Suasana di Bakery Shop pada pagi itu agak lengang. Mardhiah mengemas kedai itu sebelum pelanggan-pelanggan datang.
Dia menyapu di kawasan bawah dan atas. Kemudian dia menukar sign board di pintu daripada close kepada open.
Dia membetulkan tudung bawal kelabu yang dipakainya.
"Assalamualaikum" Kedengaran suara yang dikenali menyapa.
"Waalaikumusalam, Sya. Kenapa lambat? Biasanya kau yang bising kalau orang lain datang lewat." Mardhiah sedikit menyindir.
"Anak aku buat hal pagi tadi,dia taknak ke tadika. Penat aku melayan, last sekali aku hantar kat rumah mak mertua aku"
Sya memakai apron. "Bos tak datang lagi kan?" Sya bertanya perlahan. Bos yang dimaksudkan ialah Puan Aliya selaku owner Bakery Shop ini.
"Tak. Rasanya dia tak datang kot hari ini. Sebab semalam dia ada mesej aku, dia nak hantar anak dia ke asrama" Panjang lebar Mardhiah terang.
Sya sekadar mengangguk tanda memahami. "Okay. Aku ke dapur dulu lah. Ada order dari pelanggan ke?"
Sya bertanya sambil matanya ligat mencari kertas pesanan.
"Pukul 10 nanti ada pelanggan nak ambil birthday cake. So eloklah kalau kau siapkan yang tu dulu. Yang cupcake tu nanti bila kak Nisa datang, dia tolong"
Mardhiah berkata sambil matanya membaca kertas pesanan yang dibuat oleh pelanggan.
Seketika kemudian sebuah van berhenti di hadapan Bakery Shop. Kelihatan seorang perempuan keluar dan mula mengangkut beberapa kotak masuk ke dalam Bakery Shop itu
"Hai kak Aisyah. Sorang je ke harini? Mana sorang lagi?"
Mardhiah menegur sambil mula menyusun beberapa kotak yang berisi roti dan cookies tadi.
"Oh si Azam tu kurang sihat harini. So akak terpaksa delivery seorang diri. Semua sekali dua kotak roti dan sekotak cookies. Roti punya fillings tu akak dah label macam biasa" ujar Aisyah.
"Okay. Thank you akak!" Mardhiah mengiring Aisyah ke van sebelum kembali semula ke Bakery Shop untuk menyambung menyusun roti dan cookies.
***
Sejam kemudian, kelihatan ramai pelanggan yang berpusu-pusu masuk. Ada yang lepak untuk breakfast, ada yang sekadar datang untuk membuat tempahan dan ada jugak beberapa orang pelajar sekolah yang datang untuk membeli.
Mardhiah masih kekal di tempatnya sebagai penjaga kaunter.
Pekerja Bakery Shop itu hanyalah lima orang termasuk dirinya. Hal ini kerana Puan Aliya seorang yang jenis kurang mempercayai seseorang jadi dia bercadang untuk sekadar mengambil pekerja yang sedikit.
Bunyi loceng pintu menyebabkan Mardhiah ingin menyapa namun tiada sesiapa di muka pintu.
Dia tersentak seketika sebelum dia menunduk. Ada seorang budak perempuan berada di situ.
Budak keseorangan? Dengan perlahan-lahan Mardhiah cuba menghampiri budak perempuan itu.
"Adik. Adik buat apa kat sini sorang-sorang?" Mardhiah menegur. Budak perempuan itu sekadar tertunduk sambil jarinya bermain dengan hujung rambut.
"Lapar" soalan Mardhiah tadi tidak dijawab. "Mardhiah, apa kau buat kat bawah tu?" suara Sya menerpa dari belakang.
"Ni ha ada budak sesat. Aku pun tak tahu nak buat macam mana. Dia cakap dia lapar"
Mardhiah buntu. "Dah tu bagilah dia makan dulu. Lepastu baru kau soal jawab dengan dia" Sya memberi cadangan.
***

YOU ARE READING
SMILE FLOWER {oneshot}
RomanceSekiranya anda bosan, dan mahu menghilangkan kebosanan anda, maka bacalah nukilan ini. Ikhlas: Your beautiful author.