21

1.1K 38 4
                                    

" Hm okayy "

Nashwa termenung seketika . Siapa yang datang masuk meminang dia ? Sampaikan ibu bapa dia terima pinangan tu . Ya Allah apa petunjuk yang Kau ingin tunjukkan padaku ini ?

Telefon bimbitnya berbunyi lagi namun kali ini terpampang nama Danish sebagai pemanggil .

" Petang ni ? Eh aku sibuklah hahah tak ada masa nak keluar "

Berkerut dahi dia apabila orang sebelah sana beria ajak dia keluar . Apa yang mustahak sangat sampai nak jumpa ?

" Okaylah.  Kau share location je . Eh takpe , aku drive sendiri "

Dengan langkah malas , Nashwa bangun bersiap .

Masing-masing diam . Entah kenapa rasa macam janggal pula sedangkan sebelum ini biasa sahaja .

" Aqilah "

Nashwa terkejung sekejap . Kenapa rasa panggilan itu ibarat memberikan satu perasaan yang lain ? Bukan tak pernah Danish panggil dia Aqilah .

" Lama Aufa cari Aqilah . "

Degg !

Ibarat masa terhenti , nafas tidak sekata dan segala yang seumpama dengannya. Nashwa tak percaya dengan apa yang keluar daripada mulut lelaki itu. 

" Aufa ? Danish..Aufa tu nama kau ? "

Danish mengangguk . Dia rasa dah tiba masa dia jujur sebab tak guna dia simpan . Lagipun dia taknak kehilangan Nashwa Aqilah yang dia tunggu selama ini .

Nashwa terdiam.  Sebak mungkin sebab dia dah lama rindukan lelaki ini . Tuhan , apakah ini petunjuk dariMu ?

" Aufa tak sangka kita boleh jumpa dalam keadaan macam ni . Aufa cari Aqilah tapi langsung tak ada berita . Aufa ingat Aqilah dah ada orang lain tapi bila Aufa suruh umi masuk meminang Aqilah , Aufa dapat tahu Aqilah masih single " ya , dia agak gembira apabila uminya memberitahu bahwa keluarga gadis itu terima pinangan dia .

Nashwa tak sangka secepat itu tindakan Danish.  Setelah bertahun lama mereka tak bertemu , lelaki itu betul-betul tunaikan janjinya untuk mengambil dia sebagai isteri .

" Aqilah terima kan ? " Danish resah apabila Nashwa cuma berdiam diri . Adakah tindakan dia salah ?

Nashwa tergelak kecil . Air mata yang hampir terkeluar dikesat laju .

" Aufa rasa ? Aqilah tak pernah lari cuma Aqilah rasa kita kena jaga jarak . Lagipun jodoh tu rahsia Allah.  Kan ? " Nashwa memandang jari manisnya . Sebentuk cincin yang ibunya beri sebelum dia keluar tadi .

Mungkin betul Danish ini jodoh dia . Tuhan , terima kasih .

" Ya , Aufa setuju . Aqilah itu jawapan daripada segala doa Aufa pada Dia . Jadi , will you be mine ? Sehidup semati dengan Aufa ? Susah senang bersama ? "

Nashwa memandang Danish lama . Dengan hati yang lapang , dia mengangguk .

" Alhamdulillah.  Terima kasih Aqilah.  Terima kasih untuk semuanya . In Sha Allah  Aufa akan jaga Aqilah . "

Dan itu kisah mereka . Tapi apa tiada rintangan yang bakal tiba ?

****

" Nish ! Betul ke umi kata Nish nak kahwin ?  " desak Fina.  Dia tak boleh terima Danish kahwin dengan orang lain sebab Danish itu milik dia.  Mana boleh !

Danish mengeluh.  Serabut dengan perangai Fina yang macam budak-budak ni.  Tak faham bahasa agaknya. 

" Ya mmg Nish nak kahwin " senang sahaja jawapan Danish .

Fina menahan geram.  Siapa perempuan tak tahu malu yang berani rampas Danish daripada dia ni ?

Malas nak layan perangai Fina , Danish terus berjalan ke arah Faris di hadapan sana. Malam ini umi buat sedikit jamuan doa selamat untuk dia serta arwah atok dia .

Baru ingin duduk , dia dah dengar uminya memanggil . Hati dia bagai terpaut dengan seraut wajah di sebelah uminya. 

" Kenapa tak ambil Aqilah dekat rumah tadi ? " geram sahaja tengok perangai anak bujang seorang inilah .

" Eh tak umi . Qilah yang nak drive sendiri sebab ada hal tadi sebelum ke sini hehe " serba salah pula rasa tengok Danish kena bebel .

" Hah umi dengar sendiri je calon menantu umi cakap apa . Nish tak tahu apa-apa pun okay.  " Danish masing tersenyum memandang Aqilah yang mungkin nampak bersinar malam ni .

Nashwa rasa naik segan apabila dari tadi Danish masih merenung dia . Salah ke pakaian dia harini ?

" Mata tu ! "

Papp!

Mengaduh sakit Danish apabila lengannya disepuk oleh umi . Dia tersengih kecil sebelum tergelak dengar uminya membebel meninggalkan dia dan Aqilah .

" Ehem nak makan ? Jomlah duduk dengan Faris . Aliya ada sekali " Danish menunjukkan Aliya dan Faris yang tak habis lagi bertekak dari tadi. 

" Hm okay.  Tapi makan desert jelah ea . Qilah kenyang lagi "

Danish mengangguk sahaja namun sebelum mereka mendekati pasangan sejoli itu , langkah mereka terhenti akibat Fina. 

" Hm ni tunang Nish ke ? "

Nashwa pelik.  Siapa gadis ini ?

Danish dah cuak.  Apa masalah budak ni ?

Fina memandang Nashwa dari atas sampai bawah.  Tak dinafikan gadis itu lebih lawa daripada dia tapi takkan dia nak mengaku pula kan . Hm no no !

Tbc

Lakaran Kisah KitaWhere stories live. Discover now