"Tahniah, Puan. Puan hamil tiga bulan"
Suara doktor perempuan itu masih terngiang-ngiang di telinga Ezzanie. Dia mengucap syukur pada Allah tidak berhenti-henti.
Sudah tak sabar rasanya nak beritahu suaminya mengenai berita itu. Pasti suaminya gembira.
Usia perkahwinan Ezzanie dan suaminya sudah menginjak hampir setahun dan akhirnya membuahkan hasil. Hahahaha.
***
Setelah memakir keretanya, Ezzanie berjalan masuk ke banglo besar milik ibubapanya. Sengaja dia tak mahu pulang ke rumahnya kerana dia ingin berkongsi berita gembira itu dengan keluarganya dulu.
"Eh Ee, kenapa pulang tak bagitahu ibu dulu?" ibu Ee menegur dari dapur.
Ezzanie bersalam dengan ibunya sebelum duduk di ruang tamu.
"Alah kejap je ni. Ee tak bagitahu pun Daniel nak datang ni"
"Ada pulak kamu ni. Lain kali keluar rumah mintak izin dengan suami kamu dulu. Faham?"
Ezzanie mengangguk tanda faham.
"Kamu tak kerja ke harini?"
"Kerja tapi balik awal sebab..." Ezzanie membiarkan ayat itu tergantung sepi sebelum memandang ibunya untuk melihat reaksi ibunya.
"Sebab apa?" Ei anak aku ni, nak berdialog macam drama pulak.
Ezzanie tersengih-sengih. "Yang kamu ni sengih macam kerang busuk ni kenapa? Ibu tanya sebab apa?"
"Tadi Ee ke klinik" Ezzanie menunduk, saja nak menimbulkan saspens wuho. Ibunya yang duduk di sofa lain beralih tempat di sebelah Ee dengan cemas.
"Klinik? Kenapa? Kamu sakit apa ni?" Ibu Ezzanie meneliti wajah satu-satunya anak perempuan dia itu.
"Ibu sabar lah. Ee tak sakit pun. Ee nak bagitahu yang nanti..."
"Ibu..."
"Akan..."
Ibu Ezzanie menampar anaknya kerana terlalu geram dengan percakapannya. Dah elok-elok dari kecik aku ajar cakap satu ayat dah besar dah lupa ke
"Aduh. Kenapa ibu tampar Ee?" Ezzanie memegang pipinya yang terasa berbahang.
"Cakap elok-elok kalau taknak ibu terajang kamu pulak"
"Woo lek lah ibu. Ape ni? Hm yelah yelah. Tak lama lagi ibu akan jadi nenek." Laju Ezzanie berkata sambil memasamkan mukanya.
1.....2.....3...
"Ya Allah kenapa tak cakap awal-awal dengan ibu? Haih kamu ni. Buat ibu saspens je"
Ezzanie ditarik dalam dakapan ibunya. Lemas Ezzanie dibuatnya. Kan ada tak jadi keluar budak ni.
"Ibu..lepaslah..kan mati anak ibu kan tak merasa jadi nenek" Ezzanie cuba melepaskan diri dari pelukan ibunya
"Hehe maaflah. Ibu excited sangat tadi. Dah berapa bulan ni? Dah bagitahu Daniel ke belum?"
"3bulan bu. Belum lagi. Balik nanti Ee bagitahu. " Ezzanie mengusap perutnya yang masih kempis, tapi dirasakan sudah buncit sedikit. (eh?)
"Yelah. Dah sekarang kamu pergi balik! Rehat kat rumah. Jangan datang rumah ni lagi" suara ibu Ezzanie kedengaran tegas.
"Eh takkan sebab Ee dah pregnant ibu nak halau Ee. Ingat Ee ni Nur ke nak halau bagai ni" Ezzanie menahan air matanya daripada tumpah.
"Dah balik sekarang! Jangan drive lagi. Kalau kamu nak jumpa ibu, bagitahu ibu. Biar ibu ke rumah kamu" ibu Ezzanie sudah berdiri.
"Eh ibu ni. Baru tiga bulan lah. Tiga tau tiga. Bukannya esok dah nak beranak" Ezzanie menunjukkan 3 jarinya di hadapan ibunya.
YOU ARE READING
SMILE FLOWER {oneshot}
RomanceSekiranya anda bosan, dan mahu menghilangkan kebosanan anda, maka bacalah nukilan ini. Ikhlas: Your beautiful author.
