Selepas insiden yang aku hampir kena langgar hari tu.
Hubungan aku dengan Haqiem makin rapat.
Yeay! Tak sia-sia aku kena langgar hari tu boleh membuatkan hubungan aku dengan haqiem boleh jadi rapat.kalau aku lari, rugi je.
Aku dah terbayang haqiem dengan aku naik pelamin.imaginasi diluar jangkaan ok.
bahagianya hidup. Honeymoon sesama, luangkan masa bersama-sama,main suap-suap,dodoikan ana-- ok sorang pemikiran dan angan-angan zaf agak tinggi banyak bukan sikit.
Tengah duk sibuk berangan sebab dalam otak asyik terset nama haqiem dalam tu je.
Muka haqiem tiba-tiba dalam angan-angan aku tu jadi muka FAIQALLL!
APA DAH JADI NI?
KENAPA MUKA DIA?
MANA HAQIEM AKU?
PLUKK!
AUCHH!
aku tersedar dari mimpi..
Ingatkan apalah tadi. Fuh,aku mengeluh lega!
Eyy!'faiqal ni suka je kacau aku sampai dalam mimpi sekali takde kerja ke apa?!' Soalku geram
raz yang nampak aku pun pelik bercampur dengan geram.
'Jahanem punya raz' rungutku sendirian.
Bukan raz seorang je yang tengok aku pelik,nerdy lain pun sama. Mana taknya bangun-bangun je terus dengar aku merungut sepatutnua aku bersyukur masih hidup dan dapat bangun dari nightmare tu.and Yups! Raz yang ketuk kepala aku tadi sebab tidur masa buat ulangkaji.
Sekarang faktor beta tidur yini ialah beta sekarang berada di library untuk study group bersama nerdy girls beta! Hahaha over gila aku ni.
Masalahnya sekarang aku tertidur sebab aku tak suka math and setiap kali result keluar markah takkan pernah berubah asyik C C C je!
Mungkin antara aku dengan math takde jodoh kot? Tabahlah kita.
Jadi aku tertidur. Nerdy girls pun tak perasan 'Fokus sangat agaknya,bukan macam aku ni'
Raz je yang sibuk perhati aku tadi.Aku hanya tersengih melihat jelingan tajamnya.
"Wei, Aku nak pergi tandas. Nak cuci muka ngantuk sangat ni "ujarku
Mereka semua mengangguk, aku terus berdiri tetapi berhenti bila alina panggil aku sebab nak ikut sekali.
"Aku nak ikut. Jom!" katanya
Tanpa mendengar balasan dariku dia terus menarik tanganku, aku hanya mendiamkam diri bila dia menarik tangan ke tandas bahagian bawah.
Semasa dalam perjalanan ke tandas bawah, aku dan alina terserempak dengan DG (diva girlz) mereka terus menghalang perjalanan kami semasa ke tandas.
Alina pula terus rasa nak marah diaorang apabila aku ditolak oleh bella dan kellysha, belum sempat dia berjalan kearaku dia dihalang oleh Aryana dan Adiqa.
Keadaan yang bising itu didatangi oleh DB (devil boys), mereka tersenyum sinis melihat aku yang dibuli.
"Wei Qal! taknak tolong ke fake girlfriend kau tu? Kesian dia aku tengok. "soal irfan dengan kening terjungkit dan ketawa dihujung ayat.
"Huh! Fake je pun aku tak kisah kat budak hodoh tu dan aku malas nak layan dare korang yang mengarut tahap babun tu jugak "jawab faiqal tetapi disebabkan ego dia mendiamkan diri walaupun hati ingin menolong budak nerd tu.
"Lah! Kalau macam tu apa kata kau try pulak orang yang buli dia tu, aku tengok cun gak"kata harith lalu tersengih.
Faiqal hanya membuat rolling eyes. 'nampak perempuan lawa semua korang nak try apa ingat ni food taster ke? Haih,ni lah kalau ada member yang perangai playboy dia mengalahkan buaya yang kat tasik tu'monolog faiqal.
"So? Amacam terima tak dare harith tu? Aku rasa takdelah susah sangat nak sangkut kat dia berbanding dengan budak hodoh tu sebab perempuan tu macam minat kau jugak" tambah hakim lagi dan membuat gaya seperti berfikir
"Hmm..nanti-nantilah aku fikirkan,aku tertekan sekarang ni.Dah jangan kacau aku, aku nak pergi satu tempat kejap"ujar faiqal dan terus berpatah balik.
DB pelik dengan perangai faiqal yang makin suka berahsia dengan mereka..
"Guus! Korang rasa en,si faiqal tu sangkut tak dengan budak hodoh tu sebab aku tengok dia en kalau ngan budak hodoh tu dia macam tak kisah je kalau orang pandang dia semacam?kalau aku! Fuh malu wei!Budak hodoh euw nerd yang teramat nasiblah si faiqal tu hensem" Soal haris lalu ketawa berdekah-dekah sebaik menghabiskan ayatnya..
DB hanya memandangnya dengan pandangan
'kau dah gila ke? -_-'
'Nak aku hantar pergi tg.rambutan?'
'Tak malu ke woi?!'
Itulah pandangan yang diberikan oleh hakim,harith dan irfan..
Haris terus berdehem (nak cover) 'cis tak sporting punya member! Mati-mati aku ketawa dorang buat derk je'
"Tapi ada betul jugak si haris ni cakap"kata harith tiba-tiba setelah keadaan terjeda seketika.kembang setaman kejap si haris.
"Haah en! Baru aku perasan" kata hakim pula.kembang kempis kejap si haris.
Irfan yang hanya mendiamkan diri kerana masih berfikir tentang pernyataan yang dorang katakan
'Betul ke ni faiqal dah suka budak hodoh tu'soalnya sendirian.
DB yang perasan irfan hanya mendiamkan diri memandang pelik sebab bukan dia ke yang cabar faiqal hari tu..
Tiba-tiba haris mendapat idea untuk mengenakan irfan yang masih termenung.
Dia tersenyum jahat dan terus memukul bahu irfan kuat menyebabkan irfan TERmelatah.
"Eh eh! Aku ada girlfriend jebon.what!? KURANG AJAR KAU HARIS DANIEL!SIAP KAU AKU KERJAKAN NANTI" Kata irfan dengan geram
Maka bermulalah seisi kejar-mengejar antara irfan dan haris di bilik tersebut yang mempunyai kelengkapan seperti di rumah dan bilik tersebut khas untuk DB je..
YOU ARE READING
The Badboy's Soulmate! [C]
Teen Fiction"Ok aku terima challenge kau fan! Setakat perempuan hodoh macam tu senang je nak dapat dan buang"- FAIQAL "Maaflah ya Faiqal dan terima kasih dengan tawaran kau tu tapi aku tak berminat nak jadi girlfriend kau!"-ZAFRINA "Rina ikut a...