Bab 7 : Pilu

493 15 1
                                    

Suasana sepi pagi itu dengan kicauan burung burung. Hani bersiap siap hendak pergi ke tempat kerja. Seperti selalu,sebelum ke tempat kerja dia pasti akan menyediakan sarapan untuk neneknya dan diletakkan segelas air kosong yang ditutup dengan piring kecil mulut gelas tersebut dan ubat ubatan yang perlu dimakan untuk neneknya.

'Nini pergi dulu, Opah. Ucap Hani sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

'Elok elok dekat tempat kerja nanti Nini,sambung Opah Zubaidah sambil menghulurkan tangan untuk disalam.

'Baiklah Nini akan jaga diri, Opah jangan lupa makan ubat tau. Pantas Hani mengingatkan Opahnya lagak seperti doktor yang menasihati pesakit.

'Nini jangan risau, nanti Opah makan.' Jawab Opah Zubaidah sambil tersenyum melihat cucu tunggalnya terkocoh kecoh menuruni anak tangga sambil membawa bekal ditangan seperti kebiasaan dilakukan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Hani sampai dihadapan Speedmart 99, tempat kerjanya yang selama hari ini dia bekerja tepat pada pukul 7.45 minit pagi. Pada ketika itu, kelihatan Zahlia sedang leka bermain telefon di atas motosikal yang berhadapan dengan pasaraya serbaneka tersebut sementara menunggu waktu perniagaan dibuka tepat pada pukul 8.00 pagi.

'Selamat pagi, Zu', ucap Hani sambil duduk betul betul dihadapan pintu masuk Speedmart yang masih belum dibuka.

'Hai Hani, selamat pagi'. Balas Zahlia mesra.

Sedang ralit mereka berbual,datang satu kenderaan dari arah hadapan memberhentikan kenderaannya betul betul dihadapan kedai serbaneka tersebut.Kelibat seorang wanita kira kira lingkungan 40-an turun. Hani sekadar memerhati.

'Assalamualaikum,adik dekat mana Klang Perdana', tegur wanita tersebut sambil jarinya tidak lepas lepas menswipe skrin telefon pintar seakan akan mencari alamat.

'Puan terus je dalam 5 kilometer hadapan dan ada simpang kiri, situlah Klang Perdana',terang Zahlia ringkas sambil jarinya menunding kearah yang dimaksudkan.Hani sekadar tersenyum sambil matanya memerhatikan gelagat kedua dua perempuan dihadapan.

'Oh Okay. Terima kasih ya dik',balas wanita tersebut.

Dalam tempoh masa perbualan.Hani terleka sehingga matanya terlirik pada mata jarum jam yang menunjukkan tepat pukul 8.00 pagi dan kemudian datang kakitangan yang kebiasaan memegang kunci premis perniagaan. Zahlia dan Hani terus menuju masuk tanpa berkata apa apa kerana mereka banyak kerja yang hendak dilakukan.

Semanis HoneyWhere stories live. Discover now