PART 19

5.8K 304 0
                                    

IRFAD FAIQAL

Aku yang tengah memandang ke luar tingkap bas terkejut apabila kepala budak hodoh ni mendarat di bahuku.

Apabila aku ingin mengalihkan kepalanya terlihat kelibat haqiem yang memandangku tajam. Aku yang melihat pandangan tajamnya tersenyum sinis dan membatalkn niat mengalihkan kepala zafrina sebaliknya aku mengusap kepala bagi memanaskan hati si poyo tu sehingga aku pun turut terlelap dan menyandar di bahu zafrina.

***********

Dalam masa 30 minit , sempat lagi aku membuat taik mata dan peta dunia yang tak seberapa nak jadi peta tu dan membaringkan kepala di bantal yang keras dan tak empuk!

'Oit! Mak cik, dekat dalam bas ni mana ada bantal kalau kau tak menyandar kat bahu seseorang and ofkos si mr.crush ler'monologku dan mengiyakan kata-kata si sang hati.Namun, tidak pula aku mengalihkan kepala sebaliknya aku pergi semula ke alam mimpi nan indah.

Tidak lama kemudian, tidurku terganggu apabila ada orang bermain dengan hidungku! 'Jahatlah si Haqiem ni! Aku tidur pun tak senang' aku endahkan gangguannya tetapi makin aku biarkan semakin kuat tarikan haqiem terhadap hidungku sehingga menghilangkan rasa ngantukku.

Aku yang tak tahan terus membuka mata! Ternyata tu bukan haqiem! Ya Allah dekatnya muka kau JEBON!! Sampai muka aku pun membahang tau tak!...

"Kau tak nak turun ke? Ke nak aku angkat?" Soalnya sinis

"Eh! Nak turunlah ni"jawabku geram

"Habis tu tangan kau kat lengan aku ni apa?" Dengan selamba lagi dia menyoal.

Secara drastik, aku melepaskan lengannya kasar sehingga terkena bucu tempat duduk.Faiqal mengerang kesakitan menyebabkan aku rasa bersalah.

"Sorry! Sorry! Aku tak sengaja"kataku dengan muka cemas.

"Eh! Kau tau tak sak...." belum sempat dia menghabiskan ayatnya,kata-katanya terus dicantas oleh seorang pak cik sebaya abah kot, 'mungkin pemandu bas ni kot'

"Anak berdua tak nak turun ke? Dah sampai ni. Lagipun tak manis berdua kat sini nanti ada yang ketiga" pak cik tersebut mengingatkan sambil tersenyum manis manakala aku membalas dengan senyuman kekok, Faiqal yang masih duduk hanya mendiamkan diri.

'Tak pasal-pasal pak cik ni fikir aku buat benda tak senonoh dengan si FAIQAL JEBON ni'dongkolku geram.

Perlahan-lahan aku mengangkat begku di tempat apabila kelihatan faiqal menutup mata dan kepala yang tersangkut dengan headphone 'nak tidur lah tu'aku yang ingin berlalu pergi tersentak apabila faiqal bersuara.

"STAY dengan aku!" Arahnya dan sempat menahan lenganku

"Tapi aku nak keluar! Kejap lagi kita kena berkumpul"rayuku cemas, takut lambat sampai pulak.

"Ada aku kisah? Stay jelah!" Arahnya selamba tanpa mempedulikan aku.Tiba-tiba tangan kiriku direntap oleh seseorang dan menyebabkan aku terdorong ke arahnya sedikit tetapi pegangan faiqal terhadap lenganku masih belum dilepaskan.

"Rina iku aku, kita dah nak berkumpul kejap lagi nanti cikgu marah pulak kalau lambat" arahnya tegas yang tangannya juga turut memegang lengan kiriku kemas.Walaupun faiqal ni satu batch dengan aku tapi kekuatannya sama ganda dengan kekuatan Haqiem, lepastu ketinggian pulak Fuh! Kalah crush aku..sikit jelah tapi aku tetap tak puas hati dengan dia ni.... Entah makan tiang elektrik ke apa kat rumah?

