"Ulfah bangun! Kau kan ada kelas pagi harini" Jerit seorang mahasiswi di satu bilik. Ulfah menggeliat malas. Mentang 'cuti', tak bangun subuh terus terlajak.
"Lima minit" Ulfah membalas malas.
"Takde lima sepuluh lima belas. Aku pun ada kelas ni. Aku pergi dulu. Nanti jangan lupa kunci pintu bilik tau" Tanpa sempat Ulfah membalas, roommatenya, Adibah sudah hilang dari pandangan.
Ulfah bangun lalu mencapai tuala menuju ke bilik air. Mujurlah pagi itu tiada orang yang gunakan bilik air, kalau tak jenuh dia nak menunggu. Nanti lewat ke kelas pulak.
Jam sudah menunjukkan pukul 7:45 pagi. 15 minit lagi sebelum kelas pagi bermula. Setelah siap mengemaskan tudung bawal, dia mencapai beg lalu bergegas berjalan ke kelas.
Dia terpaksa berjalan laju kerana perjalanan antara kolej kediaman ke bilik kuliah memakan masa selama setengah jam untuk insan perempuan yang memakai baju kurung.
Ulfah menghela nafas lega apabila lecturer masih tidak datang dan duduk di tempat bersebelahan kawannya, Fira.
"Bangun lewat lagi?" soalan Fira dibiarkan. Dia mengelap peluh yang membasahi dahinya akibat jalan pecut tadi.
Beberapa minit kemudian, pensyarah masih tak sampai-sampai. Keadaan dalam kelas menjadi riuh rendah. Kemudian tak semena-mena, satu kelas mengeluh.
Ulfah mengangkat kepalanya memandang Fira dengan pandangan apa-jadi?
"Buka lah group kelas tu"
Dia mengeluarkan iphone 6s dari poketnya dan terus menjerit seperti orang histeria.
Izzat Ketua Kelas
"Lect cakap kelas batal"
Setelah sedar, baru dia memohon maaf pada rakan sekelasnya yang memandangnya pelik.
"Kau ni kenapa?" Fira menyoal kepelikan.
"Weh kau tahu tak punyala semangat aku bangun mandi berlari dari kolej sampai kesini berpeluh-peluh. Pastu tetibe kelas cancel. Kau rasa?"
Ulfah bersuara kuat setelah memastikan classmate yang lain sudah keluar dari bilik kuliah. Fira tergelak.
"Aku pun tak tahu nak cakap apa. Lect tu pun satu. Kalau dah awal-awal takde kelas, tak boleh ke bagitahu lagi awal? Buat penat aku siap awal-awal"
Fira turut membebel sambil mengemas buku dan mereka berdua berjalan keluar dari bilik kuliah itu.
"So kau nak masuk bilik ke ni?"
"Malas lah aku. Tak sampai lima belas minit, nak naik balik. Kita ada kelas apa-apa tak lepas ni?" soal Ulfah sambil matanya fokus bermain game Superstar BTS.
"Kita dah minggu keenam pun kau tak ingat lagi jadual. Harini takda kelas dah" Fira mengetuk kepala Ulfah menyebabkan tangan Ulfah ter gerak dan
"Alah kau ni. Tengok dah kalah. Aku nak dapat all perfect untuk Epiphany ni. Kacau lah kau ni" Ulfah menjerit kecewa.
"Boleh main lagi kan? Dahlah, aku nak ke library ni. Kau nak ikut tak?"
"Lib? Buat apa?"
"Aku ada discussion dengan team English untuk projek kitaorang"
"Oh takpelah. Kau pergi lah." Ulfah mengorak langkah pergi. Tujuan ke mana pun tak pasti.
*****
Ulfah memisat matanya perlahan-lahan. Dia cuba membuka matanya untuk melihat keadaan sekeling. Dia cuba amati kedudukannya sekarang. Perpustakaan. Dan sesungguhnya dia keseorangan.
