9

718 34 0
                                    

Sejak kejadian di mana Aiman menolong Nashwa ketika kakinya tertusuk duri pokok itu, Danish perasan Nashwa kurang bertegur dengan dia. Memanglah terasa bila diperlakukan macam itu tapi dia dan Nashwa tiada apa. Dia tak ada hak nak marah.

Kau tahu bila orang yang kita sayang cakap dia tak ada apa tapi rapat semacam. Hah macam tulah. Apa orang kata? Hah cemburu!

" Weh Nish "

Danish mengangkat wajah. Dahinya berkerut melihat susuk tubuh Ain. Bukan ke ini kawan baik Nashwa? Tapi apa tujuan gadis ini?

Bukunya diletakkan di tepi meja. Ain tanpa aba-aba terus mengambil tempat di hadapan Danish.

" Kenapa? " tanya Danish pelik.

Ain menarik nafas dalam sebelum memulakan perbualan mereka.

" Wa dengan Aiman ada apa-apa ke? "

Deg!

Rasa macam ada pisau belati terus tertusuk dalam hati weh dengar soalan macam ini.

" Kau ingat aku tahu? Aiman tu pakwe kau kan. " balas Danish.

" Hish memanglah. Tapi dia kan kawan baik kau juga.. " Ain rasa bengang je bercakap dengan mamat stone depan ni.

Danish mengeluh.

" Tak tahu. Dahlah aku blah dulu " Danish terus bangun meninggalkan Ain yang terpinga-pinga dengan jawapan yang diberikan olehnya.

¤¤¤¤

Masa semakin berlalu meninggalkan mereka. Meninggalkan segala kenangan pahit serta manis. Meninggalkan Danish yang makan hati melihat Nashwa yang mula memulaukan dia. Terkadang dia sendiri tertanya-tanya apa dia ada berbuat salah.

Salah apa?

Kenapa senyap?

Dan paling dia tak boleh nak hadam kenapa Nashwa rapat dengan Aiman. Apa perasaan Ain kalau tahu semua tu?

Bukk!

Danish mengusap lengannya yang sakit akibat perlanggaran antara mereka. Namun sebaik sahaja dia mengangkat kepala, Danish terkedu.

Seraut wajah yang dia rindu sangat nak jumpa. Meskipun memang selalu mereka berjumpa selepas waktu sekolah tapi sekejap sahaja. Itu tidak cukup.

Bagi Nashwa , dia terdiam. Melihat Danish di hadapan matanya membuatkan dia diserang rasa serba salah. Dia tahu kebelakangan ni dia banyak abaikan Danish. Malah dia sendiri tak tahu kenapa.

Sebab ego mungkin.

" Nashwa "

Baru sahaja Danish ingin berkata, Nashwa tercapai bukunya.

" Maaf. Saya pergi dulu "

Dan zzapp!

Perit dirasakan oleh Danish apabila Nashwa langsung pergi apabila dia ingin berbual. Ya Allah , apakah ini dugaan Kau buat hambaMu ini?

Ain menahan sebak apabila Aiman mengajak mereka untuk memutuskan hubungan yang dah terjalin. Atas alasan, Aiman menyukai orang lain.

" Is it Nashwa? Sebab Nashwa kita pisah? " soal Ain dengan mata bergenang memandang Aiman.

Aiman menggigit tepi bibirnya. Melihat air mata itu, dia diserang rasa tak kena. Rasa yang dia sendiri takut nak jumpa Ain lagi. Tapi ini hakikatnya. Hati dia bukan milik Ain dah.

" I'm sorry..Aku... " belum sempat Aiman habiskan ayat dia,Ain mengangkat tangan.

" Done Aiman. Hope you will happy with what you had done " dan Ain terus berpaling pergi.

Dia tak sangka kawan baik dia sendiri akan rampas orang yang dia sayang. Dia tak sangka manusia yang dia anggap serupa keluarga akan perlakukan dia macam ni.

Apa teruk sangat ke dia sampai Aiman mempermainkan dia? Apa teruk sangat ke Danish sampai Aiman sanggup tikam kawan sendiri?

Air mata dikesat. Dia benci dengan manusia hipokrit macam ni. Dia benci!

Danish di sebalik dinding menahan sakit di hati. Dia dah tahu Aiman memang sukakan Nashwa. Dia tahu sejak kem itu lagi. Kenapa Wa? Kenapa disebabkan ego, kau buat macam ni?

Takpe Danish. Tuhan nak uji kesabaran kau. Teruskan jadi Danish yang sentiasa sabar. Teruskan Nish.

¤¤¤¤

Sejak seminggu yang lalu, Nashwa perasan Ain selalu menghindar daripada dia. Bila dia datang nak ajak berborak pasti gadis itu melarikan diri sampaikan Aliya juga pening. Seakan-akan dia benci dengan mereka.

" Ain, kau kenapa? Kenapa macam tak layan Wa ni weh? " soal Aliya semasa mereka mengulang kaji pelajaran di tepi taman sains sekolah itu.

Ain mendengus geram. Kenapa nak bangkitkan nama budak tu? Spoilt mood dia nak belajarlah.

" Suka hati akulah. Aku taknak ada kawan hipokrit macam dia " jawab Ain kasar.

" Hipokrit? " soal satu suara di belakang.

Ain terkedu. Kenal sangat suara tu.

" Apa maksud kau? Aku buat salah apa weh? " desak Nashwa. Kenapa dia dikatakan hipokrit oleh kawan baik dia sendiri?

Senyuman sinis terlakar di bibir Ain.

" Aiman dengan aku dah putus. Nak tahu sebab apa? " Ain menjeling Nashwa di sisi.

Bagi Nashwa pula, dia terkejut dengan berita itu.

Putus? Serius?

" Sebab dia suka kau! Disebabkan kau, dia tinggalkan aku! Weh Wa, kau tak fikir ke perasaan Nish bila tengok kau rapat dengan Aiman tu? "

Zzap!

Soalan Ain itu menikam diri Nashwa.

" Danish itu sabar je tengok kau jalan gelak tawa dengan Aiman. Macam orang tak ada hati kau buat dia. Kalau pun ego, kau cakap je kau tak suka dia! Kau ni hipokrit! " marah Ain sebelum mengemas barangnya lalu pergi. Muak duduk situ.

Aliya tergamam. Seriuslah? Aiman suka Nashwa? Habis itu Danish? Ya Allah apa jadi ni?

Nashwa terdiam. Salah dia ke sekarang ni?

Sebab dia ke semua ini jadi?

Sebab dia terlalu ikutkan ego dan sombong ke?

Ya Allah, apa kau dah buat Nashwa?

Tbc

After a few weeks. Lol 😂

Lakaran Kisah KitaWhere stories live. Discover now