PART 17

5.6K 282 11
                                    

"Dah packing semua barang-barang ina?" Soal seorang wanita berusia 50-an.

Aku yang tengah memasukkan segala peralatan yang diperlukan ke dalam beg sandang terkejut dengan suara umi di depan pintu.

Yes! Orang tu is my umi tershinta!!

"On the way! Umi, kenapa?" Kataku padanya, dia yang berada di depan pintu terus duduk di birai katil

"Taklah, umi tanya je..." katanya dalam nada yang sedikit resah. Aku tahu umi risaukan aku. Aku terus duduk di sebelahnya.

"Umi janganlah risau! Ina okey je pandai jaga diri" kataku meyakinkannya

"Umi doakan keselamatan kamu di sana dan pastikan tiada siapa yang tahu rahsia kamu yang satu tu" nasihatnya.

"Insyallah umi"

***********

Hari yang dinantikan oleh pelajar telah tiba, nak tahu? Tunggu ler...

***********

"Dah packing barang ke?" Soal erra yang baru sahaja balik dari kiosk

"DAH!" Jawab kami serentak.

"Aku harap perkhemahan ni best sangat-sangat walaupun ada sotong-sotong yang akan ikut bersama " Ujar raz mengejek.

NG hanya tersenyum dengan kata-kata raz tadi manakala aku berasa gelisah 'harap-harap takde benda yang tak diingini terjadi kat kitaorang'getusku

"PERHATIAN KEPADA PELAJAR YANG MENGIKUTI KEM! SILA BERKUMPUL DI ANJUNG ILMU UNTUK  PERJUMPAAN BAGI TAKLIMAT SEBELUM PERJALANAN " suara MC si headprefect a.k.a my crush bergema di tempat kami rehat ini.

Aku mengeluh seketika! Sejak kejadian aku dipeluk oleh faiqal jebon tu, haqiem dah tak macam dulu yang sentiasa ceria. Sekarang ni muka kalau tak ketat tak sah betul!

"Eh jomlah jalan pergi anjung ilmu!" Kata dilla yang mula berdiri diikuti NG dan aku.

    "Baiklah pelajar!!! Sila beri perhatian" Suara cikgu hayati selaku pengarah bergema di anjung ilmu tersebut tanpa mic pun kuat duhh!

Kami terus mendiamkan diri, membiarkan cikgu hayati meneruskan taklimat yang beliau akan beritahu.

"Baiklah dalam perkhemahan ini terdapat banyak peraturan-peraturan yang perlu kamu PATUHI!" katanya tegas.

Para pelajar membuat muka malas apabila perkhemahan ini mempunyai peraturansss..

"Peraturannya ialah yang pertama....." katanya dicantas oleh para pelajar

"ALAHH!!" suara para pelajar yang tidak berpuas hati mendengar cikgu hayati menyatakan peraturannya, bermakna banyaklah tu kalau dah start pertama....

"Hishh!! Cikgu belum bagitau dah terkejut! Takpe sikit je ni.." katanya membelek helaian kertas yang dipegang

"Peraturan yang pertama..... pelajar tidak dibenarkan untuk menanggalkan 'nametag atau pas' yang telah disediakan berserta nama kamu masing-masing yang bercetak, semasa perkhemahan tersebut berlansung  dan cikgu tak nak ada kes seperti yang lalu ketinggalan pas, letak kat mana-mana, sangkut kat mana-mana lepastu lupa!" Sambungnya lagi bersama perlian yang mengayat hati...

"Dan seterusnya... bla bla bla

Bla bla bla....

Bla bla bla...." taklimat tersebut akhirnya tamat dan pelajar bersedia untuk pulang ke rumah bagi membawa barang masing-masing ke sekolah semula tepat pada jam yang telah di tentukan.

***********

Aku mengeluarkan beg sandang di bonet kereta FORTUNER abah dan tangan dihulur untuk menyalamnya " kat sana jaga diri baik-baik ina! Abah takde kat sana nak tengok ina, jadi ina belajar berdikari ye nak!" Nasihat abah

Aku hanya menganggukan kepala dan tersenyum manis ke arah abah, abah terus mengosok kepala ku lembut, hari ni aku tocang satu je takdelah nak serabut nanti.

Sebaik tiba di anjung ilmu, kelihatan NG santai bersama makanan ringan yang dikunyah 'sempat lagi dorang melahap!'

"Zaf!!" Jeritnya. Aku rasa korang kenal jugak lah kan si minah Brutal a.k.a raz ni

"Yes raz!" Kataku dan bercekak pinggang  ala-ala seorang mak ni.

"Hehe! Dah biasa jerit nama kau ni" sengihnya dan menunjukkan 'peace'

PIT!! PIT!! PIT!! PIT!!

terdengar bunyi hon bas, maknanya bas sampai dah!

Kami terus berkumpul mengikut tingkatan masing-masing. " baiklah! Petang ni cikgu yang akan menjaga kamu. Pada malam pula ialah cikgu hayati faham?" Soal cikgu amnah

"FAHAM!!"

"baiklah kamu boleh masuk ke dalam bas sekarang!" Arah cikgu amnah. Sebenarnya bas kitaorang  satu je sebab bilangan kami hanya 50 orang.

Apabila aku mengejar  ke arah NG aku ditolak dari belakang oleh DG  dan akhirnya tercium lantai lah jawab nya .

Orang yang di belakang hanya mengelakkan aku NG takde sebab tulah berani!

"Pity you!!" Kata sakinah

"Hahhahahahaha" gelak razzlie si kembar manakala yang seorang hanya meneruskan perjalanan.

Darren si nerd juga terus membantu zaf bangun! "Kau ok?" Soalnya

Aku hanya mengangguk dan tersenyum tanda terima kasih.

Pengakhirannya, kami ialah orang yang terakhir naik. Sebaik sahaja aku naik, aku tengok NG duduk berpasangan masing-masing. Aku sedih 'mana aku nak duduk ni? Takkan kat lantai kot! Lagipun aku nampak semua dah penuh....eh tak! Bukan penuh dorang tu sengaja letak beg kat sebelah nak elak aku duduk lah tu' dongkolku geram

Aku yang ingin bersila terbantut apabila ada tangan yang menarik aku semula untuk berdiri dan membawa aku ke tempat duduk bersebelahan tingkap....

Orang tu ialah...

The Badboy's Soulmate! [C] Where stories live. Discover now