JUBAH RAYA MAWAR 07
Bunyi jam pengera dari telefon mengejutkan Mawar dari lena. Pengera yang disetkan untuk menandakan subuh dimatikan. Kiri kanan Mawar kosong, Pasti anak-anak saudara dan kakak-kakaknya saudaranya sudah bangun. Kedengaran kecoh dari dalam biliknya.
Mawar capai tudung ekspress. Riuh rendah golongan emak sedang menyiapkan anak masing-masing. Jelas keterujaan diwajah kanak-kanak. Semangat bangun awal di pagi raya.
"War dah okay?" tanya isteri abang Alif.
Mawar mengangguk. "Mawar pergi ambil wuduk jap kak. Belum solat subuh lagi. "
"Pergilah. Tapi tandas penuh. Kolah dekat pintu dapur belakang pun budak-budak lelaki tengah mandi."
"Tak apa kak. Mawar ambil wuduk dekat tepi dapur aje."
"Iyalah."Mawar menuju ke dapur. Air paip dari singki diisi ke dalam jag. Sampai ke dapur riuh budak-budak bermain. Tidak kurang hebatnya ibu-ibu melalak menegur anak masing-masing.
Setelah jag penuh. Mawar bawa jag ke tempat yang terlindung sedikit untuk berwuduk di belakang dapur. Berjauhan dengan kolah yang penuh anak-anak saudara lelakinya sedang pesta mandi.
Selesai siram kali ke tiga ke kaki kiri. Baru Mawar perasan Asyraf sedang membelakanginya. Mungkin sedang bertelefon memandangkan telefon dilekapkan pada telinga lelaki untuk.
Cepat-cepat Mawar betulkan kain yang agak terselak selepas basuhan pada kaki tadi. Selamat Asyraf sedang
membelakanginya. Kalau tak sah-sah buat wayang percuma.
Mawar menjengket. Cuba mencapai tudung yang digantung tadi sebelum ambil wuduk. Sebab paku agak tinggi. Sukar Mawar mencapai tudungnya. Gantung tadi senang aje. Nak ambil susah pula.Mawar cuba melompat... "Ah!!"
Malang di pagi hari kaki tersadung dengan lantai yang agak licin. Terduduk Mawar sambil menahan rasa perit. Rasa nak patah pinggang!
"Mawar? Okay ke tak?" Asyraf yang terdengar jeritan tadi terus berlari mendekati gadis itu.
Mawar tidak mampu bersuara. Angguk. Jari ditunjuk pada tudung yang masih bergantung.
Mudah saja Asyraf tarik tudung yang digantung. Bukan sebab dia terlebih tinggi, tapi masalah saiz tubuh Mawar yang kecil.
Berhati-hati Mawar berdiri. Masih larat lagi. Huluran tudung dari Asyraf cepat-cepat diambil dan terus disarungkan pada kepala."Nak saya papah ke? Larat tak jalan ni?" tanya Asyraf. Baru saja kaki nak elok sikit. Tersadung lagi. Clumsy juga cikgu kecil ni.
"Tak apa. Dah wuduk. Terima kasih."
Huwaa! Malu.
Entah mana Mawar nak letak muka. Asyik kantoi dengan Asyraf saja!
Mencicit Mawar masuk tanpa tunggu jawapan dari Asyraf.
Awal pagi dah kecoh! Mawar... Mawar...p/s : Tiba-tiba rindu tak sabar nak pagi raya!! riuh!
YOU ARE READING
JUBAH RAYA MAWAR
Literatura FemininaMawar. Dalam comelnya, clumsy tu ada. Macam manalah Asyraf tidak terpikat. Misi nak rasa berpuasa di kampung dah jadi misi nak lamar Mawar. Raya ke empat pulak tu! Haru Mawar jadinya.