"Kau tak payahlah masuk campur hal kitaorang lambat ke tak bukan urusan kaulah!" Jawab faiqal bagi pihak aku walaupun aku tak suruh dia ni.

"Hal korang? Eh aku tak tanya kaulah! Aku tanya zafrina! Kau menyibuk apahal!" Benggang haqiem dengan pernytaan yang diutarakan oleh faiqal dengan perkataan "hal kitaorang?"

"Ada aku kisah?" Soal faiqal sinis.

Tanpa kata, haqiem pantas melepaskan tumbukan ke muka faiqal yang menayangkan senyuman sinis yang menyakitkan hatinya dari tadi, aku yang melihat aksi yang di luar kotak aku tadi terus berlalu keluar dan panggil cikgu kat luar 'habislah aku!!'...

Faiqal yang diserang bertubi-tubi terus mengelak apabila haqiem ingin menumbuk lagi mukanya, kali ini dia pula yang menyerang haqiem dengan perangai devilnya yang tanpa belas kasihan dan mempedulikan haqiem yang mengerang kesakitan. 'Tadi aku sakit pun,kau tak peduli sekarang rasa apa yang aku rasa tadi'getusnya dengan perasaan marah yang membuak-buak

"HAQIEM LUQMAN!!! IRFAD FAIQAL!!!" jeritan cikgu amnah dengan lantang dan bergema di dalam bas sehingga haqiem yang ingin menendang faiqal terbantut setelah mendengar singa betina mengau... eh cikgu amnah mengamuk.

"APA DAH JADI DENGAN KAMU NI? kita baru je sampai kat kampung orang kamu pulak bergaduh! HAQIEM! Kamu sebagai ketua di sini mesti tunjukkan sikap yang baik, bukannya nak ajak bergaduh!" Cikgu amnah terus-menerus memarahi haqiem apabila dia hanya diam menikus. Faiqal pula tersenyum puas apabila dia tidak dipersalahkan 'memang bukan salah aku pun mamat ni yang poyo dan berlagak'getusnya.

"Memandangkan kamu berdua lambat datang berkumpul! Kamu berdua akan didenda mencuci pinggan makanan pada malam ini semasa akitivi ice breaking kamu akan dikecualikan" arah cikgu amnah, aku yang berada dibelakangnya mengeluh lega.

'Nasib cikgu tak mention aku' getusku dam tersenyum, tak pulak aku perasan yang faiqal memandangku sinis.

"Cikgu lupa seorang lagi! Tuuu...budak kat belakang cikgu pun Lam..Bat!" Kata faiqal selamba dan memasukkan tangan ke poket serta tersenyum mengejek ke arah ku yang terlopong.

Aku yang melihatnya hanya menyumpah seranah di dalam hati.Cikgu amnah terus mengalihkan pandangan ke arahku "kamu pun, cuci pinggan malam ni dengan dorang"aku hanya mengangguk.

Mahu tak mahu aku ikutkan sahaja denda tersebut, sebaik sahaja cikgu amnah turun aku mendekati haqiem 'habis muka handsome crush aku..huhu!'

"Awak ok?" Soalku prihatin dibalas anggukan olehnya

"Jom turun! Saya rawat muka awak"ajakku dan dia hanya akur, faiqal sudah berlalu pergi sebelum aku mendekati haqiem tadi.

Sebaik sahaja turun, aku terus ditolak oleh minah yang curi tempat duduk aku tadi dan terus mendekati haqiem.

"Awak! Awak ok tak? Kenapa korang gaduh?" Soalnya cemas dan membelek muka haqiem manakala aku hanya mendiamakan diri.

"AWAK!!" Marahnya manja apabila haqiem tidak memberi respon. Aku masih mendiamkan diri tetapi dalam hati sudah berbakul-bakul sumpahan aku berikan 'sebijik macam si annabelle'

The Badboy's Soulmate! [C] Where stories live. Discover now