JUBAH RAYA MAWAR 3

2.8K 212 0
                                    

JUBAH RAYA MAWAR 03

"Abang Ameer. Hantarkan Mawar ke sekolah." Mawar mengerakkan Ameer yang tidur bertiarap. Sederet dengan semua budak-budak lelaki yang masih lagi terlena di ruang tamu. Rumah tak banyak bilik. Terpaksalah budak-budak dan golongan lelaki tidur di ruang tamu. Bilik hanya untuk kaum hawa dan yang telah berkahwin saja.

"Abang bangunlah." Gerak Mawar lagi. Ayahnya dan pak cik-pak cik lain semua keluar entah ke mana. Nak harapkan bujang-bujang ni saja tolong dia hantar ke sekolah. Pagi ni pula kereta meragam.

"Abang. Bangunlah. Tolong hantarkan." Mawar cuba kejutkan lagi. Nada suara dikuatkan.

Lelaki yang bertiarap itu digerakkan kan lagi. Makin dahsyat. Bantal ditarik menutup telinga.

Liat! Liat! Sabar je la hati Mawar...

Ameer berpusing. Mata dipisat beberapa kali. "Hoi War... aku sini la... nak apa?" Ameer yang sebelah hujung dekat dinding menjerit.

Mawar yang tadi mencangkung terus terduduk. Terkejut. Bertuah punya Ameer. Sakit hati kena jerit macam tu. "Abang... hantar orang pergi sekolah. Kereta rosak."

"Ye la... ye la..." Ameer bangun walaupun satu badan malas. Dia duduk lalu pandang barisan sepupu yang masih terbongkang lena dengan Asyraf sekali. Penat main meriam buluh dan segala jenis mercun sampai pukul tiga pagi. Dah tu jam 4 kena bangun sahur. Dapat tidur terus terbongkang.
Mawar geleng kepala.

"Cepat sikit." Lepas tu pandang lelaki yang tidur nyenyak depannya.

Entah-entah... Asyraf! Mak malunya! Cepat-cepat Mawar mencicit keluar rumah. Kau jangan bangun Asyraf! Sah-sah aku malu nanti. Terus tidur... terus tidur...

Bantal dilempar dari hujung. Tepat kena badan Asyraf.

"Asy bangun..."

Asyraf balas tembakan. "Malaslah..."

"Jom la. temankan aku hantar Mawar."

"Ke mana?" soal Asyraf walaupun masih bertiarap dengan bantal menutupi kepala.

"Sekolah. Tak payah mandi. Basuh muka je. Lepas tu round kampung."

Dengan malas Asyraf bangun. Serabai rambut. Mata jangan cakap. Lebam aje. Penangan jumpa meriam buluh semalam. Sakan bermain tak ingat dunia.

Mawar sempat intai dari pintu tangga. Dua-dua langsung tiada sifat pencalonan suami mithali. Liat bangun pagi!

JUBAH RAYA MAWARWhere stories live. Discover now