Part I (Anak)

23K 353 9
                                    

Salam ramadan semua. Janji ditepati. Cerita ramadan pak cik dan Inas. Cerita ni just suka-suka saja ye. Tak ada yang special melainkan kalau korang mengikuti kisah Raqim dan Inas. Ada dalam 6 ke 7 part. Semoga terhibur 💜

♡♡♡♡

RINDU Faith Iman. Si kecil yang menjadi kegilaan Inas sejak sebulan dua ini. Siang malam igaukan Faith, bayi lelaki yang menyerikan lagi legasi Tok Mizi. Makan nak Faith, tidur nak tengok Faith, pendek kata setiap minit nama bayi itu meniti di bibir merahnya.

"Faith..." Sebut nama bayi comel itu pun dah buat Inas tersenyum-senyum macam orang angau. Tentu hari ini kurang update fasal 'anak' bertuahnya itu bila masing-masing sibuk dengan kenduri akikah yang diadakan di kampung.

Bercakap tentang kenduri, betul ke kenduri tu tempat paling perlu dielak bila kita belum ada anak? Di majlis yang sepatutnya berkat itulah kebiasaannya soalan-soalan menyakitkan hati boleh muncul.

Antaranya, bila nak kahwin? Kalau yang dah berumahtangga, soalan bila nak beranak pula yang sering diaju. Diaju dengan nada sinis dan menyakitkan hati pula tu.

Bukan nak kata yang pergi kenduri tu mak cik-mak cik bawang, cuma mengikut pemerhatian Inas yang dah lebih dua tahun berkahwin ni, boleh dikatakan disetiap kenduri kendara yang dia hadir, soalan 'bila nak ada anak' itu yang menjadi rangking tertinggi untuk dia dan suaminya Raqim.

Terkadang tu Inas rasa pelik dan jelik dengan soalan-soalan begitu. Kalau dia sendiri dah bosan mendengar, takkan orang yang bertanya tu tak pernah kenal erti bosan bertanya?

"Hina sangat ke orang tak ada anak?" batinnya sendiri. Serius, hilang terus terujanya untuk pulang ke kampung bila mengingati semua soalan-soalan itu.

Jemarinya lemah membentuk selendang yang sejak tadi sukar dibentuk seolah pertanda untuk dia tak seharusnya pulang ke majlis yang bakal dihadirinya nanti.

Tapi nanti apa pula kata Raqim. 'Orang dah jemput sayang...tak baik kalau tak pergi, lebih-lebih kenduri kakak sendiri.'

Kata-kata Raqim terimbas dan betul pun, kenduri kali ini kenduri cukur jambul anak kak udanya yang ke enam. Ya, cucu Tok Mizi yang ke sepuluh milik anak kak udanya lagi.

Sedih? Eh, taklah, Inas happy. Happy sangat! Inas mampu kata apa kalau dah begini aturan hidupnya. Bernikah awal tak semestinya beranak awal. Seperti pasangan lain yang belum dikurniakan cahaya mata, dia dan suami masih belum berhenti mencuba. Mereka bukannya mandul, cuma rezeki tak berpihak pada mereka lagi.

"Sabar...sabar." Itulah ayat yang sering berlagu di bibir manis suaminya. Untuk berkata lebih, Inas rasa ada baiknya dia memendam. Raqim pun bukan suka sangat bila dia bangkitkan soal anak. Suaminya itu lebih suka dia bersabar dan menunggu.

Sampai bila? Hanya ALLAH sahaja yang tahu bila penantiannya ini akan berakhir.

"Ya ALLAH, sayang menung apa lagi tu? Tahukan dah dekat pukul berapa sekarang ni? Ini nak balik kampung ke tidak ni?" soalan Raqim bersama kerutan di dahi. Pelik. Selalunya Inaslah orang yang paling cepat bersiap bila diajak pulang ke kampung. Kali ini, kenapa nampak macam tak bersemangat seperti selalunya?

"Sayang?"

"Ha?"

Raqim senyum dalam hati. Mulalah isterinya tu, kalau dah menungnya sampai dia bercakap pun Inas tak dengar, bermakna ada beribu persoalan di dalam fikiran Puan Isterinya itu.

"Siap dah?" Raqim malas nak ulang soalannya tadi. Dia pasti Inas tak dengar dan buang air liur saja nak ulang dua kali.

"Oh. Tunggu. Tudung ni susah nak bentuk."

My Dear Puan IsteriWhere stories live. Discover now