Part VII

8.5K 309 10
                                    

RAQIM tiada usaha untuk memujuk Inas pun pagi itu. Usai solat subuh dan menyiapkan sendiri pakaian untuk ke tempat kerja, dia cepat-cepat bersiap untuk meninggalkan rumah.

Inas di bilik sebelah tak dijengah, konon nak tunjuk ego seorang suamilah. Hati risau, tapi kalau sekarang dia masuk ke dalam bilik pun dia tahu takkan jadi apa. Panas dilawan panas, ada baiknya dia yang mengalah pergi.

Betullah kalau Inas kata dia ego. Tapi, salahkah kalau dia ego sebab nak pertahankan haknya dari diganggu orang? Tertanya Raqim sebaik masuk ke dalam perut kereta. Tak tunggu Inas pun sebab dia sendiri dah memutuskan, isterinya itu sepatutnya duduk sahaja di rumah. Jaga makan minum dia, bukan sibuk nak melayan lelaki lain!

Raqim masih teringatkan cerita semalam. Cerita Inas yang terlebih melayan seorang lelaki dan mesej yang dihantar Datin Sally juga antara sebab dia jadi begini. Yang menghairankan dia, kenapa sampai ke saat ini Inas masih belum mahu mengaku silapnya. Inas langsung tak ada sebut soal Hanif. Apa isterinya itu fikir apa yang dilakukannya itu betul?

Dah dari awal dia tak berapa bersetuju isterinya itu keluar berkerja. Takut perkara-perkara seperti ini berlaku dan sekarang ni ianya betul-betul berlaku.

Takkan Inas tak beritahu Datin Sally yang mereka suami isteri? Dan kau sendiri Raqim, kenapa tak sangkal saja kata-kata Inas sewaktu Inas mengaku yang dia anak saudaranya sendiri. Bila dah bergaduh begini siapa yang susah? Siapa yang dipersalahkan?

"Ah, iyalah, semua ni salah aku!" Enjin kereta Raqim hidupkan dan tanpa menoleh ke belakang, kediamannya ditinggalkan dengan rasa bersalah dan dia tahu dia yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini.

TENGAH HARI di TAJ yang agak kelabu disebabkan perasaannya yang bercelaru. Badan di tempat kerja, tapi sebahagian besar hatinya sebenarnya dah sejak pagi tadi tertinggal di rumah. Jam di pergelangan tangan kirinya dijeling. Seminggu dua ini di waktu-waktu begini dia dihiburkan dengan keletah Inas, tapi hari ini terpaksalah dia mengharung waktu di pejabat sehingga petang seorang diri.

Bila jauh macam ni barulah sibuk nak rasa rindu. Baru nak teringat. Kalau depan mata tu sibuk nak cari pasal! Yang anehnya budak dekat rumah tu tak rindukan dia ke? Setahu Raqimlah, Inas mana boleh berenggang dengan dia. Sejam tak bagi laporan pun, macam kucing hilang anak isterinya itu cari dia.

Telefon ditelek, melihat kalau-kalau ada pesanan yang masuk. Tapi tak ada. Dah Inas merajuk Raqim, dalam mimpi sajalah kalau dia nak mesej dan bersayang sayang dengan kau.

Tiga setengah petang barulah Raqim mengambil keputusan untuk pulang ke rumah kerana risaukan keadaan Inas. Pada awalnya Raqim tak mahu pulang, tapi selepas beberapa puluh kali dia menghubungi isterinya dan isterinya itu langsung tak menjawab panggilannya, tahap risau Raqim jadi berganda-ganda.

Inas tahu sajalah kalau dah datang rajuk dia. Bukan hanya boleh larikan diri, telefon seribu kali berdering pun isterinya itu tak mahu layan.

"WhatApp pun satu tick jer. Last seen enam pagi tadi. Takkan Inas langsung tak online? Kenapa aku baru perasan semua ni?" Risau tak usah katalah, meter kelajuan pun Raqim tak sempat pandang bila kalut teringatkan isterinya di rumah.

"Dah kata jangan cari pasal, nak juga cari pasal. Tahukan isteri kau tu macam mana Raqim..." Dia memang tak pernah serik. Asalnya dia yang tarik muka, sudahnya apa jadi sekarang? Marahnya sendiri. Terasa jauh pula perjalanannya kali ini dan mujur sajalah bukan waktu puncak dan jalan tak jam.

Sesampainya di rumah keadaan masih sama seperti ditinggalkan pagi tadi. Semuanya masih elok tersusun dan tak ada tanda-tanda orang mengamuk dan sepahkan barang.

Langkah lajunya terus ke bilik dan almari baju yang diselongkarnya dahulu. Iyalah, manalah tahu Inas lari lagi. Bukan Raqim tak ingat isterinya itu pernah melarikan diri. Lari di bulan puasa juga lebih kurang dua tahun lepas.

My Dear Puan IsteriWhere stories live. Discover now