Ibu Syazmin, Datin Halina mundar mandir di ruang balkoni banglo mewah miliknya bersama Dato Mustafa.
'Abang, saya tak kira Syaz kena juga kahwin dengan menantu pilihan saya anak Datin Rozi hujung bulan ni', ujar Datin Halina dalam nada kerisauan. Mana tidaknya, jika Syazmin anaknya berjaya menemukan pasangan hidupnya dalam tempoh yang diberikan maka ruang untuk dia menyatukan Syazmin bersama Suraya akan musnah lebur.
'Eh awak ni, biarlah anak kita yang mencari calon hidup dia sendiri', bidas Dato Mustafa sambil membelek surat khabar yang sudah hampir separuh muka surat dibaca.
'Saya tak kira, saya dah janji dah dengan Rozi nak satukan mereka berdua dan Rozi ada tawar dekat saya separuh syer pasaran syarikat keluarga mereka akan diberikan Syaz jika berkahwin dengan Suraya', ucap Datin Halina bagi menyakinkan suaminya. Suaminya, Dato Mustafa hanya menggeleng geleng tanda tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan isterinya yang ingin memaksa anaknya, Syazmin berkahwin dengan Suraya.
Syazmin berangan seketika. Akhirnya dia berjaya menyakinkan Ibunya, dia juga mampu mencari pasangan hidup walaupun dia gusar siapakah perempuan yang diminta berkahwin dengannya. Bagaimanakah latar belakang keluarganya, adakah dari keluarga yang baik baik. Syazmin bermonolog sendirian di dalam khayalan.
'Hei Bro! berangan apa'.Kitaorang datang pon tak sedar', usik mirul kawan kepada Syazmin ketika di bangku sekolah lagi. Dia bersama seorang lagi temannya Syafiq yang jauh ketinggalan di belakang cafe Starbuck.
'Eh korang macam tahu tahu je aku ada sini', sambung Syazmin.
'Hahaha, Sape tak kenal aku dengan Fiq', balas Mirul sambil memulakan langkah menuju ke barista cafe Starbuck untuk memesan minuman.
Beberapa minit kemudian, muncul Syafiq dan Amirul bersama cup minuman di tangan.
'Syaz, kau lepak memang tak ajak kitaorang kan, inilah kawan',mencuka wajah Syafiq menegur Syazmin yang kelihatan leka bermain main straw sambil tangannya leka bermain telefon.'Aku malas kacau, risau korang sibuk ke apa',balas Syazmin sambil tangannya ligat menaip sesuatu di dalam telefon.
Haihh,muka kitaorang pon tak pandang dah Syaz', usik Amirul pula sambil tersenyum senyum.
'Hahaha,kau ni pun janganlah kacau member kita ni nak wassap awek dia',sampuk Syafiq pula.
'Aku mana ada awek, aku kahwin terus je' balas Syazmin dengan mukanya yang kelihatan serius.
'Kau biar betul Syaz, takkan kau nak kahwin dengan Minah gedik tu kot',sampuk Amirul yang seperti tidak percaya akan kata kata Syazmin sebentar tadi.
'Sape mirul ?, tanya Syafiq yang kelihatan seperti pak cik bawang yang gemarkan akan gosipkan.
'Siapa ke lagi, Si Suraya tu la. Dia kan memang lama terhengeh hengeh dekat member kita ni haa. Pernahlah haritu waktu zaman sekolah, dia suruh aku postkan surat cinta dia dekat Syaz',ucap Amirul panjang lebar.
'Dengan dia aku nak kahwin. Memang taklah.'sambung Syazmin kembali.
'Yeke bukan dia Syaz! Habistu siapa? tanya Amirul semula.
'Adalah. Rahsia.Korang tunggu jelah invitation card dari aku', ucap Syazmin dengan muka yang bersinar sinar.
'Dengan kitaorang pon nak rahsia, apalah.Hahaha', balas kedua temannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/151030837-288-k771007.jpg)
YOU ARE READING
Semanis Honey
Teen FictionMengisahkan kehidupan gadis kampung yang naif tinggal bersama neneknya dikampung setelah kematian ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya.Dalam keterpaksaan, hani bersetuju untuk berkahwin dengan Syazmin; pemilik kereta mewah yang pernah dilanggarn...