07

11 1 0
                                        

Klik! Satu notification muncul dari skrin Iphone 7+ milik Anis. Dengan malasnya, dia bangun dari katil lalu mencapai Iphone 7+ yang berada di atas mejanya.

Fav Childhood Friend.

Anis tersenyum sendiri.

Esok aku balik Ganu. Jangan lupa jemput kat airport. Kalau kau takde, nahas aku kerjakan.

Anis gelak sendiri. Aduhai. Dia sekadar meninggalkan bluetick tanpa membalas whatsapp.

Jam pada loceng sudah menunjukkan pukul 11 malam. Maka sekali lagi dengan malasnya, dia bangun ke tandas untuk membasuh muka.

Esok hari last exam untuk semester 2, dia perlu study dengan lebih hard bagi mendapatkan band 4.

***

"Ni tadi Aisyah ada datang. Dia pesan, abang dia suruh pesan kat Anis. Jangan lupa jemput dia kat airport nanti."

Anis menepuk dahinya. Sempat lagi si Aisyah ni. Dia menyapu jam strawberi pada roti bakar itu lalu disuakan dalam mulut.

"Anis dengar ke tak ni?"

Sekali lagi suara ibu kedengaran menyebabkan dia tersedak. Cepat-cepat dia menarik cawan yang beriisi coklat panas. Aduhai. Panas pulak.

Lidah dia sudah terasa seperti terbakar.

Ibu Anis yang melihat situasi itu terus menghulurkan segelas air kosong. Lalu diteguk dengan lahap oleh Anis. Namun, pedih lidah tadi masih terasa.

"Tu lah, lain kali ibu bercakap tu bagi respon la. Kan dah kena tu"

Okey sebenarnya Anis ada reason sendiri kenapa dia tak respon pada pesanan ibunya. Kerana...

"Kemain seronok kamu eh nak pergi jemput dia bagai ?Anis, ingat! Korang tu dah besar. Jangan buat perangai macam budak- budak"

Ibu berpesan lagi.

"Alah ibu ni. Anis tahulah. Anis naik atas dulu, nak sambung study"

Dia pun taktahu samada ibunya tak suka dia berkawan dengan jirannya itu ataupun ibunya memang tak suka dia bergaul dengan lelaki yang bukan mahram.

Tapi kalau pasal berkawan, dah sah memang dari kecik lagi kami berkawan. Lagipun ibu selalu hantar Anis ke rumah jiran dia sekiranya ada urusan emergency.

***

Buku yang tertulis subject Islamic Criminal Law itu Anis pandang kosong. Takde mood dah nak study. Sebenarnya masih nervous nak berjumpa dengan jiran yang sudah sekian lama menghilangkan diri negeri orang.

Anis sedar nis. Kau tu ada exam nanti. Maka dengan lafaz bismillah, dia kembali menghafal apa yang patut sebagai persediannya untuk menghadapi exam nanti.

***

Anis menghembuskan nafas lega di luar dewan peperiksaan. Yeah, semester 2 dah habis. Now, it's time to cuti sem.

Sebut je cuti sem, rasanya semua pelajar universiti di luar sana sudah tentu gembira terlompat-lompat. Result exam kita tolak tepi, sekarang kita enjoy dulu.

Bahunya ditepuk seseorang. Dia tersenyum memandang kawan baiknya, Elia.

"How tadi?"

"Macam biasalah. Yang mana tak sempat hafal tu, aku tembak je. Kau?"

Mereka bersembang sambil berjalan menuju ke kafeteria untuk lunch. Bunyi alarm dari iphone milik Anis mengejutkan mereka berdua.

Airport right now!

SMILE FLOWER {oneshot}Where stories live. Discover now