JUBAH RAYA MAWAR 1

4.1K 221 4
                                    

Kereta yang baru saja masuk ke halaman rumah dipandang.
"Alhamdulillah." Sampai juga orang yang ditunggu. Aktiviti menyiram pokok-pokok bunga neneknya terhenti. Pili paip dipusing bagi menutup saluran air. Kaki mula berjalan ke arah kereta yang sudah terparkir.

"Assalamualaikum." Salam dari seorang lelaki yang kacak berbaju melayu yang turun dari pintu pemandu.

"Waalaikumsalam. Semangatnya pakai baju melayu. Raya pun tak lagi."

"Ambil mood raya sayang."

"Iya la tu. Ada apa yang nak tolong angkat ke?" Malas hendak layan karenah abang sepupunya, Ameer.

Kepala digeleng perlahan. Barang tak banyak pun.

"Assalamualaikum." Salam sengaja diperkuatkan untuk menarik perhatian dua saudara itu.

Ameer tersenyum. Lupa kewujudan Asyraf dari tadi. "Sorry bro. Jumpa kampung terlupa pula kau. Mawar kenalkan ni kawan abang, panggil abang Asy. Asy ni adik sepupu aku. Rose Berduri."

"Rose Berduri?" tersenyum Asyraf dengan nama adik sepupu Ameer. Unik!

Mawar berdecit. Tidak suka bila abangnya mempermainkan namanya. "Abang ni..."

"Eleh budak cengeng ni. Orang gurau je pun. Mawar Baiduri la Asy. Kau pun satu. Percaya je..."

"Mawar nak naiklah. Layan abang sampai ke esok mulut tu bising aje."

"Eh.. tak suruh pun layan. Mama, papa mana? Jom Asy naik. Beg nantilah angkat." Langkah Mawar naik tangga dari belakang diekori.

"Keluar dengan atuk tadi."

"Opah, Mak Lang, Pak Lang? Budak-budak semua mana? Kak Raina dan yang lain?"

"Opah dan Mak Lang dapur. Budak-budak pergi main. Kak Raina dan Kak Wani pergi ambil apa entah dengan rumah Cek Ka. Suami-suami diorang entah mana. Yang lain belum balik. Esok kot."

"Assalamualaikum sayang semua..." jerit Ameer setiba di dapur.

"Oh sayang kau tergolek..."

Tergelak kecil mereka dengar latah opah. Opah dan latah dia? Bestfriend kut! Sebab tu Ameer suka sakat.

Ameer terus mendakap tubuh opah yang agak gempal. Mak Lang geleng kepala saja. Memang Ameer paling nakal dari kecil dulu. Paling kuat loyar buruknya pun dia juga. Nasib besar jadi lawyer juga jadinya.

"Ameer! Hish! Budak ni..." Lengan Ameer dipukul guna senduk kayu. Nasib tidak tertumpah santannya tadi. Nanti satu kerja lagi pergi parut buah.

Tangan Opah dan Mak Lang disalam. Begitu juga Asyraf yang senyap saja dari tadi. Turut bersalaman sebagai tanda hormat.

"Opah, Mak Lang... ni Ameer bawa bakal suami untuk Mawar... lama sangat single nya. Jadi Ameer tolong carikan."

"Abang ni..."

"Lawak je la. buat serius pula dia."

"Apa salahnya, opah pun tak sabar nak tengok Mawar naik pelamin. Ni kawan apa namanya?"

"Ahmad Asyraf ..." jawab Asyraf sopan.

"Kau orang berdua pergilah rehat. Nak hidang air layan tetamu tengah bulan puasa, sabar-sabarlah tunggu buka puasa nanti opah hidangkan ya."

Bahu opah dipaut. "Haa... janji kena hidang yang sedap-sedap saja."

"Iyalah. Pergilah rehat tu. Jalan jauh mesti penat." Mak Lang pula yang menjawab bagi pihak opah. Ameer ni kalau tidak kena 'sound' memang kesianlah kawannya si Asyraf tu jadi tunggul di situ.

"Iya... iya... Mak Lang ni. Orang baru nak bermanja dengan opah. Jom Asy.."

Senyap juga lepas tu. Tiada yang layan suara rajuk Ameer. Kalau dilayan makin memanjang pula nanti.

JUBAH RAYA MAWARWhere stories live. Discover now