JUBAH RAYA MAWAR 4

2.6K 191 0
                                    

JUBAH RAYA MAWAR 04

Malasnya nak turun mengajar hari ni. Lebih-lebih lagi dengan kaki yang tak berapa baik dan mood raya dah datang. Bukan murid saja nak cuti cepat. Dengan dia sendiri nak cuti.

Oh hati... semangat! Semangat. Esok dah mula cuti. Ikut kalendar isnin raya. Harap sangat nak isnin walaupun banyak lagi belum siap.

Mawar keluar dari pintu belakang. Ke depan sikit lalu dia tunduk pada cermin penumpang hadapan. "Thanks hantar." Senyumnya pada Asyraf dan Ameer.

"Pukul berapa balik?" tanya Ameer.

"Dalam jam 11.30 macam tu."

Ameer mengangguk. "Tunggu sajalah. Nanti abang datang ambil. Tu pelajar ke? Yang tengok dekat sini."

Mulut Ameer dimuncungkan ke hadapan. Menunjukkan lelaki yang sedang merenung tajam mereka.

Asyraf dan Mawar alihkan pandangan. Memandang tempat yang dimaksudkan Ameer. "Aah... form 6."

"Ada hal kut nak tanya Mawar tu. Pergilah. Rasanya dia tunggu tu."

Mawar mengeluh. "Iyalah..."

Tahu sangat si pelajar tu nak apa.

"Aku ada instinct budak tu syok dekat sepupu kau." Asyraf bersuara bila Mawar sudah berjalan meninggalkan mereka dengan muka kelat.

"Aku pun." Kereta dipandu Ameer melintasi Mawar yang berdiri berhadapan dengan budak sekolah tersebut. Hon kereta ditekan perlahan.

Mata Asyraf sempat mengerling pada Mawar yang menolak tangan budak tersebut bila budak itu ingin memaut lengannya dari cermin sisi kereta. Jantung terasa debaran raya melampau.

Melampaunya budak tu!

Tak hormat guru ke apa ni?

JUBAH RAYA MAWARWhere stories live. Discover now