VIII

9.5K 321 17
                                    

INAS ke dapur sebaik bangkit dari tidur mati kesan ubat yang diberi doktor tadi. Ingatkan ke dapur nak cari air panas buat penghilang dahaga. Tapi sebaik kaki melangkah ke ruang dapur, kelihatan Raqim sedang merenung masa hadapan di hadapan cutting board kegemarannya.

Pak cik kan...biasalah. Dia nak potong bawang pun kena nampak sama besar dan ketebalan!

 Dia nak potong bawang pun kena nampak sama besar dan ketebalan!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tapi...kenapa pak cik menung? Tak sukakah suaminya dia mengandung? Bukankah sebelum ini mereka ternanti orang baharu datang dalam hidup mereka. Ah, malaslah Inas nak ambil tahu. Detiknya, belum ada hati nak melayan Raqim seperti selalu. Tak kata nak merajuk panjang, tapi siapa yang mulakan, dialah yang kena hentikan semua ni. Takkan Inas pula yang terhegeh menegur suaminya itu.

"Eh, yang?" tegur Raqim sebaik terperasan kelibat Puan Isteri. Cerah matanya, macam tahu-tahu dia sedang fikirkan Puan Isterinya. Dan tentu sajalah dia terfikirkan silapnya pada Inas sekali.

"Hrm..." layan Inas nak tak nak.

"Bangun dah? Nak makan tak? Abang ada buatkan Inas bubur." Beriya Raqim bertanya. Pertama takut isteri lapar. Kedua takut baby pun lapar.

"Tak rasa nak makan lagi." Jawab Inas malas.

"Air? Milo? Abang boleh buatkan." Sehabis daya dia nak ambil semula hati Puan Isterinya. Raqim harap sangat Inas sudi lupakan sengketa mereka.

"Takpe, Inas boleh buat sendiri. Abang sambunglah masak. Inas larat lagi..." Inas terus berlalu mahu mengambil mug dan sudu. Sedap juga mengopi petang-petang begini. Dah alang-alang tak puasa, dapat minum pun nikmatnya tak terkata.

Hrm... giliran Raqim pula yang mengeluh. Susahlah kau Raqim...nampaknya rajuk kau dah berjangkit pada Inas pula.

"Sayang."

"Ya...kenapa."

"Duduk. Teman abang masak?" pinta Raqim bersungguh. Selalunya tak perlu diminta isterinya ini akan duduk dan mengacau dia.

Berat nak menurut, tapi kalau dia mengelak lagi, takkan selesai masalah dia dan suaminya ini. Mengalah sajalah Inas. Yang sakitkan kau ni bukan sesiapa, suami kau juga. Kan dah kata semakin lama kenal seseorang tu semakin kenal perangai seseorang tu sebenarnya. Jadi, dah faham kan suami kau ni macam mana...

"Tak nak tanya abang masak apa?" Sakitnya Raqim bila Inas begini. Belum ada dua hari mereka bercakaran dia dah mula merindui kenakalan isterinya ini.

"Masak apa?" Macam tak masak apa lagi pun. Elok je bawang tu tak terusik.

"Macam tanya tak ikhlas jer..."

"Yalah, abang masak apa..." Dia tayang gigi, fake smile pun ditayangnya sekali.

"Tak tau lagi nak masak apa." Tak ada hati nak masak untuk berbuka nanti sebenarnya.

"Abangkan pandai masak. Tak macam Inas ni...goreng telur pun hancur." Inas yang tak pernah sorok kekurangannya yang satu itu.

My Dear Puan IsteriWhere stories live. Discover now