Part IV

8K 288 8
                                    

ADA orang terbongkang dekat sofa. Siapa lagi yang suka buat perangai macam tu kalau bukan isterinya, Inas. Manalah dia nak diam kalah dah macam itu sekali cara Inas nak tunjuk dia penat.

"Dah kata dah...kerja tu penat. Duduk saja rumah. Tapi degil." Bebelan Raqim tak henti sejak keluar dari perut kereta. Mana taknya, Puan Isterinya asyik mengadu letih, sakit semua badan sebab terlebih buat kerja.

"Yang... Kalau ya pun mandilah dulu. Penat macam mana pun, mana boleh terus tidur depan tv macam ni." Risaunya dia kalau Inas terus-terusan macam ni. Ini belum lagi bulan puasa. Habis nanti kalau berpuasa laratkah isterinya ni? Siapa nak memasak? Siapa nak uruskan makan pakai dia?

"Sekejaplah...Inas tak penatlah, Inas cuma nak luruskan badan. Sekejap jer abang."

"Tak penat apanya kalau dah rupa sotong penyek abang tengok."

Sotong penyek dia kata kita? Sotong penyek inilah yang dia cari kalau hilang. Huh! Inas buat-buat tidur, tak kisah dah kalau Raqim nak membebel sampai malam.

"Apa nak buat? Buat dia...berhenti kerja?" Desisnya, tak senang dengan pemandangan sebegini bila mereka balik kerja. Selalunyakan Inas akan sambut kepulangan dia dengan senyum dan gurauan manja. Sediakan minum petang walaupun adakalanya cuma ada secawan kopi.

"Abang...Inas dengar apa abang cakap tu...Inas masih nak pergi kerja okey. Jangan cuba pecat Inas di hari pertama Inas berkerja!"

"Ya. Kerja tu betul kerja, tapi jangan sampai berkerja, sayang lupa tanggungjawab sayang yang lain. Kalau dah macam ni gayanya, esok dah tak payah datang kerja." Raqim beri cadangan yang lebih kepada arahan. Biarlah Inas duduk rumah, tak ada apa yang kurang pun dekat rumah ni.

Apa kejam sangat pak cik ni? Inas nak baring sekejap pun bising. Dengan malas Inas cuba duduk. Dijeling suami kejamnya sekilad sebelum dia mengeluh. Huh! Langsung tak bagi muka!

"Buat muka...buat muka..."

"Inas baring tak sampai lima minit pun..."

"Nak baring dalam bilik. Penat abang buat bilik tu besar-besar, untuk baring."

"Yalah yalah Inas mandi. Masak bagi abang makan."

"Abang akan masak. Inas tu...pergi mandi. Abang suruh Inas mandi sebab nak bagi sayang segar. Bukan sebab abang kejam."

Apa-apa ajelah pak cik. Malas dah Inas nak bergaduh bila badan semua sakit-sakit. Ada ke patut nak suruh dia berhenti kerja di hari pertama dia bertugas. Tak patut betul!

SEMINGGU di TAJ, Inas sudah terbiasa berkerja di bawah syarikat suaminya itu. Letih pun semakin berkurang dan yang penting, dia sudah jarang mengeluh penat.

Biasalah awal-awal berkerja, belum dapat sesuaikan diri lagi.

Tapi Inas dah boleh berlagak depan suaminya dan mengingat semua jenis kain. Setakat nak suruh dia pilih kain, potong kain dan buka kain? Ah! Kacang sajalah! Sekejap! Buka kain tu bukan kain dari plastik, bukan buka kain lain ya! He he he.

Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari kedua umat islam berpuasa dan syukur juga Inas panjatkan kerana berpeluang menjalani ibadah puasa sekali lagi bersama suami tercinta.

Teringat dua tahun sudah, di awal perkahwinan mereka.

"Kegembiraan yang tak berpanjangan..." Kehilangan yang sampai bila-bila Inas tak mampu lupakan. Tapi Insya-ALLAH Inas dah relakan pemergian anak sulungnya itu.

Raqim pun selalu ingatkan dia dengan satu hadis nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah.

'Demi ALLAH, sesungguhnya janin yang keguguran akan membawa ibunya ke syurga dengan tali pusatnya jika ibunya ikhlas...'

My Dear Puan IsteriWhere stories live. Discover now