Kejadian kemarin kembali di throwback oleh si otak kecil ni.
Haih! Kenapa dengan faiqal tetiba baik dengan aku?
'Ada musang di sebalik arnab ke?'
Atau pura-pura jadi baik semata-mata nak jaga hati aku? Yelah dia nak aku jadi girl..eh fake girlfriend dia sebab tu kot. Kau pun hati jangan dok perasan sangatlah dengan muka aku yang hodoh ni siapa yang nak? Orang sekarang majoritinya pilih yang berupa tak adanya yang pilih hati suci murni. Asal hot,masuk jarum je. Chill, wahai dak-dak single.
Sambung balik pasal faiqal,mungkin dia rasa bersalah kot sebab tu tumpangkan aku.
Eh,Kenapa aku perlu fikir pasal dia ni? Ergh! buang masa je. baik aku fikir pasal Mr.headpredect tu a.k.a my crush
Dalam perjalanan ke sekolah..
Yup! Hari ni aku rajin datang ke sekolah dengan berjalan kaki sebab nak exercise. Tiba-tiba penyakit rajin aku datang pagi-pagi buta ni.
Dalam perjalanan nak ke sekolah, masa aku nak ke seberang tu..
Maksud aku, aku sekarang kat sebelah jalan raya yang sebelahnya pulak sekolah akulah macam tu.nampak lenggang je jalan raya hari ni,kurang kereta.aku santai je jalan.
Aku dengan perasaan yang masih berangan bersama crush tak fikir and tak sedar ada sebuah kereta yang nak langgar aku.
PIN! PIN! PIN!
aku kemudian tersedar apabila bunyi tersebut sampai ke gegendang telinga aku..
Aku tak berganjak dan terkaku 'andai ni takdir aku, aku harap umi abah ampunkan dosa aku, nerdy tabah ngan kepergian aku, dan aku doakan kebahagian orang yang dah buli aku'ceh,sempat lagi aku drama kat tengah jalan ni.
Aku tersenyum nipis dan menutup mata perlahan..
HAQIEM LUQMAN
Aku yang bertugas di pintu pagar terkejut bila ada bunyi hon kereta kat luar..
Aku endahkan tapi aku rasa tak sedap hati bila bunyi hon kereta tu makin bingit..
Tanpa berfikir panjang, aku terus keluar dan tengok apa kereta tu hon sangat sampai menggangu ketenteraman sekolah ST.XHS ni! menggangu pendengaran aku je sebenarnya.
Aku terkejut bila budak zaf kemarin tu hanya berdiri kaku di tengah-tengah jalan raya
Tapi dia senyum lepastu tutup mata 'dia nak pengsan ke?' Aku gelabah dan terus jerit nama dia
"ZAF! ZAF! ZAF!"
"..." dia tak menyahut dan aku terus berlari ke arahnya dan terus memeluk sampai kitaorang jatuh tergolek dekat rumput tu
Kereta tu terus memecut laju tanpa berhenti untuk tengok keadaan budak zaf ni...
Kurang ajar betul!
Aku toleh ke arah zaf, dia masih tak sedarkan diri, aku tengok tangan dan lutut dia luka...
Tanpa berfikir panjang buat ke dua kali, aku terus mencempung badan kecik zaf yang pengsan ni ke bilik rawatan
Pandangan orang lain aku endahkan, aku tahu ramai yang tak suka zaf kat sekolah ni sebabnya pun aku tak taulah...
Sampai je kat bilik rawatan aku terus meletakkan dia kat katil yang paling hujung. Lepas tu aku mengambil keperluan untuk merawat dia lagipun jururawat yang bertugas tak datang lagi, and budak zaf ni pengsan pun sebab terkejut kot?
Tengah aku sapu iodin di lutut yang terluka zaf, dia sedikit meringis tapi tak bangun dan sedar....
Sampai je aku sapu bahagian tangan. Tiba-tiba pintu BR dirempuh oleh seseorang
"..."
***********
ALINA ALISYA
Dengar je berita tentang zaf hampir kena langgar..
Dengan perasaan yang cemas aku dengan yang lain terus ke bilik rawatan untuk jenguk si zaf tu kalau tak apa-apa..
Orang yang paling cemas antara kitaorang ni rasanya si erra...
Mana taknya dia pergi rempuh je bilik rawatan tu dengan muka cemas...
Kitaorang kat belakang dah tepuk dahi
DRAMA QUEEN BETUL!
Masa erra rempuh BR tu, ada orang jugak rupanya yang jaga si zaf.
Tapi yang jaga tu senior a.k.a si headperefect sekolah ni
'Peliknya, asal dia ni tetiba caring je?'soalku hanya bermain di minda.
Aku hanya biarkan apabila Raz bersuara
"Hmm,awak buat apa kat sini"soal raz teragak-agak
Aku melopong! Ni ke raz yang aku kenal?dia tersadung time jalan tadi? Asal dia sopan sangat?!
Yah! Maybe dia ni acah je kot..
Aku mencebik, pelik betul aku dengan perangai si raz ni
"Aku yang tolong dia tadi, korang janganlah fikir yang bukan-bukan"jawab Haqiem
"Bila masa pulak kitaorang fikir bukan-bukan? Ke kau memang buat sesuatu ni" soalku sengaja nak nak buat dia marah.
Yang lain hanya diam je entah apa yang difikir tu.
"Terserah" jawabnya malas, sambil tangan tak berhenti melap muka zaf menggunakan kain perlahan-lahan
Kami hanya memerhati, kemudian mengambil keputusan untuk keluar rehat...
"Dia tak akan apa-apakan" soal erra masih cemas
"Taklah, aku tahu zaf tu kuat! Dia macam tu pun sebab crush dia kot? Mana taknya kuat sangat berangan.
Macamlah kau tak kenal si zaf RNB sampai tak fikir keadaan di sekeliling dia"kata-kata raz membuatkan aku dan nerdy tergelak sakanR. atu
N. nerd
B. erangan
YOU ARE READING
The Badboy's Soulmate! [C]
Teen Fiction"Ok aku terima challenge kau fan! Setakat perempuan hodoh macam tu senang je nak dapat dan buang"- FAIQAL "Maaflah ya Faiqal dan terima kasih dengan tawaran kau tu tapi aku tak berminat nak jadi girlfriend kau!"-ZAFRINA "Rina ikut a...