Next

8.6K 303 10
                                    

MELAYAN Inas bervideo call bersama keluarganya hujung minggu itu memang boleh buat Raqim hilang stress dengan gelak dan gurauan Inas sekeluarga. Yang Inas rajin menyakat, tak kurang Encik Tarmizi yang suka membalas usikan anak bungsunya itu menjadikan ruang tamu mereka meriah dengan gelak.

Raqim baru perasan, lucu Inas ni menurun daripada bapa mertuanya rupanya. Patutlah si isteri rajin menyakat dia. Tengoklah tu, boleh selamba je dia gelakkan ayah sendiri macam tu. Inas...Inas. Perangai tu bila entah nak berubah.

"Anak ayah bila nak balik kampung? Along...angah setiap minggu balik, berbuka dengan ayah dan mama." Encik Tarmizi dah mula bertanya. Mana senang hati bila anak bungsunya ini tak balik menjenguk dia, lebih-lebih lagi di bulan puasa.

Inas bukan tak nak balik kampung, tapi dia sedang cuba kawal diri. Tak mahu sampai rahsia terbongkar dan nanti tak adalah surprise raya. Dia nak berita kehamilannya sebagai hadiah hari raya terbesar tahun ini.

"Nanti dululah ayah, Inas dan abang akan balik tapi bukan waktu terdekat ni."

Encik Tarmizi tersenyum kelat. Terfikir juga, si anak tak mahu pulang sebab sering diaju dengan soalan yang sama. Bila nak ada anak dari saudara mara terdekat mereka.

"Okeylah kalau dah macam tu. Ni, ayah nak tanya...Inas ada ikut Raqim terawih di masjid?"

He he he. Inas gelak, tak tinggal disenggol lengan suaminya di sisi.

"Ada Raqim ajak kamu?"

"Ada ayah. Cuma..."

"Anak ayah malas nak ikut? Kenyang berbuka sampai tak larat nak ke masjid?" Encik Tarmizi faham sangat dengan perangai anak bungsunya ini.

"Ayah, jomlah datang rumah Inas..." ajak Inas, nak alihkan perhatian ayahnya dari berbicara tentang solat terawih. Inas bukan tak mahu pergi, tapi sungguh, sejak demam haritu dia seperti tak berdaya nak bediri lama.

"Apa pula ayah yang nak kena ke sana? Inas dah lupa jalan balik kampung ke?" Si kak long yang kebetulan ada di kampung turut mencelah.

"Bukan lupa jalanlah long, Inas cuma teringin nak tengok rumah ni meriah dengan korang semua. Ada ayah, mama. Kak long, angah, uda pun turunlah KL. Raya dekat sini ke? Kita ubah tradisu, nak tak?"

Lain macam je permintaan isterinya kali ini. Raqim di sisi cuma pasang telinga. Kalau tadi perbualan mereka diselang selikan dengan gelak tawa, sekarang ni Raqim rasa senyap sunyi pula.

"Inas okey ke tu?" Si ayah pun turut tak sedap hati. Encik Tarmizi tahu, Inas takkan suka-suka meminta kalau tak kerana si anak betul-betul teringin.

"Raqim?"

"Ya ayah." Raqim jengah masuk ke dalam video, biar ayah mertuanya nampak dia turut ada di situ. "Saya okey je kalau semua nak berkumpul di sini. Sesekali beraya di KL pun okey juga. Rumah ni sentiasa terbuka untuk semua orang."

"Kamu tak ada sorok apa-apa daripada ayah?" Orang tua biasalah, simpan seketat manapun rahsia, naluri mereka juga cukup kuat untuk menghidu.

"Tak ada apalah ayah. Inas okey je. Anak manja ayah ni biasalah. Kalau dah itu minta dia, nak tak nak kenalah turut. Tapi sungguh, saya pun setuju kalau ayah dan semua datang ke sini, sambut raya di sini. Insya-Allah ada rezeki lebih nak dikongsi dengan semua tahun ni." Raqim sebenarnya ada hajat dan diharap kesampaianlah hajatnya nanti.

"Tentang itu ayah akan bincang dengan ipar duai kamu semua. Kalau ikut ayah tak kisah sangat. Raya dekat mana sama saja, asalkan ada anak menantu dan cucu..."

Dan bakal cucu... Raqim genggam tangan Inas. Dia pun sebenarnya tak sabar nak kongsikan berita gembira, tentang kehamilan Puan Isterinya. Tunggulah, raya pun tak lama lagi. Waktu itu nanti Raqim akan sampaikan berita gembira ini dengan semua orang.

My Dear Puan IsteriWhere stories live. Discover now