"Eh awak bukan Ismail Izzani ke?" soal Ee kepada seorang lelaki muda yang berdiri di hadapannya.
Lelaki itu tersenyum seketika sebelum mengangguk.
"Tahniah Cik Ezzanie, anda diterima bekerja sebagai manager Ismail Izzani"
Seorang perempuan yang lebih tua bersuara. Ezzanie mempamerkan riak terkejut. Tak sangka impiannya selama ini menjadi kenyataan.
Perempuan itu menghulurkan Ee sebuah ipad dan sebuah iphone X.
"Dalam ipad ni ada semua jadual Ismail Izzani. Jadi mulai harini, anda harus sentiasa peka dengan notifications and jadual Ismail"
Arahan yang dikeluarkan perempuan itu kedengaran tegas. Ee mengangkat sedikit Iphone X untuk bertanya ini-untuk-apa.
"Iphone ialah hadiah kepada anda. Semua contacts yang berkaitan dengan Ismail Izzani ada dalam itu. Jadi apa-apa hal, cuma call"
Ee mengangguk tanda memahami. Dia memandang Ismail Izzani yang sejak dari tadi menghadap Iphonenya.
Setelah perempuan itu berlalu, dia turn on Ipad untuk meneliti segala maklumat yang berada di dalam.
Dia duduk di atas sebuah bangku yang berdekatan. Ismail Izzani yang menyedari hal itu duduk disebelah Ee.
Ee agak terkejut dengan tindakan itu kerana jarak antara mereka amatlah rapat sehinggakan siku bertemu siku.
Ish dia ni tahulah tak ambik SPM tapi takkan hal haram halal pun tak tahu.
"So what should I call you? And what should you call me?" Ee menyoal.
Ismail berhenti menghadap Iphone nya dan memandang Ee. Ee menjarakkan sedikit kedudukannya dari Ismail Izzani.
"Your name is sama like mine. So I will call you Ezzanie. And aku tahu umur kita sama, so just call me Mail. Like always"
Setelah menjawab, dia kembali menghadap Iphone nya.
Ish dia ni. Macam tak ikhlas je nak berkawan. Huh. Kalau tak disebabkan misi aku, takde maknanya aku ada kat sini.
Ee terdiam seketika, kembali memikirkan misi yang patut disiapkannya yang diberikan oleh bossnya. Dia tersenyum jahat.
Dia membuka application notes untuk membaca semua informasi mengenai Ismail Izzani.
21/06/2021 (10a.m)
(Shooting for PrimaValet at Gong Badak)Ee memandang jam tangannya. Lagi 30 minit nak pukul 10. Hm apa patut dia buat sekarang? Bukan ke dia seharusnya mengingatkan Ismail Izzani mengenai event itu?
"Jom Mail. Awak ada event untuk primavalet jam 10 nanti"
Dengan ramahnya seperti dibuat kawan Ee mengajak. Ismail Izzani mencerlung ke arah Ee seketika.
Apa? Aku ada buat salah ke? Dia jugak yang cakap kita kawan. Eh ada ke? Jap scroll kat atas. Okey takde. Mati.
"Okey jom!" Ismail Izzani berdiri dan berlalu ke kereta.
Ee menghembus nafas lega. Sangkanya Ismail Izzani ingin memarahinya. Dia pun mengikut Ismail dari belakang.
Alangkah terkejutnya apabila dia melihat Ismail yang sudah duduk di seat penumpang hadapan.
Okey so kira aku kena drive lah ni. Nak tak nak Ee menurut jugak dan mula menekan minyak enjin ke Gong Badak.
***
"Nasib kamu sampai tepat pada masanya. Mari sini saya touch up sikit" seorang mak nyah menghampiri Ismail Izzani.
Maka Ismail Izzani pun ke bilik make-up ditinggalkan seorang anak gadis yang masih tidak tahu apa-apa. Okey gurau je.
YOU ARE READING
SMILE FLOWER {oneshot}
RomantizmSekiranya anda bosan, dan mahu menghilangkan kebosanan anda, maka bacalah nukilan ini. Ikhlas: Your beautiful author.