'Oh,jadi you keje dekat sinilah',ucap lelaki yang berkaca mata hitam,ber T-shirt polo menonjolkan lagi aura kelakian orang muda.Fuh kalau ada gadis jelita dihadapan sudah pasti tergedik gedik gadis itu dengan lelaki hadapannya ketika ini.
'Ye', jawab Hani sepatah dengan muka putih kemerah merahan sambil mengira barangan lelaki dihadapan itu.Dasar lelaki ! Tidak kira bujang atau Berkahwin, kalau pergi kedai hanya membeli satu tin air minuman dan sekotak rokok.Mesti sudah puas bagi mereka. Berbeza dengan wanita remaja kebiasaanya yang sentiasa memikirkan kebajikan keluarga walaupun belum berkahwin.
Hani mengangkat muka apabila semuanya telah selesai. 'Macam manalah boleh bertembung dengan dia harini',getus Hani dalam hati.Selepas kejadian tadi fokusnya terhadap kerja dirasakan berada di awang awangan.Belum sempat dia hendak bertukar shift untuk berehat makan tengahari,telefonnya berbunyi siulan burung bersama getaran yang sedia ada disetkan.
From : Syazmin Afiq
Time : 11.59 pm
'Saya ada dekat luar ni.Sekarang masa lunch kan.Ada hal nak bincang'.
Eh bila masa dia tunggu dekat luar ni..bukan dah balik ke.gumam Hani dalam hati.Fuh nasib harini Zahlia tiada kalau tidak pasti dia akan disoal dengan pelbagai pesoalan.Beberapa minit kemudian Hani keluar bersama telefon Samsung di tangan.
Syazmin yang sedang leka bemain telefon sambil menyandar di pintu keretanya tersentak.
'Ada apa nak bincang,ganti rugi tu memang saya tak mampu nak bayar'Ucap Hani perlahan.
'Lupakan jelah pasal ganti rugi tu,Saya nak awak pikir pasal cadangan kedua saya',balas Syazmin dengan tenang layak seperti membeli Ikan dipasar.
'Kalau tidak saya akan buat laporan polis sebab awak taknak bayar ganti rugi kereta saya.Awak pon tahu kes ni akan jadi lagi berat kan kena naik turun mahkamah.Awak nak ke? Sambung Syazmin kembali.
Hani dari tadi hanya menekur muka jalan tar .Fikirannya kusut.Dia kena berkahwin dengan lelaki yang baru 3 kali berjumpa.Ya allah, apa yang engkau mahu uji kepadaku.
'Bagi saya masa lagi',balas Hani sebelum meminta diri untuk masuk semula ke dalam premis perniagaan itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Semanis Honey
Teen FictionMengisahkan kehidupan gadis kampung yang naif tinggal bersama neneknya dikampung setelah kematian ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya.Dalam keterpaksaan, hani bersetuju untuk berkahwin dengan Syazmin; pemilik kereta mewah yang pernah dilanggarn...
