidup? Bagi aku tu lagi menyedihkan". Kazuki senyum sinis dan memberi pandangan memandang rendah pada Rayna.

Rayna mendengus kasar. Dia bangun dan berjalan ke arah Kazuki.

"Pendek. Bila kau berdiri dekat macam ni, baru aku perasan kau ni pendek". Senyuman sinis Kazuki makin bertambah-tambah menaikkan rasa bengang Rayna.

Rayna pijak kaki Kazuki kuat. Kazuki terjerit kecil. Dia segera tundul ke tanah memegang kakinya.

"Ulang balik". Mata Rayna mencerlung pada Kazuki.

"Kenapa nak bazir air liur? Kau sendiri tahu".

Rayna mara hendak memberi sedas pukulan pada lelaki itu tapi kakinya tersadung batu dan dia hampir jatuh ke depan bila Kazuki dengan pantas sempat menyambut Rayna.

Mereka saling berpandangan. Mata perak Kazuki kelihatan begitu cerah di bawah cahaya bulan.

Rayna membetulkan posturnya lalu menolak badan Kazuki. Tanpa berkata apa-apa, Rayna masuk ke dalam rumah.

><><><><

Seperti biasa, bila ada pegawai istana ingin membuat pengumuman, orang ramai akan berkumpul di sekeliling podium.

"Tuanku Raja telah memerintahkan, siapa saja yang menjumpai gadis berhud merah, serahkan dia pada kami. Kami akan beri ganjaran yang lumayan!" Umum salah seorang pegawai istana dengan kuat dan lantang.

"Hud merah?" Seorang lelaki bersoal pelik.

"16 fahun yang lalu, bukan ke mereka telah dihapuskan?" Hairannya lagi.

"Orang berkata hal yang sama ketika pasangan hud merah itu muncul. 30 tahun yang lalu, bukan ke mereka sudah dibunuh?" Seorang lagi lelaki mencelah.

"Maksudnya, masih ada lagi waris mereka di kalangan kita".

"Yalah, aku ada ternampak dia di lorong tidak bernama. Kau tahu keadaan orang di sana macam mana. Ajaibnya, esokkan hari mereka sihat! Entah sumpahan apa yang gadis hud merah itu letakkan pada mereka". Kata seorang wanita di situ.

"Sebab itu ke mereka semua ditangkap?"

"Sebab gadis itu merawat mereka?"

"Bukan! Sebab gadis itu menyumpah mereka".

Bisikan dan khabar angin mula merebak dari mulut ke mulut. Yang pasti mereka bersedia untuk mencari siapa 'Gadis berhud merah' itu.

"Luca, kita pergi ke sana sekarang". Arah Fin. Dua jejakan itu segera beredar dari pandangan orang awam.

Fin terkejut melihat keadaan lorong itu. Sepinya bertambah sepi. Buruknya bertambah buruk. Ada badan di atas tanah dibiarkan saja. Pasti mereka dibelasah teruk ketika melawan pegawai istana.

Mereka segera mendekati orang-orang di situ. Fin mengangkat satu badan dan menyandarnya pada dinding.

"Dia sudah tidak bernafas". Kata Luca selepas memeriksa nadi salah satu badan di situ.

"Melampau. Kita perlu cari Rayna dan beritahunya". Fin mengenggam penumbuk. Dahinya berkerut sehingga timbul urat di dahi.

"Aku dah selidik hari tu. Dia datang bersama seorang pedagang. Mereka berasal dari Kampung Angin Biru". Maklum Luca.

"Bagus. Kita ke sana sekarang".

------

"Kau pasti ke ini jalannya? Aku tak rasa bukit tu jauh dari kampung aku. Kenapa sekarang kita makin ke dalam hutan yang tebal ni?" Rayna bersuara setelah lama  mereka berdiam. Dia mengesat peluhnya.

Kazuki terus berjalan di depan, mencantas dahan-dahan yang menghalang laluan.

Hutan itu gelap dilingkungi pokok-pokok yang sangat tinggi. Cahaya matahari tidak dapat menembusi celah dahan-dahan dan daun-daunnya yang memenuhi langit.

"Aku pasti! Ikut sajalah! Kalau sesat pun tak rugi. Boleh korbankan diri jadi makanan untuk serigala". Kazuki ketawa di hujungnya.

Rayna berhenti sejenak. Dia menarik nafas yang dalam. Dadanya turun naik kerana terlalu lama berjalan. "Serigala tak akan makan aku".

"Hohoho. . . Yakin. Mana kau tahu?" Kazuki pun turut berhenti berjalan. Dia berpusing ke belakang menghadap Rayna.

"Dia yang selamatkan aku dari. . ." Rayna berhenti bercakap. Dia teringat sesuatu semasa kejadian di hutan hari tu.

Rayna mencapai sebatang ranting kayu.

"Lelaki yang serang aku di hutan hari tu, aku ada nampak satu tanda si bawah lengan dia".

Rayna melukis sesuatu di atas tanah. Kazuki datang dekat untuk melihat apa yang Rayna lukiskan itu.

"Ni. . ."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"

Kau tahu ni tanda atau simbol apa-apa?" Soal Rayna sambil mendongak ke arah Kazuki yang berdiri di sebelahnya.

Kazuki pandang Rayna dengan wajah serius. Lama Kazuki memandang seakan-akan memikirkan sesuatu dan Rayna dapat rasakan asal usul tanda ni adalah sesuatu di luar jangkaan mereka.

"Entah. Tak tahu". Kazuki kembali dengan muka bebalnya. Dia menggaru-garu kepalanya dengan ranting yang Rayna guna untuk melukis tadi.

"Haih. . . Kau ni sangat berguna". Rayna bangun. Dia memadam apa yang dilukis tadi dengan kakinya.

"Kalau aku tahu kau nak buat apa? Serang lubuk mereka sekarang dan mati dibunuh?"

"Kenapa perlu bertindak segila tu?"

"Tahu pun".

Rayna mencebik bibir.

"Oh ya, depan kau sekarang. Itulah pokok Yui yang kau cari". Kazuki mengangkat tangannya menunjuk pada sebatang pokok besar tak jauh daripada tempat Rayna berdiri.

Mata Rayna membulat mendongak ke atas melihat ketinggian pokok besar itu.  Rahang diketap.

"Tak lama saja lagi, nenek". Kata Rayna perlahan.

RAYNAWhere stories live. Discover now