7

804 37 0
                                    

Just for you.


Ain dan Aliya saling berpandangan. Mereka tahu Nashwa mesti bengang sebab mereka tidak turut serta dalam aktiviti malam ini. Night walk bukan salah satu aktiviti kegemaran mereka masalahnya. Ain dengan lemah semangatnya. Aliya pula tak berapa sihat.


" Sorrylah Wa. Kitaorang bukan sengaja taknak ikut " Aliya memegang lengan Nashwa. Dia taknak Nashwa bermasam muka dengan mereka.

Nak tak nak Nashwa terpaksa terimalah kenyataan dia tak ada kawan langsung nak masuk dalam hutan tu. Haih melihat muka serba salah kawan-kawan dia sahaja dah membuatkan dia sendiri rasa dia jahat pula.

" Takpelah. Korang jaga diri dekat sini. Aku okay je masuk dalam tu. " Nashwa cuba menyedapkan hati yang dia sendiri tak tahu nak cakap apa.

Ain dan Aliya cuma diam memandang Nashwa yang mendekati kumpulan yang bakal menyertai aktiviti malam itu. Ya Allah, serba salah pula dibuatnya.

Danish memandang Nashwa yang berdiri sebelah dia. Dah kenapa muram sahaja ni?

" Kenapa? "

Nashwa mengangkat kepala. Eh?! Lah dia diri sebelah Danish ke? Ya Allah malunya! Tak perasan langsung kaki dia mendekati lelaki ini.

" Takde kawan nak masuk dalam tu. Ain dengan Aliya tak join sekali " Nashwa cuma tersenyum miris..

Danish mengangguk faham. Dia memandang Aiman, Radzi dan Faris di hadapannya. Takpe kot kalau dia ajak Nashwa sekali?

" Jomlah jalan saing aku. Itupun kalau kau nak " tawar Danish. Dia sendiri pun risaukan Nashwa yang keseorangan. Macam takde yang nak tawarkan diri je.

Nashwa terkejut. Danish ajak dia ke? Jap! Tapi kalau tak terima hm siapa je nak jalan dengan dia.

" Hm okaylah "

Mendengar jawapan diberikan oleh Nashwa itu membuatkan Danish tersenyum kecil.

¤¤¤¤

" Ya Allah banyaknya nyamuk woii dalam ni " Faris sibuk menepuk nyamuk yang singgah dekat tubuh badan dia. Tahulah darah dia manis woi!

" Bisinglah mangkuk kau ni! Jalan je dah lah " marah Radzi. Dari tadi dengar si Faris ni merungut itu ini sampai naik muak dia dengar.

" Hish tak payahlah gaduh. Memekak tahu tak " geram Aiman. Sesekali dia memandang Danish dan Nashwa di belakang. Agak terkejut sebenarnya apabila nampak kelibat Nashwa bersama mereka. Tapi dia diamkan sahaja.

Danish yang mendengar perbalahan kawan-kawan dia itu cuma mampu geleng kepala sahaja. Macam perempuan bisingnya. Nashwa di sisi dipandang. Dari tadi gadis itu senyap memandang sekitar. Langkah juga dijaga sebab takut jatuh ke apa. Malang kan tidak berbau.

Tiba-tiba mereka dengar bunyi kayu yang seperti dipijak oleh seseorang. Masing-masing kaku.

Zzap!

Danish tersentak apabila hujung lengan sweaternya digenggam oleh seseorang. Dia memandang ke tepi. Kelihatan Nashwa memejamkan mata sambil memegang erat sweaternya.

" Wehh nak buat apa ni? " bisik Faris.

Dia memandang rakan yang lain.

" Nashwa "

Nashwa yang ketakutan itu membuka matanya. Danish dipandang dengan mata berkaca. Takut? Ya!

" Jangan risau. Aku ada. Allah ada dengan kita. So, jangan takut. " bisik Danish.

Sedikit sebanyak Nashwa rasa kurang beban di bahunya.

" Ris, jalan je. Sedikit je lagi ni nak sampai " arah Danish pada Faris di hadapan sekali.

Mendengar arahan Danish, Faris mengangguk lalu meneruskan langkah mereka.Aiman di belakang cuma menjeling sekilas pada pautan Nashwa itu. Kenapa bukan dia di sisi gadis itu?

Nashwa memandang Danish yang fokus berjalan. Setiap langkahnya dikawal rapi oleh Danish. Pautannya pada lelaki itu juga tidak dilepaskan sebab dia masih takut.

Cuba bayangkan kalau dia tak terima tawaran Danish tadi? Mahu menangis dia seorang diri dekat situ.

" Kita dah nak sampai wehhh. Fuhhh finally!! " dengan girangnya Radzi menggoyangkan lengan Faris sampai naik pening budak tu.

Pukk!

" Sakitlahhh gilaa! "

" Kau ingat aku ni patung ke kau buat macam tu hishh " bengang Faris bengang.

Melihat keadaan itu, Nashwa terhibur dengan telatah mereka.

Danish rasa lega sekejap sebab akhirnya gadis itu tidak takut lagi seperti tadi. Dia nampak mata itu berkaca, dia nampak betapa Nashwa bergantung pada dia.

Moga Allah jaga kau, Wa.

Tbc

Lakaran Kisah KitaWhere stories live. Discover now