4

998 49 7
                                    

Terkadang dua hati mampu terpaut tatkala satu panahan terjadi antara mereka.

Nashwa sedaya upaya meletakkan buku yang dipinjam tadi tapi dia masih tak terdaya sebab tinggi sangat rak buku itu. Dalam hati dia mula mengeluh kerana penat berjingkit. Nasib baik perpustakaan sekolah ini ada penghawa dingin.

" Apasallah payah sangat ni " Nashwa menghela nafas penat. Baru ingin cuba untuk kali ke berapa entah tiba-tiba buku di tangannya diambil oleh satu tangan.

" Lain kali minta tolong kalau dalam kesusahan. Kalau jatuh rak ni tadi, macam mana Nashwa? "

Nashwa?

Dia terkedu sebab melihat Danish di hadapan dia. Okay tangan misteri tadi tu kepunyaan Danish Aufa.

Perancangannya dia cuma ingin mencari buku rujukan tapi langkah dia terhenti apabila melihat kepayahan seorang Nashwa Aqilah yang berusaha ingin meletakkan buku itu tadi. Dalam tak sedar, kakinya melangkah mendekati gadis itu dengan niat ingin menolong.

" Get it? " tanya Danish. Ada salah dia ke sampai Nashwa tak berkelip mata langsung ni?

" Hah? Oh ye get it. Terima kasih tolong saya " Nashwa menunduk malu. Kantoilah Wa kau tenung anak teruna orang!

Danish tergelak kecil. Budak depan dia ni agak pemalu sebenarnya, aduhai. Dia berdehem sedikit untuk menghilangkan kejanggalan antara mereka berdua.

" Nashwa Aqilah. Betul ke? " tanya Danish.

Meskipun pelik dengan soalan itu, Nashwa cuma mampu mengangguk.

" Sebenarnya saya suka awak. Okay tahu memang kita tak rapat tapi saya tak tahu kenapa sejak pertama kali tu saya dah start suka stalk awak dalam diam. " jujurnya Danish malu nak tengok gadis itu sampaikan dia menunduk sahaja sebab taknak tengok reaksi Nashwa.

Manakala Nashwa mula terkedu dengan luahan hati tak terjangka daripada Danish. Dia tak salah dengar ke? Dia baru kenal rapat dengan mamat ni cuma seminggu lebih dan tiba-tiba dapat confession tak rasmi ni?

Bila dia ingat balik Danish memang selalu kisah pasal dia, selalu tanya tentang dia dan kerap mengusik dia tentang perasaan. Ingatkan lelaki itu cuma sekadar gurau tapi...

" Awak serius ke? " soal Nashwa. Dia taknak perasaan ni menghancurkan mereka sebab tahun ni nak UPSR dan mereka seharusnya fokus belajar.

Danish memandang Nashwa begitu juga sebaliknya.

¤¤¤¤

Nashwa tersenyum memandang siling biliknya. Kejadian di dalam perpustakaan itu tadi menjelma dalam kotak ingatannya. Untuk pertama kalinya, dia mula sayangkan seseorang.

Seseorang yang dia tak pernah kenal tapi Allah hadirkan lelaki itu ketika dia dalam kesusahan. Tanpa sedar, hati dia mula terpaut dengan peribadi Danish Aufa.

Betullah orang cakap,

Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita itu bersebab. Sebab yang kita sendiri tak tahu apakah ia. Kerna takdir itu rahsia Allah.

Yang paling Nashwa segan adalah dia terima lelaki itu sebagai teman lelaki dia. What had you done, Wa? Kau baru 12 tahun tapi dah bercinta? Haih.

Di sisi lain pula, Danish tersenyum lebar walaupun buku di hadapan mata. Study ke laut macam ni gayanya. Apa yang dia fikirkan cuma penerimaan Nashwa Aqilah terhadap diri dia.

Tak sangka gadis itu akan terima dia dan perasaan dia berbalas. Tuhan je tahu betapa gembiranya dia saat ini.

Tapi dia terfikir apa yang bakal jadi dalam hubungan mereka? Mereka yang memilih untuk lakarkan prolog cerita mereka. Tapi dia tak tahu serupa apa endingnya nanti.

Tuhan, jika benar dia adalah jodohku.. Kau jagalah dirinya walaupun satu saat nanti kami harus terpisah untuk sekian lamanya..

Daripada masa terbazir mengingatkan buah hati, lebih baik dia fokus belajar. Dahlah nak UPSR tak lama lagi. Tangan laju membuka helaian setiap helaian. Minda cuba untuk menghafal semua yang dibaca.

Dan Danish Aufa tenggelam dalam dunia belajarnya.

Tbc

Tahu ringkas yang amat sebab ni random idea je syg sekalian. Suddenly come out 😂

Lakaran Kisah KitaWhere stories live. Discover now