JUBAH RAYA MAWAR 6

2.6K 179 0
                                    

JUBAH RAYA MAWAR 06

"Thanks awak." Ucap Mawar ikhlas.

"Welcome. Dia dah lama minat awak ke?"

"Adalah setahun lebih. Baru masuk daftar last year. Sebelum ni budak bandar." Jelas Mawar serba sedikit.

Asyraf mengangguk.

"Tapikan awak... tak melampau ke kata raya ke empat nak bertunang. Buatnya dia panggil sekelas datang waktu tu? Tak ke haru saya nak jawab."

Asyraf tidak terus menjawab. Hanya senyuman terukir dahulu. "Tak akan harunya. Saya hantarlah rombongan waktu tu. Awak kan kata nak buat kecil aje dengan. Tak payah ramai. Keluarga saja pun cukup."

Mawar berpura-pura gelak walaupun tak rasa lucu langsung. "Hahaha... lawaklah sangat." Anak mata dipusing. Geram pula  hati!

-------------------------

"Sedia dah nanti?" ibu Mawar gantung baju melaju suaminya pada paku berdekatan dengan Mawar yang sedang mengosok. Memang tugas tahunan Mawar setiap kali menjelang malam Raya untuk gosok baju.

"Sedia apa bu?"

"Majlis raya ke empat nanti. Aik? Takkan tak tahu. Asyraf kata dah beritahu. Confirm setuju?"

"Majlis raya ke empat?" Otak Mawar berfikir sedalamnya yang mungkin. Macam pernah dengar pasal majlis raya ke empat.

"Ya Allah!! Mawar. Baju terbakar tu. Mengelamun pula budak ni!" jerit ibu Mawar.

Segera Mawar angkat seterika. Suis dimatikan. Habis jubahnya berlubang terbakar kena seterika panas. Aduhai! Mimpi ngeri di malam raya! Dan pasal raya ke empat tu baru Mawar teringkatkan pasal kes di Giant hari jumaat hari tu.

"Kenapa ni Mak Chik?" tanya Ameer dan Asyraf yang bergegas lari dari ruang tamu untuk tengok keadaan di ruang dapur.

"Baju jubah raya Mawar terbakar. Mengelamun aje lebih."

Monyok mulut Mawar memegang jubah yang sudah berlubang. Besar pula tu. "Sudahlah. Beli baju raya cukup-cukup untuk raya pertama aje. Sedihnya bu!!"

"Siapa suruh kalut sangat! Sampai terbakar baju raya tu. Nasib baju raya. Kalau tangan tu? Kan teruk nanti."

Mulut Mawar makin monyok bila dibebel. Terpaksalah pakai baju mana yang ada saja. Sedih. Mahal jubah tu dia beli.

"Ameer janganlah marah Mawar tu. Tak apalah War pergi rehat. Masuk tidur awal. Tengok mata pun dah lebam tu. Biar akak yang gosok baju-baju ni semua." Rania mempelawa diri. Kesian juga dia tengok Mawar.

Mentang-mentanglah dia yang tinggalkan di kampung. Hampir semua benda dia kena bantu buat. Dari kemas rumah, tukar langsir, kuih muih hingga seterika baju pun Mawar tolong. Nasib masak saja golongan mak dan mak cik mereka yang buat.

"Tapi kak...awal lagi."

"Awal tak awal. Kakak tak peduli. Tidur awal. Mata dah serupa apa dah. Masuk tidur," arah Rania tegas. Suara veto sebagai sepupu sulung dikeluarkan.

Antara mahu atau tidak Mawar turutkan jugak. Matapun memang tak tahan sangat sekarang ni. Sampai terlupa pasal majlis raya ke empat yang hendak ditanya tadi.

JUBAH RAYA MAWARWhere stories live. Discover now