"Apa aku buat kat sini?" Dia bercakap sendirian lalu cuba mengingati kembali aktiviti yang dilakukan sebelum tiba di perpustakaan.
"Lepas kelas pagi tadi, aku pergi makan pastu aku datang lib untuk discussion and.... Ya Allah!"
Ulfah menjerit keseorangan.
"Macam mana aku boleh terlelap sampai tak ingat dunia?! Ah mati. Phone mana phone?"
Ulfah menggelabah seorang diri mencari iphone miliknya.
Dia tersenyum seketika sebelum kembali pudar apabila menyedari skrin iphonenya sudah gelap. Baru terperasan dia mendengar lagu sehingga tidur dan akhirnya bateri pun dah habis.
"Okey rilek Ulfah. Sekarang dah pukul berapa? Kenapa aku kat sini sorang-sorang?"
Laju mata Ulfah mencari jam dinding yang berdekatan. Dia membuntangkan mata apabila
"Enam? Enam petang? Omaigod jangan cakap lib ni dah tutup"
Dengan tergesa-gesa dia mengemaskan barangnya di tempat yang didudukinya yang agak tersembunyi. Patutlah tiada orang nampak dia tidur.
Dengan harapan pintu depan masih terbuka, dia berjalan laju. Namun malangnya pintu utama sudah berkunci.
"Aduh macam mana ni takkan aku terperangkap dalam ni sorang sorang"
Ulfah cuba bertenang. Dia kembali duduk di sofa yang berdekatan. Dia mengeluarkan iphone dari poket seluarnya untuk cuba mencari pertolongan.
"Shit"
"Kenapa time ni la kau nak mampus hah? Aduh. Ya Allah apa aku patut buat ni?"
Ulfah berjalan ulang-alik cuba mencari penyelesaian. Dalam keadaan serabai macam ni, memang taklah otak nak berfungsi. Setengah jam dia berulang-alik dan akhirnya lenguh dia kembali duduk di sofa.
Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya jatuh juga. Macam mana kalau dalam lib ni ada hantu? Macam macam perkara pelik yang difikirkan. Tetapi nasibnya baik kerana perpustakaan di kolej itu kebiasaanya tidak menutup segala suis untuk memudahkan kerja keesokan harinya.
Ulfah menangis teresak-esak keseorangan sambil memegang lutut tak ubah seperti seorang kanak-kanak yang diminta peluk. Sungguh dia buntu. Dalam hatinya tak habis-habis memohon pertolongan daripada Allah.
"Hellooo"
Satu suara garau yang menegur menyebabkan dia terperanjat seketika.
Jangan cakap hantu sudah.
Ulfah tidak terus mengangkat kepalanya malah dia cuba mengintai dari celah kakinya.
Ada kaki. Hantu takda kaki kan?
Dia mengangkat kepalanya perlahan-lahan sambil mengesat sisa air mata di pipinya.
"Awak orang kan?" Soalan pertama yang terpacul dari mulutnya tanpa disedari. Lelaki yang sedang berdiri dihadapannya itu gelak kecil.
"Definitely, yes." Jawab lelaki itu sambil mengangkat kad matriks yang elok tergantung di lehernya.
Ulfah mengubah posisi kedudukannya. Lelaki asing di depannya itu dipandang sekilas. Tak kenal.
"Hai. Aku Syahqiq. Seeing you here maybe terperangkap jugak like me. Am I right?"
Ulfah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nak speaking pulak, lemma guess dia ni dari faculty language or maybe law?
"Oh. Aku Ulfah. Haah. Kau pun?"
Syahqiq duduk di atas sofa berhadapan Ulfah sambil meletakkan beg di atas pehanya.
"Kau dah solat?" Soalan tajam daripada Syahqiq menyebabkan Ulfah hanya mampu tertunduk.
Takkan nak jawab cuti pulak. Malu la sial.
YOU ARE READING
SMILE FLOWER {oneshot}
RomanceSekiranya anda bosan, dan mahu menghilangkan kebosanan anda, maka bacalah nukilan ini. Ikhlas: Your beautiful author.
