1

109 5 0
                                    

"Weh qis! Kau ada dengar tak budak baru kat sekolah kita ni?"

"Hensem weh dia tu serious aku cakap!"

"Dia 5 Xcon"

Pelbagai bisikan aku dengar dari mulut murid kelas aku pasal budak "korea" lah katanya. Exam pertengahan dah nak dekat pon tak nak baca buku. Inilah budak kelas aku. Tak habis habis membawang! Kang paper kat depan mata baru terkebil kebil.

"Woi intan! Kau asal ni? Dok bebel sorang-sorang cam ni?" Tanya lisa

"Tak ada apa lah"

"Ehh kau! Aku dah kenal kau lama tan. Jangan nak bohong dengan aku. Tell me. What is the problem?"

"Haih yela. Budak kelas kita ni ha. Kata budak baru dari korea hensem lah bagai. Kau tau kan aku bukan minat korea sangat pon."

"Ouh, btw diaorang hensem apa"

"Hmmph muka plastik! Benci aku!"

"Intan jangan benci nanti suka!!" Omel si lisa

>rehat<

"Oppa! Kenapa muka oppa macam jimin bts?!!"

"Oppa kahwin lah dengan saya!"

"Oppa! Saranghae!!"

Hampir satu sekolah menjerit dengan kekacakan jejaka korea itu. Sampaikan mak cik kantin pon terpikat! Huh hebat sungguh.

Aku duduk di hujung kantin sambil makan makanan yang dibawa dari rumah. Keadaan di kantin sungguh kecoh kerana kelibatan 3 jejaka korea itu saja. Kalah konsert nasyid. Allahu! Bukan hensem sangat pon mereka tu. Apa kejadah lah muka macam tu boleh banyak peminat. Ayoo!!

Kring kring kring!!

Waktu persekolahan sudah pon tamat. Kini, aku perlu menukar pakaian sekolah ke pakaian kerja. Itu sudah jadi rutin harian ku. Lepas tamat persekolahan terus aku pergi ke tempat kerja untuk mencari rezeki dan menampung wang saku ku. Aku bekerja sebagai pelayan coffe. Kedai coffe itu memang digemari oleh orang ramai. Semasa aku sibuk mengemas meja di dalam. Tiba tiba sejulat suara menjerit di luar cafe. Suara itu jelas milik sekumpulan pelajar perempuan.

"Intan..kenapa bising kat luar tu?" Tanya aisyah rakan sekerja ku

"Hmm budak korea mai lah apa lagi. Menyampah betol!"

"What?! Budak korea tu? Omg!! Diaorang datang cafe kita? Huh bertuahnya kita intan!" Sambil mengocangkan badan aku yang kurus ini.

"Ish sakit lah! Kau pon gilakan dia?  Kau gi lah ambik order dia..dia dah masuk dah tu"

"Ish kau lah! Aku segan lah. Malu~"

"Yela"

Jejaka KoreaWhere stories live. Discover now