JUBAH RAYA MAWAR 11 (TAMAT)
Petang itu satu bas tetamu datang bertandang. Pelajar-pelajar dari kelas tingkatan enam atas. Riuh rumah kampung Mawar dengan kekecohan pelajar bawah seliannya. Ada juga yang sempat mengusik bila terpandang Asyraf yang sedondon dengannya.
Dengan berbesar hati Asyraf memperkenalkan diri sebagai bakal tunang Mawar. Lelaki itu pun layan saja perangai gila-gila pelajarnya. Sempat lagi jemput datang ke majlis mereka raya ke empat ni.
Hati Mawar cuba mengira bilangan pelajarnya. Rasa kekurangan. Raiyan! "Ayan mana?" terus Mawar menyoal tentang lelaki itu. Risau pula. Raiyan selalunya ada saja bila perkara yang berkenaan dengannya.
Mawar perasan Asyraf pandangnya. Tapi dia buat-buat tidak tahu. Cemburu ke? Tak perlulah Asyraf oi! Mawar risaukan Raiyan sebab anggap budak itu seperti anak-anaknya.
"Ayan mana?" tanya Mawar lagi bila pelajarnya hanya senyap saja.
"Er... Ayan balik KL dengan neneknya pagi tadi cikgu. Semalam ibu bapa Ayan dan adiknya kemalangan dalam perjalanan balik kampung."
Mawar terkup mulut. "Innalillah." Terkejut dengan berita yang baru disampaikan. Pagi raya begini mesti hari anak muridnya seorang itu tengah bersedih.
Pelajar yang lain senyap. Mereka awal lagi tahu pagi tadi bila Raiyan hantar pesanan raya dan mohon maaf dalam kumpulan whatsapp kerena tidak dapat ikut serta kawan-kawannya pergi beraya.
"Cikgu, Raiyan kata arwah bapanya akan dikuburkan di kampung. Nanti kita sama-sama pergi melawat ya. Ibu dan adik Raiyan terselamat tapi masih ditahan di hospital."
"Baiklah. Bila arwah dihantar ke sini."
"Mungkin esok atau lusa."
Mawar angguk. Raiyan perlukan sokongan moral mereka.
Pelajar-pelajar Mawar sudah pun pulang. Mawar dan Asyraf masih lagi berdiri di hadapan pintu. Melambai pelajarnya hingga hilang dari pandangan.Asyraf yang berdiri disebelah dipandang. "Bolehkan? Pergi kubur arwah bapa Ayan?" tanyanya perlahan. Meminta kebenaran dari Asyraf. Takut lelaki itu cemburu. Lain pula jadinya.
Lelaki itu mengangguk. Memahami isi hati Mawar yang risaukan pelajarnya.
"Pergilah. Jangan risau... jangan sedih awak. Setiap yang lahir itu pasti menemui ajal mereka. Cuma keadaan sebelum pergi menemui ilahi itu saja berbeza."
"Insya-Allah..." ucap Mawar. Tapi air matanya mengalir juga. Sedih walaupun terubat dengan kata-kata Asyraf.
"Jangan sedih sayang. Happy happy sikit... nanti majlis pertunangan kita, mata awak macam panda pula..." usik Asyraf.
Mawar jelir lidah."Elleh. Siapa nak tunang dengan awak. Bluerkk! Tak malu... Budak Bandar! Pasang pelita pun tak reti, kacau dodol macam tak pernah jumpa periuk belanga... ada hati nak kahwin budak kampung..." jawab Mawar lalu tergelak besar.
Saja nak usik Asyraf Bandar ni. Zero Kampung knowledge... Berapa hari tinggal di kampung, Mawar memang sudah lama perasan pasal tu. Ini rupa nak kahwin dengan jaguh kampung? Haish... banyak Mawar nak 'kuliah' kan Asyraf ni...
"Berani kutuk saya? Cium kang baru awak tahu budak bandar ni tahu buat apa aje..." jawab Asyraf.
Mawar ketawa kuat. Tak takut pun...
Hurm... nampaknya kena basuh lagi jubah raya ni. Nak pakai raya ke empat nanti!
P/S : Huwaa akhirnya terpost gak sampai habis. hihi. tq sebab sudi baca. Siapa yang pernah baca cerita ni dulu. Faz pernah buat sequal . Cerita pasal Raiyan pula. nanti Faz update ek. Sebelum tu korang baca Safia la ek. tu baru for 2018 puny ramadhan
Selamat berpuasa!
Love lots,
Nurfaz Faz
YOU ARE READING
JUBAH RAYA MAWAR
ChickLitMawar. Dalam comelnya, clumsy tu ada. Macam manalah Asyraf tidak terpikat. Misi nak rasa berpuasa di kampung dah jadi misi nak lamar Mawar. Raya ke empat pulak tu! Haru Mawar jadinya.