01

47 1 0
                                    

"Semua sekali 10ringgit, kak" Ash mengerling seketika pada cermin pandang belakang kereta Axia miliknya. Dia membetulkan cap yang sejak dari tadi setia atas kepalanya.

"Nah dik. Terima kasih" Wanita dalam lingkungan 30tahun itu tersenyum manis sambil menghulurkan sekeping not RM10.

Ash memandang jam tangannya sebelum menekan minyak enjin laju menuju ke rumah.

"Ash balik dah" Dia menjerit sebaik sahaja memasuki ruang tamu rumahnya.

"Astaghfirullah budak ni, bagilah salam." Ibu Ash mengucap panjang. Ash sekadar tersengih.

"Adik adik apa nak jadi lah kamu ni? Perempuan tapi pakaian dah macam lelaki" Abang Ash yang sedang menonton televisyen menegur.

"Alah apa salahnya. Asalkan menutup aurat kan?" Ash membalas.

"Adik tu perempuan. Pakai lah proper sikit. Ubahlah penampilan tu. Sakit telinga ibu dengar jiran-jiran kita bercakap macam-macam pasal kamu" kata ibu Ash lembut.

"Abaikan je makcik makcik bawang tu ibu. Biarlah apa orang nak cakap. Asalkan kita bahagia buat apa apa pun. Tak ke gitu?" dia membalas lagi.

Ibu dan abang Ash sekadar menggelengkan kepalanya. Dah tak tahu nak balas apa. Dari kecil sampai besar memang tak mendengar kata.

Mungkin sebab Ash seorang sahaja adik beradik perempuan dalam keluarganya jadi perangai pun ikut abang-abangnya.

"Kamu tak nak berhenti ke Grab tu? Ibu risaulah. Kamu tu perempuan, dibuatnya ada penumpang miang. Carilah kerja yang elok sikit adik oi"

Ash mengerti perkara yang ingin disampaikan oleh ibunya namun apa boleh buat kalau dah jadi tabiat

"Ibu jangan risaulah. Adik kan pandai taekwondo. Kalau ada yang macam-macam adik bagi je terus. Lagipun kerja ni adik dah biasa. Kerja halal tu kira dah okeylah kan" Ash menjawab lagi.

"Takpelah ibu. Adik masuk bilik dulu. Nak mandi." Ash berlalu menuju ke biliknya.

"Nanti makan. Ibu dah masakkan nasi tomato kat dapur tu" laung ibu Ash.

***

"Wow fantastic baby dance wuwuwuwuw yeah!" Bilik air dijadikan pentas nyanyian menyebabkan habis satu rumah bising.

Setelah selesai mandi, Ash mencapai iphone miliknya yang terletak di atas meja solek. Dibukanya notifications dari kawannya, Joe.

Joe: Ash, besok aku takleh kerja ah. Kau boleh tolong gantikan tak?

Ash berfikir sejenak sebelum membalas.

Ash: Okey. Tapi make sure aku dapat gaji nanti tau.

Joe: Alah kau tak payah risaulah. Ingat tu esok jangan lambat pulak! Kau faham jelah boss aku tu macam mana.

Ash: Oraiteeeeee.

****

Ash memandu Axia kesayangannya menuju ke car wash yang terletak di Gong Badak. Dia menekan minyak enjin laju kerana menyedari dia sudah terlewat untuk menggantikan Joe.

"Ha baru muncul" Mr.Wong berkata sebaik sahaja Ash muncul di hadapanya.

"Maaflah boss. Itu kereta pagi tadi buat hal la" Ash membalas dengan sengaja loghat Cina-Melayu.

SMILE FLOWER {oneshot}Where stories live. Discover now