IRFAD FAIQAL
"Hodoh Asal tak tunggu aku"
Kata-kataku terhenti bila ternampak gerangan si haqiem penyibuk ni
Haish! Dia ni takde kerja lain ke selalu je menyibuk hal aku?
" kau pun ke Faiqal?" Soalnya dengan menjungkitkan kening. Kan aku dah cakap tadi. Penyibuk!
"Hmmm" jawabku acuh tak acuh dan menganggukan kepala
" Qiem! Oh Haqiem!" Jerit seseorang yang berada di belakang ku atau lebih tepat tepi telinga aku.apa si haqiem kau tu jauh di afrika ke sampai menjerit nak keluar anak tekak. Kalau jauh sikit tak apa tapi kalau dah berdekatan telinga aku.panas jugak hati ni! Nasiblah kau senior aku hormat tau.
"Qiem, jomlah masuk kelas takkan nak meronda lagi kot!" Soal Azirul
Aku hanya tayang muka dingin malas nak layan dorang ni aku terus melangkah ke padang.
Tapi aku tak jalan sorang-sorang, aku terus tarik budak hodoh tu dari senior si penyibuk tu.
Tiba di padang, si hodoh ni terus tangannya kasar dari aku.
" kau ni dah kenapa? Aku boleh jalan sendiri lah" katanya sambil mencebik lalu memeluk tubuh
Aku hanya memandangnya sinis.
" suka hati akulah, tangan aku bukan kau pun. Lagipun aku malas nak layan drama korang tadi! Menyampah pulak aku nak jatuh bagai kau ingat korang tengah buat shooting ke?"
***********
"suka hati akulah, tangan aku bukan kau pun. Lagipun aku malas nak layan drama korang tadi! Menyampah pulak aku nak jatuh bagai kau ingat korang tengah buat shoting ke?" katanya dengan selamba
Aku yang dengar ni makin geram pulak dengan dia.
Eh,Kalau aku tak jatuh takdenya drama bagai tau. Tapi kalau dengan crush siapa yang tak nak?right girls? Lucky me.
Aku tersenyum malu bila teringat balik peristiwa tadi tak sabar nak cerita kat umi.fangirl kejap dan lupakan si jebon menyakitkan hati ni.
Tengah aku dok berangan tu,kepala aku sakit.aku sedar kot!
Aku pandang faiqal dengan senyuman tak bersalah dia tu.
'Sakitlah gilaaaa'aku mendongkol geram
"Siapa suruh berangan,jangan nak kutuk aku gilalah" ujarnya.
'Macam tahu-tahu je'
"Memang aku tahu pun"sambungnya lagi dan memandang aku tak puas hati.aku berdehem dan membetulkan kedudukan spek.
" Ingat,kat sini bukan tempat untuk kau berangan bagai, sekarang ni kau kena kutip sampah sekarang! Aku nak tidur kat bawah pokok sana. Kalau kau dah siap kejut je aku" katanya tanpa menunggu balasan dari aku dia terus berjalan ke arah pokok yang di tunjuk tadi.
'Dasar mamat poyo,kerek,jebon! eyy, nak je aku tumbuk muka tak handsome kau tu. Tapi kalau dah ramai peminat takkan tak handsome pulak'
YOU ARE READING
The Badboy's Soulmate! [C]
Fiksi Remaja"Ok aku terima challenge kau fan! Setakat perempuan hodoh macam tu senang je nak dapat dan buang"- FAIQAL "Maaflah ya Faiqal dan terima kasih dengan tawaran kau tu tapi aku tak berminat nak jadi girlfriend kau!"-ZAFRINA "Rina ikut a...