"Ibu, Ee pergi dulu" Ezzanie memakai sneakers dan start enjin kereta Myvi miliknya.
"Nanti bagitahu dekat Mira, ada pelanggan nak datang ambil order minggu lepas punya. Pukul 10 nanti ibu pergi ke butik" Kata ibu Ezzanie yang berdiri depan pintu banglo.
"Okey ibu. Assalamualaikum" Ezzanie melambai ke arah ibunya.
***
"Eh Ee, sorang je ke? Bos tak datang ke?" Kak Mira menunggu di hadapan pintu Shine Forever Closet.
"Tak. Ibu datang pukul 10 nanti. Ha ni akak, tadi ibu pesan. Nanti ada pelanggan nak ambil order minggu lepas punya" Ezzanie meletakkan begnya dan masuk ke bahagian kaunter.
"Oh, okey. Dah alang-alang kamu kat sini. Akak nak keluar dululah, akak belum breakfast. Tolong tengokkan butik, ya?"
Kak Mira sudah bersiap sedia untuk keluar.
"Baiklah Kak Mira! Happy eating!" Ezzanie membalas.
Dia memeriksa semua pesanan yang dibuat oleh pelanggan minggu lepas lalu disemak satu persatu supaya tiada kesalahan yang berlaku.
Tiba-tiba kedengaran loceng pintu berbunyi. Sepasang manusia memasuki butik itu.
"Selamat datang! Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Ezzanie menegur ramah.
Sempat lagi matanya mengerling seketika ke arah lelaki yang berdiri sebelah perempuan yang sekadar memakai skirt pendek dan freehair itu.
"Boleh tahan. Tapi minah ni kenapa macam tak cukup kain je?" sempat lagi Ezzanie memuji dan mengutuk dalam hati.
"Ei panasnya kat sini. Takkan butik besar macam ni takde aircond? Sayang, I panaslah"
Perempuan gedik itu merungut sambil memegang lengan lelaki itu. Jelas ketidak selesaan pada wajah lelaki itu.
"Kat dunia panas sikit je, tapi neraka nanti lagi panas tau kalau berpakaian macam tu" Jawapan itu sekadar disimpan di dalam hati.
"Maaflah cik. Kami baru je buka tadi. Aircond pun masih baru buka. Cik duduk dulu ya"
Ezzanie menjemput mereka berdua untuk duduk di atas sofa dan mereka berdua sekadar menurut.
"Kami nak khawin bulan depan so kami datang sini nak order baju pengantin. Dengar cerita, baju-baju kat sini cantik. Harap tak menghampakan lah ya. Sebab majlis I nanti, I nak I lah paling cantik kat situ"
Perempuan itu bersungguh-sungguh bercerita dengan lenggok yang disengajakan.
"Ye betul tu. Cik jangan risaulah. Kami yakin cik pasti puas hati dengan pakaian pengantin kat sini. Lagipun artis Anzalna Nasir pun order baju pengantin kat sini"
Ezzanie tersenyum terpaksa ke arah perempuan itu.
"Okey baiklah. Saya nak tengok katelog,boleh?" Perempuan itu meminta. Ezzanie mengeluarkan beberapa catalogue dan menghulurkannya kepada perempuan di hadapannya itu.
"Er, nama cik apa ya?" Ezzanie bertanya. Perempuan itu memandang Ezzanie seketika sebelum menjawab "Tania".
"Dan encik?" Kali ini Ezzanie memandang lelaki yang sejak dari tadi diam. "Aidil" sepatah itu sahaja yang dijawabnya.
Muka Aidil seperi tidak berminat manakala Tania sahaja yang seperti bersungguh-sungguh.
"Aku rasa Aidil ni kena kawin paksa ni sebabtu muka macam redo je" Ezzanie membuat spekulasi sendiri.
"Okeylah Cik Tania dan Encik Aidil boleh tengok dahulu design-design yang ada dalam ni. Kalau ada apa-apa boleh panggil saya. One more kalau korang nak design baru pun boleh. Just bagitahu"
YOU ARE READING
SMILE FLOWER {oneshot}
RomanceSekiranya anda bosan, dan mahu menghilangkan kebosanan anda, maka bacalah nukilan ini. Ikhlas: Your beautiful author.