Bab 6 : Stress !

522 19 1
                                    

Suraya dengan ghairahnya meragakan pakaiannya di khalayak dalam pesta perasmian pakaian terbaharu Hatta Dolmat. Dia puas. Tidak lama lagi dia akan berkahwin dengan Syazmin, lelaki yang digila gilakan sejak dibangku sekolah lagi. Setelah diugut mamanya untuk memujuk Datin Halina untuk menyatukan mereka berdua dengan hanya memberikan separuh syer pasaran syarikat. Akhirnya dapat juga membuka mata Datin tua itu, bisik Suraya dalam hati.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

'Ibu tak kira, macam mana sekalipun kamu kena kahwin juga dengan Suraya tu Syaz', Lantang Datin Halina bersuara. Dato Mustafa, Syazwina; satu satunya adik perempuan Syazmin serta pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat bermajikan dalam keluarga itu semuanya terdiam.

'Tapi Ibu, Syaz dah ada pilihan sendiri',pantas Syazmin mengeluarkan ketidakpuasan hati dengan tindakan yang dilakukan ibunya kepadanya.

'Dah takde tapi tapi, nak taknak Syaz kena ikut macam mana ibu cakap,hujung bulan ni Syaz kena kahwin dengan Suraya anak Datin Rozi titik.' balas Datin Halina tegas supaya Syazmin akan mengikut semua kata katanya.

'Erghh', Syazmin mendengus kuat tanda protes.

''Okay Kalau Syaz tak setuju apa Ibu buat. Duit Poket, Kereta, Kad Bank semua nanti ibu akan block. Dengan pantas Datin Halina mengatur strategi.Pada masa kini, impian Syaz untuk tidak berkahwin dengan perempuan gedik iaitu Suraya akhirnya akan diteruskan.Macam mana dengan rancangannya hendak berkahwin dengan wanita yang diugutnya itu. Sudah pasti, dia akan bersuka ria kerana perkahwinan acah acah mereka dibatalkan tanpa sebarang ganti rugi atau dalam bentuk ikatan perkahwinan.Tetapi jika dia berdegil, dimanakah sumber pendapatan yang dia perolehi. Semua benda dia bergantung dengan Ibunya.Syazmin terdiam sambil matanya terarah pada skrin televisyen yang ketika ini dilihatnya kosong.

Semanis HoneyWhere stories live. Discover now