JUBAH RAYA MAWAR 8

2.5K 194 0
                                    

JUBAH RAYA MAWAR 08

Solat sudah. Mandi pun sudah. Sebab terlambat mandi. Tidak sempat Mawar nak ke masjid untuk solat Aidilfitri. Mana tak lambatnya. Mentang-mentang dia paling lewat bangun. Dia pula yang dapat turn mandi paling akhir.

"Kak Rania? Ada gosok baju kurung Mawar tak? Baju apa-apa ke?" tanya Mawar pada Rania yang juga tak pergi solat Aidilfitri kerana terpaksa jaga bayinya yang baru berusia beberapa bulan.

"Kakak gantung di bilik Mawar. Jubah warna gold dan purple ttu. Mak chik kata tu baju Mawar."

Mawar garu kepala. "Eh... Mawar tak ada baju tu. Ibu mana? Orang nak tanya..."

"Mak Chik pergi solat. Agaknya tu Mak chik beli kat luar negara untuk Mawar la tu... sebab dia sendiri kata tu jubah raya Mawar."
Mawar tersenyum. "Agaknya la. Sebab Mawar ada cakap kat ibu nak jubah warna gold padankan dengan purple raya ni. Tapi tak jumpa-jumpa." Memang awal ramadhan lagi Mawar rancang nak warna emas dipadankan dengan warna ungu. Tapi susah nak dapat.

"Mawar pergi bersiap dulu ye." Senang hati Mawar masuk semula ke dalam bilik.

__________________________

Mangkuk terakhir selesai diletak atas meja makan yang disediakan di ruang tamu. Balik solat raya nanti, mesti semua kelaparan cari makanan. Tepat bunyi kereta berhenti dihalaman rumah menandakan solat selesai.

"Assalamulaikum!!!" suara budak-budak memberi salam sambil berlari naik atas rumah.

"Lapar! Lapar!! Nak makan..." jerit budak-budak lelaki. Bertuah punya budak-budak. Belum naik sudah melalak dari bawah macam setahun tak makan.

Mata Mawar terpandang pada lelaki yang segak berbaju melayu warna emas sedondon dengannya. Siap samping songket warna emas ungu lagi. Kebetulan atau dirancang? Yang lain tidak pula pakai warna emas. Hanya Mawar dan Asyraf saja.

"Pewwitt!! Uuuu.... Cik war dan uncle Asy sedondon..." usik Qashaf. Anak sulung abang Naim.

"Hee... Aisha pun perasan tadi. Janji ke mak cik?"

"Mana adalah! Makan cepat. Bising aje. Tak bagi duit raya baru tahu," ugut Mawar.

"Mak cik Mawar tak bagi. Qashaf minta aje dengan uncle Asy. Kan uncle? Kira dari mak cik Mawar jugak..." Pandai Qashaf mengusik lagi.

Mawar buntang mata. Amboi! Amboi! Bertuah punya  budak!
"Diamlah!"

Seisi rumah yang dengar Qashaf usik Mawar gelak kuat. Macam-macam hal!

JUBAH RAYA MAWARWhere stories live. Discover now