Bab 2 : Ugutan

665 19 1
                                    

Seusai sahaja mengerjakan solat isyak, telefon hani berbunyi lantang minta diangkat.

'Sape pulak malam malam telefon ni', bidas hani sambil tangannya menekan punat hijau tanda menerima  masuk.

'Hello ni siapa', jawab hani lembut.

'You Hani Sofea ke, ni saya Syazmin Afiq, kereta lelaki yang awak langgar petang tadi, jawab Syazmin di hujung talian sambil membelek belek kad nombor telefon berserta nama yang tentera di atas kad tersebut.

'Ya allah, maaf saya terlupa. Ye macam mana kereta awak? Errr berapa kos baiki kereta awak tu? selamba hani menanya tanpa memikirkan akibatnya.

'Saya nak awak ganti 3ribu', selamba dia menjawab tanpa menceritakan kerosakan yang sebenar.

'Eh apasal sampai 3ribu, saya bukannya teruk langgar awak. Bonet kereta saya pon masih boleh buka. Takde apa masalah pon. Bukannya teruk sangat pon sampai kena ganti rugi sebanyak itu', panjang hani menghamburkan ketidakpuasan hatinya.

'Oh ! jadi awak taknak bayar ganti rugi la ni, okay saya nak buat laporan polis. balas Syazmin geram.

'Eh janganlah, hmm macam ni la bagi saya seminggu dua untuk cari duit untuk bayar ganti rugi kereta awak okay assalamualaikum', lantas hani bersuara sebelum cepat cepat menamatkan perbualan telefon.

'Gila apa mamat tu sampai nak minta ganti rugi sebanyak itu. Getus Hani dalam nada kerisauan.Mana tidaknya, mana dia hendak mencari duit dengan masa sesingkat itu.erghh kerja gila.

'Nini, jom makan. Opah dah siap semua dekat dapur', suara opah dari luar pintu bilik mematikan lamunan.

'Baik Opah! Nanti nini datang. Jerit hani sayu tatkala memikirkan nasib yang akan terjadi.

Semanis HoneyWhere stories live. Discover now