Sebulan berlalu dan tanpa sedar mereka ada lagi 3 bulan untuk berdepan dengan peperiksaan terbesar mereka.
Soal Ain, dia masih menjauhkan diri daripada Nashwa.
Nashwa pula cuba jauhkan diri daripada Aiman setelah Aiman confess tentang perasaannya.
Danish? Dia masih jaga dan tolong Nashwa. Itupun Nashwa dah serba salah.
Masih teringat lagi kenangan ketika mereka pergi lawatan yang dianjurkan sekolah dua minggu yang lalu. Di mana dia lupa hendak membawa dompet sewaktu keluar dari bas.
Flashback" Wa, nak turun beli makanan tak? Nanti kau lapar pula. Aku nak turun ni " ujar Aliya sambil bertanyakan Nashwa di sebelah.
" Hm jomlah. Aku pun nak beli makanan ringan sikit " Nashwa terus bangun lalu mengikut langkah Aliya.
Nashwa memandang barisan roti yang pelbagai perasa itu. Dia nak beli yang mana ya? Air kotak milo di tangan dipandang lalu dia menggapai roti blueberry. Takut muak kalau ambil coklat.
Gula-gula juga diambil bagi menghilangkan mual atau mengantuk. Setelah dia rasa semua yang dia nak sudah cukup, dia mengikut langkah Aliya ke kaunter pembayaran.
" Semuanya Rm 6.50 , dik " ujar kakak kaunter itu.
Baru ingin diseluk poket bajunya, dia terkedu. Ya Allah! Dia tertinggal dompet dalam bas.
" Asal kau? " soal Aliya.
" Dompet tertinggal dalam bas " lirih Nashwa. Ya Allah dia malu sangat ni.
Baru ingin Aliya tolong, ada satu tangan menghulurkan duit ke arah kakak tadi.
" Bayar sekali dengan saya punya, kak "
Nashwa memandang manusia yang menolongnya dan dia terkedu apabila gerangan itu ialah Danish Aufa.
Sebaik sahaja keluar dari kedai itu, Nashwa ingin memulangkan duit yang Danish guna tapi jawapan Danish membuatkan Nashwa terharu sangat.
" Nanti saya ganti "
" Takpe. Saya cuma tolong orang yang saya sayang " Danish tersenyum sebelum bergerak ke arah bas.
Manakala Nashwa Aqilah kaku.
Hakikatnya keperitan yang Nashwa beri pada Danish itu langsung tidak mengugat perasaan dia pada gadis itu.
¤¤¤¤
Petang itu Danish menunggu Nashwa di tempat biasa namun lain yang ditunggu lain yang datang. Dia memandang Aliya dengan wajah pelik.
" Tahu kau pelik. Tapi harini Nashwa tak datang . Dia kena tahan wad sebab kena syak suspek denggi. " sejurus berkata begitu Aliya terus pergi.
Danish pula terus mengemas barangnya. Dia risaukan keadaan Nashwa. Sebaik sahaja sampai di rumah, laju dia menyuruh ibunya untuk membawa dia ke hospital. Hadiah yang disediakan untuk Nashwa juga dibawa sekali.
Di dalam kereta, Danish tak mampu nak sorok kerisauan dia sampaikan ditegur oleh ibunya.
Nashwa termenung memandang langit biru dari kaca jendela hospital. Dia bosan sebenarnya sebab maknya keluar untuk beli makanan. Dahlah kawan tak ada.
" Assalamualaikum "
Dan bagai dejavu, dia terkaku melihat Danish di hadapan pintu wadnya bersama seorang wanita serta maknya.
" Waa..laikumussalam. Apa awak buat dekat sini? " tanya Nashwa pelik. Setahu dia, Aliya cuma disuruh untuk beritahu dia tak datang je.
" Mak tinggalkan kamu berdua. Boraklah dulu ye " terus mereka berdua meninggalkan Danish dan Nashwa.
Nashwa tak tahu nak beri reaksi apa bila Danish meletakkan satu beg kertas di tepinya.
" Okay? " tanya Danish. Melihat wajah Nashwa yang tidak pucat lagi membuatkan dia rasa lega.
" Ehem. Alhamdulillah okay. Ni hm apa? " Nashwa memegang beg kertas yang berisi kain serupa baju.
" Hadiah istimewa untuk manusia istimewa macam awak " senyum Danish.
Terharu. Ya,itu yang dirasakan Nashwa. Selama ini dia abaikan Danish sebab ego tapi kini? Lihatlah Danish masih setia melawat dia di hospital.
" Terima kasih "
Danish cuma mampu senyum sahaja. Dia tahu Nashwa segan juga serba salah namum dia tidak kisah soal itu.
Dan petang itu mereka menghabiskan masa bersama dengan Danish yang mengajar Nashwa semua subjek yang Nashwa tidak faham.
Nashwa yang bergelak tawa.
Danish yang mengusik.
Dan sesungguhnya mereka berharap agar hari itu tidak berhenti secepatnya.
Selepas Nashwa keluar hospital, keadaan kembali seperti biasa. Nashwa dan Danish kerap bersama untuk mengulang kaji pelajaran.
Sampaikan satu hari, Danish tahu Nashwa jatuh hati pada jiran dia. Dia tahu sebab nampak mereka jalan berdua dekat taman perumahan dia.
Tapi dia senyapkan. Dia taknak Nashwa jauh dari dia. Biarlah dia sakit asalkan Nashwa bahagia.
¤¤¤¤
" Faham tak? " tanya Danish.
Nashwa mengangguk. Punyalah payah dia nak faham rupanya simple macam ni je?
Danish yang khusyuk itu dia pandang dengan sejuta perasaan yang dia sendiri tak mampu nak ungkap. Lepasni dia tahu mereka akan berpisah untuk masuk ke alam sekolah menengah.
Apa akan jadi pada lakaran kisah mereka?
" Nish "
Danish mengangkat wajah memandang Nashwa. Dia bergumam.
" Apa awak akan buat lepas habis UPSR? "
Diam.
Angin lalu seperti tahu keadaan hati mereka.
" Ibu suruh Nish mohon tahfiz. Jadi, hm ye Nish akan masuk sana lepas habis UPSR ni. Kenapa? " tanya Danish pelik.
Nashwa mengangguk setelah dengar jawapan Danish. Lelaki itu sahaja sudah ada plan dia. Tapi Nashwa? Masih ikutkan peredaran waktu.
Namun ada satu soalan yang dia nak sangat tahu jawapan daripada Danish.
" Aufa akan tinggalkan Aqilah ke kalau Aufa jumpa yang lebih baik daripada Aqilah? "
Danish terkedu.
Nashwa menunggu jawapan darinya.Tbc
YOU ARE READING
Lakaran Kisah Kita
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] Apabila dua hati terserempak tanpa sengaja, apa yang bakal terjadi? Apabila hati mula terpaut dan terjalin satu kasih sewaktu masih sekolah rendah, apa mereka mampu untuk kawal hati? Mereka lakar kisah mereka dengan dugaan , d...