Seminggu berlalu. Tanpa berfikir panjang, hani terus mencari nombor lelaki itu di bahagian recently call.
'Apasal la aku tak save nombor dia ni, aduh', bebel hani keseorangan. Sedang ralit hani mencari nombor yang hendak didail. Telefonnya terus berdering. Hani menjawab
'Hello, Oh! Encik. Saya baru ingat nak telefon semula.
'Hmm macam nilah Encik, biar saya berterus terang. Saya tak mampu nak bayar ganti rugi sebanyak itu. Bukannya saya taknak bayar tapi memang saya betul betul tak mampu. Syazmin yang leka menghirup air Starbuck flapuccino tersentak. Terdetik dihatinya sayu. Dipikirkan balik riak egonya menular.
'Okay kalau awak takde duit, macam nilah. Awak kahwin je dengan saya. Berdesup hati hani apabila mendengar ucapan selamba lelaki itu.
'Hei, awak ingat saya barang yang boleh diganti dengan nilai', berang Hani bersuara di gagang telefon. Kalau lelaki itu berada di hadapannya mahu sahaja disepak muka lelaki itu sehingga tidak dapat melihat dunia.
'Okay, Kalau macam tu senang lah saya nak buat laporan polis terus, selamba dia menjawab.
'Eh tolonglah jangan! hampir merayu Hani dibuatnya dengan lelaki kurang siuman ini. 'Bagi saya sedikit masa untuk pikir masak masak sebelum buat keputusan', perlahan Hani menjawab.
'Okay dear', Lantas disambut lelaki di hujung talian.
'Eeee, menyampah betul', terus Hani mematikan talian. Diraut wajahnya terpancar riak kerisauan mengenangkan apakah yang harus dilakukan. 'Ergh, semaknya otak harini', bingkas hani menyeluk seluar jeans yang dipakai untuk mengambil keluar kunci kereta kancilnya sebelum beredar keluar dari pasaraya mini itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Semanis Honey
Teen FictionMengisahkan kehidupan gadis kampung yang naif tinggal bersama neneknya dikampung setelah kematian ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya.Dalam keterpaksaan, hani bersetuju untuk berkahwin dengan Syazmin; pemilik kereta mewah yang pernah dilanggarn...
