Chapter 3

324 11 1
                                    

"Nara, kau kena tolong aku. Selamatkan maruah aku, please !!" Nara mengeluh untuk kesembilan puluh enam kali. Apa yang teruk sangatnya dengan bos Yoona ni sampai melibatkan maruah bagai ni? Nara mendecit geram. Kalau tak memikirkan kawan karib, sudah lama dilempang muka Yoona ni.

Dia memang keturunan dari orang yang tak suka didesak. Nak tolong macam mana pulak? Dia bukannya pintar sampai boleh menyelesaikan masalah orang lain. Dia pun ada masalah dalam hidup dia. Masalah lagi besar !

"Apa yang sampai melibatkan maruah ni babe?" Dia menyoal Yoona bengang.

Dia ketika itu sedang memasak. Suara Yoona setiap masa menghantuinya. Yoona ni begitu mendesak semenjak dia nak berhenti kerja ni. Setiap masa Yoona memujuk rayu padanya supaya menerima tawaran bekerja disitu. Tawaran Yoona sendiri yang buat ! Bagaimana dia hendak bekerja disitu kalau hari hari telinganya menerima berita kurang senang mengenai perangai bos Yoona itu?

"Tolonglah, aku tak sanggup dah ! Tadi ada makcik cleaner yang terperanjat dengar jerkahan bos aku tu. Sampai tercampak gigi palsu dia. Betul, aku tak tipu ! Okey tu memang salah makcik tu sebab tak pakai polident tapi.... yalah, tak elok kan? Main tengking sesuka hati. Aku tak sanggup ditengking lagi. Sedangkan makcik tu pun boleh tercampak gigi palsunya ni kan pulak aku? Mahu tercabut telinga capang aku ni nanti. Kalau ada kau, kau boleh tengking balik bos aku tu. Mulut kau lagi pedas, berbisa, berselumbar, bersembilu !" Yoona berkata sambil mempamerkan muka kesian.

"Are you serious? Lepas tu makcik cleaner tu cakap apa?" Nara tidak menghiraukan ayat Yoona yang terakhir itu. Dia perlu tahu sambungan kisah yang terjadi pada makcik cleaner itu.

Terkejut dia mendengar berita tentang makcik cleaner itu. Teruk sangatkah tahap kewarasan bos Yoona sampaikan makcik tu boleh tersembur keluar gigi palsunya? Tentu makcik tu trauma !

"Apa lagi? Traumalah makcik tu. Bersungguh dia pergi kutip gigi palsu dia. Mujur tak kena pijak dek staff lain. Kalau tak aniaya je. Patah. Dah lah buat gigi palsu mahal sekarang ni. Makcik tu kata, lepas ni, dia nak cuci pejabat bos awal pagi. Setiap petang bos asyik memaki hamun je. Dia takut nanti dengan gusi gusinya sekali tercampak keluar. Makcik tu tak tahu. Pagi pagi lagi teruk angin bos aku ! Bos aku tu mereng otaknya. Tak ada belas kasihan langsung dalam hati. Hati beku ! Kau tahu tak pagi tadi dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Dwaeji punya bos ! Boleh dia kutuk telinga aku ni? Sakit betul hati aku. Macamlah telinga dia lawa sangat !" cerita Yoona betul batul menggeletek hati Nara. Berdekah dekah dia mentertawakan Yoona.

"Nara !!" Yoona memberi amaran.

Sakit hatinya bila tidak dapat pembelaan sewajarnya dari Nara. Nara mengetap bibir menahan lucu. Disebabkan rasa kesian pada kawannya yang sudah monyok itu, akhirnya Nara membuat muka selamba.

"Mian.. Aku rasa bos kau tu tak cukup kasih sayang kot" Selamba je Nara memberi komen. Mendengarkan cerita Yoona sudah cukup membuktikan bahawa bos Yoona itu perlukan penampar sebagai ubat harian.

"Haa tu lah pasal. Aku benci betullah dengan dia. Jangan sampai aku smack down dia dah lah !" Yoona berkata bengang. Terkekeh kekeh Nara mentertawakannya. Yoona ni memanglah. Berani kata belakang.

"Kau ni dah tak betul ya? Depan dia kau buat apa? Cuba kau cakap? Pandang mata dia pun kau seram ni kan pulak nak wrestling dia. Cakap belakang je tahu !" kutuk Nara selamba. Tahu sangat dengan sikap Yoona itu. Dihadapannya tunjuk berani, dihadapan bos pula? Lain jadinya..

"Nara, kau gantikan kerja aku lah. Sebulan je. Lepas tu kau berhenti je lah. Tolonglah. Aku betul betul terdesak ni nak cari pengganti" Desakan Yoona itu membuatkan Nara terbuntang. Selepas disogok dengan cerita kurang enak didengari, mahukah Nara bekerja disitu? Tentulah tidak !

Mr. Devil I Love YouWhere stories live. Discover now