5

955 42 0
                                    

Peribadi seseorang sahaja dah mampu buat kita jatuh hati pada diri dia.

" Dah zuhur? "

Nashwa sengih kecil lalu menggeleng. Danish yang melihat itu cuma senyum. Ingatkan dah solat dah tadi. Nasib baik dia terdetik hati nak tanya.

" Pergilah solat dulu. Saya tak ke mana pun. Allah selalu tunggu taubat kita walaupun kita banyak kali buat dosa pada Dia. Pergi okay? " sambil meletakkan beg sekolah, Danish menyuruh Nashwa untuk tunaikan apa yang patut dahulu.

Kata-kata Danish itu agak menyentak hati paling dalam Nashwa sampaikan dia sendiri terdiam. Betullah,mungkin dia teruja sangat agaknya nak belajar sekali sampaikan lupa. Allah.

" Okay. Saya pergi dulu. Awak sediakanlah apa yang patut " Nashwa bangun lalu berjalan menuju ke surau sekolah. Weh nasib baik surau tu dekat je dengan kantin sekolah weh.

Danish cuma memandang langkah gadis itu. Agak bersyukur sebab Nashwa tak marah dengan kata-kata dia.

¤¤¤¤

" Nish "

" Hmmm "

Aiman menggaru kepalanya serba salah. Nak cakap tapi tak terucap. Tapi dia nak kesahihan cerita yang dia dengar.

" Woii cakaplah apa benda kau nak cakap. " ehh bengang je Danish tengok kawan dia yang seorang ni. Tadi beria panggil lepastu jadi patung cendana pula ni kenapa?

" Hah ya sabarlah. Aku nak tanya, betul ke kau dengan hm budak Nashwa Aqilah tu tengah bercinta weh? " fuh akhirnya terlepas juga apa yang dia pendam dua tiga hari ni.

Danish senyum. Dah agak dah soalan ni bakal ditanya.

" Bercinta tu sekejap je lepastu kitaorang decide nak kawan rapat dululah. Tapi tengoklah masa akan datang macam mana. Kenapa? " Danish meletakkan pen yang digunakan lalu memandang Aiman di sebelah.

Aiman serba salah pula nak cakap.

" Taklah, aku dengar cerita je. Jadi aku nak benda yang sahih daripada kau. Tu pasal aku tanya tu. " takpelah, diamkan je dulu masalah ni. Dia taknak Danish malu atau kecil hati ke apa.

Danish cuma mengangguk walaupun dia agak ragu-ragu dengan apa yang diperkatakan oleh Aiman itu. Dia tahu ada yang tak suka tengok dia rapat dengan Nashwa. Tak tahu apa masalah manusia sekarang ni.

Tahu nak condemn je tanpa periksa dahulu.Manusia sekarang lebih suka berkata tanpa usul periksa. Memandai buat andaian sendiri yang entah apa. Entah betul atau tidak. Setidaknya mintalah kesahihan daripada dia atau Nashwa. Hish.

¤¤¤¤

" Semalam aku nampak kau dengan Danish. Buat apa berdua dekat kantin tu? " Ain memandang Nashwa sambil tangannya ligat menyelak setiap helaian buku di hadapan mata.

Meskipun pelik dengan soalan Ain itu, Nashwa cuba untuk terangkan. Lagipun bukannya dia berdua dengan Danish dekat kantin.Mesti ada yang bawa mulut menjaja entah apa ni.

" Study sama-sama. Dia tolong aku, aku tolong dia. " jawapan simple dan padat.

" Ohh takdelah, aku dengan Aiman cuma hm nak kepastian je sebab orang lain sibuk mengata kau dengan dia tu. Sorry wehh " saat itu Ain rasa serba salah dengan soalan dia meskipun Nashwa cuma tenang tersenyum.

Lain kali kena percaya dengan mulut tuan punya badan daripada dengar daripada entah mulut mana-mana tu.

Kata-kata Ain itu Nashwa anggap ibarat angin yang tumpang lalu di corong telinga kerana dia tahu memang satu sekolah ni tahu dia dah mula rapat dengan Danish itu. Sampaikan cikgu-cikgu pun turut bertanya soalan yang sama.

Tak mustahillah mulut orang boleh bawa kisah buruk atau baik tentang kita sebab fitrah manusia yang suka bercerita tanpa usul periksa.

Lagipun Danish dah pesan kalau ada orang tanya, jawab sahaja perkara yang sebenar. Allah tahu apa yang mereka buat.

Tiba-tiba Nashwa rasa rindu pula pada Danish. Apa agaknya lelaki itu sedang buat ya?

Melihat Nashwa yang sengih tiba-tiba itu membuatkan Ain dapat satu idea nakal.

" Hah ingatkan Danish lah tu! " sergah Ain.

Terus terpelanting pen yang dipegang Nashwa akibat terkejut. Dia mengurut dadanya yang berdebar.

Mata tajam menikam Ain yang beria gelakkan dia.

" Ainnnnn!! "

Tbc

Lakaran Kisah KitaWhere stories live. Discover now