Chapter 7

390 18 2
                                    

"Lama gila awak buat air ni. Berjambang bagai dah saya menunggu" Amboi kalau ya pun nak berangan janganlah tinggi sangat bos. Berjambang konon !

Jambang apa yang tumbuh dalam masa lima minit? Jambang ke jamban? Nak je Nara menyumpah seranah bosnya itu. Kerek nak mampus ! Harap muka je kacak, tapi perangai macam tahi. Kutuk Nara dalam hati. Geramnya, kalaulah bosnya ini sebesar kutu, sudah lama ditindas. Lagi sedap kalau diketuk 55 kali dalam masa sesaat dengan tukul. Biar terbenam kepala dalam tanah.

Tanpa sedar, Nara tergelak gelak dengan imaginasinya sendiri mengerjakan bosnya yang kerek itu. Alangkah indahnya jika dapat mengenakan orang seperti itu. Tambah tambah kalau orang tu adalah Zhang Yi Xing. Melihat muka derita Yi Xing dapat menimbulkan rasa bahagia dijiwa Nara.

"Gelak sorang diri. Kenapa dengan awak ni? Saya tak diberitahu oleh Yoona pun tentang masalah mental awak" Selamba sahaja Yi Xing bersuara kerek.

"Bukan bos. Maaf, saya ketawakan ayat bos tu. Boskan memang dah ada jambang, buat apa nak salahkan saya?" Selamba Nara menjawab. Dia tergelak kecil. Mujurlah masih mempunyai alasan untuk dijawab. Kalau tak? Mana nak cekau jawapan kartun? Yi Xing panas hati dengan jawapan yang diterimanya nanti.

"Tak apa. Gelaklah puas puas. Besok, tahulah awak kena dengan saya macam mana. Jangan tiba tiba awak nak berhenti sudah.  Saya takkan terima alasan bodoh" ugut Yi Xing. Terus Nara menutup mulutnya. Diletakkan mug kopi ke atas meja Yi Xing.

"Maaf bos. Ni dia air untuk bos" kata Nara sambil tertunduk tunduk.

"Lambat betul buat kopi. Yoona tu dulu pun tak lah selambat ni" selamba sahaja Yi Xing mengungkit nama Yoona. Lagi seronok membandingkan Yoona yang bertelinga besar dengan Nara yang bermata besar ni. Nak tengok sikit, apa reaksi Nara bila dibandingkan dengan Yoona. Mata dipandang Nara dari atas ke bawah dengan riak megah. Dia relaks je? Tak jealous ke?

"Maafkan saya bos, saya berkenalan dengan pekerja pekerja kat sini tadi. Itu yang lambat sikit tu" Nara menjawab perlahan. Dia tertunduk tunduk. Tidak berani menentang mata Yi Xing yang cantik itu. Boleh terkena sawan dia melihat mata Yi Xing yang galak menatap anak matanya. Terus tembus ke hati.

"Awak ni memang ada saja kan alasan?" Yi Xing mengerutkan dahinya. Bengang kerana setiap amarahnya dijawab selamba oleh Nara. Rasa macam nak tikam saja gadis bertubuh ala ala model ini. Dari tikam baik aku tibai. Ish merepek. Yi Xing meraup mukanya. Boleh dia fikir sebegitu sekali.

"Bukan bos, saya bercakap benda yang betul" Nara masih lagi mempunyai jawapan berani mati untuk soalan bosnya itu. Yi Xing mengeluh. Dahi dipicit picit penuh serabut. Tengok, still lagi menjawab. Pekerja apalah macam ni. Yoona, aku akan cari kau sampai mati. Mana kau kutip pekerja biadap macam ni. Semput aku dibuatnya.

"Apalah malang nasib aku dapat pekerja yang macam ni? Yang telinga capang dah berhenti, dapat yang mata besar macam koala pulak. Alasannya beribu" Yi Xing mengeluh kuat. Fail fail ditolak ketepi dengan kasar. Nara mengetap bibirnya kuat kuat. Kalau boleh ditumbuk lumat mulut Yi Xing ketika ini, sudah pasti dia melakukannya. Mujurlah kau bos aku, getus Nara dalam hati.

"Tercegat apanya lagi? Blah laa !" halau Yi Xing geram. Tidak suka sungguh dia melihat wajah Nara itu. Memanglah comel  tapi mulutnya, eeee melawan. Yi Xing paling pantang dengan orang yang tak tahu menghormatinya.  Tangan Yi Xing mengibas ngibas ke arah pintu.

Nara mencebik geram sebaik sahaja dia memusingkan badannya ke belakang dan dia membuat muka meluat. Ingat aku ni nyamuk ke apa? Harap muka je handsome tapi perangai kalah hantu. Hati sudah mendecit geram. Dia keluar dengan lenggang lenggok modelnya  ke pejabat kecilnya. Bosan betul.

Sambil sambil membelek beberapa buah fail, Yi Xing mencuri pandang Nara yang duduk tak diam sekali di dalam biliknya. Sekejap Nara dilihat tertunduk tunduk ke bawah. Sekejap sekejap terlenggak lenggak ke atas.  Sekejap di tergaru garu kepala dan sekejap sekejap dia tepuk dahi. Seketika kemudian, kelihatan Nara menghantuk hantukkan kepalanya kemeja berkali kali.

Mr. Devil I Love YouWhere stories live. Discover now