Part V

7.2K 267 5
                                    

MELENGGANG dia berjalan tak pandang kiri kanan. Melepasi ruang pekerja-pekerja Raqim, Inas terus melulu masuk ke dalam bilik kerja Raqim, mahu menemui Encik Suaminya. Macam biasalah, dia akan tumpang solat dan tumpang berehat di situ. Cuma hari ni mereka tak boleh makan macam selalulah sebab bulan puasa.

Pintu bilik kerja Raqim yang tak ditutup sepenuhnya dia kuak kasar. Selangkah kakinya ke dalam bilik kerja suaminya, ada dua pasang mata sedang perhatikan kelibat dia yang nampak sangat janggal berdiri di situ. Iyalah, mana ada pekerja bawahan yang suka-suka boleh masuk bilik Encik Bos.

Erkk...Inas salah masa ke ni? Jam ni pulak suaminya ada tetamu. Walaupun tak gatal, tangan tetap nak garu kepala. Menunggu sehingga dipelawa masuk.

"Hi." Raqim dah terlebih dahulu menegur. Faham dengan bahasa tubuh Puan Isterinya itu. Kalau dah terkulat-kulat macam tu, nak cakap malulah tu!

"Hi!" tegurnya sama, biarpun nampak kekok.

"Inas?" Datin Sally turut menegur. Tersenyum dan dia nampak sangat berkenan dengan budak perempuan yang melayannya memilih kain tadi. Selain dia, ada juga yang berpesan mahukan nombor telefon gadis ini.

"Errr... Hi Datin."

"Hi kat Datin jer?" Raqim pun apa lagi, masa inilah nak mengusik si jantung hatinya ini.

"Raqim? Pekerja you datang tu, tak ajak masuk sekali ke?" kata Datin Sally. Mahu Raqim melayan pekerjanya terlebih dulu. Kutlah ada urusan kerja.

"Inas dah masuk pun Datin. Bukan sekali dua dia serbu masuk ke sini." Raqim gelak dalam hati. Sengaja nak lihat reaksi Inas. Kental atau tak hati isterinya itu bila diusik.

"Pekerja you memang boleh keluar masuk bilik you sesuka hati ke Raqim?" Datin Sally baru terfikir nak tanya. Sejak dia beberapa jam di sini, seorang demi seorang pekerja Raqim masuk ke bilik lelaki ini. Dan sekarang ni, pekerja di bawah pun sibuk nak cari bos di atas apa hal pula?

"Inas ni..."

"Anak saudara bos. Ya kan bos?"

"Err..." Dah kenapa pula isteri dia ni?
Inas sempat main mata. Tak tahulah Raqim apa motif Inas meminta dia mengaku begitu. Jangan sampai ada yang disembunyikan isterinya sudah.

"Ha ah...kut," kata Raqim serba salah. Di pihak dia, lebih suka kalau mereka berterus terang sahaja. Dengan pekerja-pekerjanya pun dia bahasakan Inas sebagai isteri bos. Buat apa nak main sorok-sorok.

"Inas memang dah biasa masuk ke bilik saya. Nak minta duit top up la tu." Usik Raqim, buat Inas jegilkan mata.

Pak cik ni pun... ada ke minta duit top up. Ingat Inas ni aktif bersosial sangat ke? Maaflah pak cik, zaman We Chat Inas dah lama berlalu.

"Okeylah kalau macam tu. Elok kerja dengan family sendiri. Lebih elok kalau you beri Inas jawatan yang lebih selesa sikit. Kerja dekat bawah tu berhabuk, kotor. Penat nak kena melayan pelanggan. Ya tak Inas?"

Amboi? Melebih sangat datin ni. Tak adalah penat mana sebenarnya. Inas okey jer kerja dekat bawah tu.

"Penat sikitlah aunty. Lagipun bos bukan sudi nak offer saya kerja di office. Tak apalah, kerja dari bawah, mana tahu one day boleh ganti tempat bos pula. Inas pun teringin nak rasa duduk di kerusi bos yang empuk tu."

Melebih pula Puan Isterinya ini. Nampaknya ada orang nak balas balik. Raqim usik sikit jer, Inas balas lebih-lebih pula.

"Tak mustahil semua tu berlaku. Yang penting kena usaha lebih. Inas, aunty sebenarnya ada benda nak cakap dengan Inas. Boleh tak kita jumpa kat luar sekejap?"

My Dear Puan IsteriWhere stories live. Discover now